BTC USD 84,004.1 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah - 20/11

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KOTA BELANDA DI PULAU PANGKOR DIBINA SEMULA-Tarikh Peristiwa pada 20-11-1745

Pada hari ini dalam tahun 1745, Kota Belanda di Pulau Pangkor telah di bina semula. Pada peringkat awal, pedagang Perak telah menjalankan perdagangan dengan pedagang-pedagang lain secara senyap dengan menawarkan harga yang lebih baik. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan Syarikat Belanda. Beberapa serangan telah dibuat oleh orang-orang Melayu terhadap kota ini atas sebab tidak puas hati dengan kekerasan orang-orang Belanda.

Akhirnya, serangan oleh Panglima Kulup Ali telah memusnahkan kota tersebut. Peluang untuk bertapak semula terbuka apabila keadaan politik negeri Perak yang bergolak akibat perebutan kuasa dan kawasan bijih timah. Orang-orang Belanda berjaya mendapatkan monopoli perdagangan bijih timah tersebut. Bagi menjaga kepentingan dan keselamatan orang Belanda dan hasil bijihnya sebuah Kota Belanda telah didirikan di Pulau Pangkor pada tahun 1670. Kota tersebut telah musnah diserang oleh sekumpulan pahlawan-pahlawan Melayu yang diketuai oleh Panglima Kulup Ali pada tahun 1690 dan askar-askar Belanda telah melarikan diri ke tempat lain. Berikutan serangan pahlawan-pahlawan Melayu, Kota Belanda berjaya dibina semula di bawah kuasa Negeri Perak.
 
PEMBUKAAN RASMI MARKAS PANGLIMA ARMADA TLDM -Tarikh Peristiwa pada 20-11-1984

Pada hari ini dalam tahun 1984, Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan pembukaan Markas Panglima Armada dan Sistem Komunikasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak. Markas Panglima Armada ini merupakan markas operasi TLDM yang terbesar yang bertanggungjawab ke atas segala operasi kapal-kapal TLDM. Manakala sistem komunikasi TLDM pula merupakan sistem komunikasi yang termoden di rantau ini yang mampu berhubung terus dengan unit-unit TLDM di seberang laut sejauh lebih kurang dua ribu hingga lima ribu batu nautika dengan menggunakan sistem komputer.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Perdana Menteri mengingatkan bahawa kemodenan peralatan sesuatu angkatan tentera tidak semestinya menjaminkan kemenangan. Beliau menengaskan bahawa displin, kemahiran, motivasi dan kecekapan anggota tentera tidak boleh diabaikan dan anggota-anggota tentera pula mestilah sentiasa bersikap positif dan berani dalam menjalankan tugas seharian mereka. Sesungguhnya pembukaan rasmi Markas Panglima Armada TLDM ini telah mendokong visi TLDM iaitu menjadi tentera laut yang berkualiti.
 
MALAYSIA TELAH MENANDATANGANI MEMORANDUM KERJASAMA DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI DENGAN AUSTRALIA DAN KOREA SELATAN-Tarikh Peristiwa pada 20-11-1985

Pembangunan dan kemakmuran yang dicapai oleh sesebuah negara adalah berkait rapat dengan perkembangan dan peningkatan sains dan teknologinya. Dengan kesedaran untuk meningkatkan lagi perkembangan sains dan teknologi di negara ini, maka pada hari ini 20.11 1985 Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Encik Nik Mohd Amin Nik Abu Bakar telah mengumumkan di dalam rancangan Ehwal Semasa di RTM, bahawa Malaysia telah pun menandatangani memorandum kerjasama dalam bidang sains dan teknologi dengan Australia dan Korea Selatan. Dengan adanya kerjasama tersebut ketiga-tiga buah negara ini akan dapat merancang dan memperkembangkan lagi pembangunan sains dan teknologi untuk kemajuan bersama. Kerajaan Malaysia merancang untuk menubuhkan beberapa pusat teknologi untuk meningkatkan keupayaan SIRIM dalam rancangan Malaysia Kelima. Di antara pusat-pusat teknologi tersebut ialah Pusat Teknologi Plastik, Seramik, Besi, Kejuruteraan Mekanik dan Automatif, serta Pusat Pemindahan Teknologi.

Menurut Encik Nik Mohd Amin, negara perlu mempunyai sistem pengaliran maklumat yang tersusun dan lengkap mengenai sains dan teknologi agar ianya dapat disebarkan dengan berkesan. Ke arah sistem tersebut, maka Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sedang mengumpul maklumat mengenai kegiatan penyelidikan pihak Kerajaan dan swasta supaya ia dapat diselaraskan. Pihak swasta yang terbabit dalam sebarang penyelidikan diharap dapat memberikan maklumat kepada kementerian, yang akan bertindak sebagai tempat rujukan. Sesungguhnya dengan adanya memorandum kerjasama dalam bidang sains dan teknologi dengan Australia dan Korea Selatan, diharap Malaysia akan mencapai wawasannya dan berdaya maju setanding dengan negara-negara seluruh dunia.
 
KOTA BELANDA DI PULAU PANGKOR DIBINA SEMULA-Tarikh Peristiwa pada 20-11-1745

Pedagang-pedagang Belanda adalah antara kuasa barat yang telah lama mengadakan perdagangan bijih timah di Negeri Perak. Mereka mengikat beberapa perjanjian yang berat sebelah yang memaksa pemerintah Perak berurusniaga dengan Syarikat Belanda. Orang-orang Belanda berjaya mendapatkan monopoli perdagangan bijih timah tersebut. Bagi menjaga kepentingan dan keselamatan orang Belanda dan hasil bijihnya sebuah Kota Belanda telah didirikan di Pulau Pangkor pada tahun 1670. Kota ini telah musnah diserang oleh sekumpulan pahlawan-pahlawan Melayu yang diketuai oleh Panglima Kulup Ali pada tahun 1690 dan askar-askar Belanda telah melarikan diri ke tempat lain.

Pada hari ini 20 November 1745 Kota Belanda di Pulau Pangkor telah dibina semula. Kota Belanda yang didirikan semula ini adalah sebagai usaha kompeni Belanda di Betawi untuk menghalang perdagangan bijih timah orang Perak dengan kuasa-kuasa atau pedagangan- pedagang lain. Kota ini dijadikan kota pertahanan askar-askar Belanda dan juga sebagai gudang menyimpan hasil bijih timah yang didapati daripada pelombong bijih di Perak. Mereka membeli bijih dengan harga yang lebih rendah. Bagi pedagang Perak pula mereka secara diam-diam telah menjalankan perdagangan dengan pedagang-pedagang lain dengan harga yang lebih baik. Perkara ini menimbulkan kemarahan Syarikat Belanda. Beberapa pertemporan dengan orang-orang Perak hasil daripada perdagangan bijih timah ini telah terjadi. Dengan adanya Kota Belanda di Pulau Pangkor ini telah menguatkan lagi kawalan mereka di Kuala Sungai Perak.

Tambahan pula pada tahun 1680 Sultan Perak pernah menghantar utusannya ke Melaka bagi mengikat persahabatan dengan kompeni Belanda di sana. Baginda juga telah mengurniakan surat kuasa kepada seorang Pegawai Belanda Adrieen Wylant. Dengan adanya surat kuasa serta ikatan persahabatan ini menjadi kedudukan Belanda lebih kukuh dan monopoli perdagangan bijih telah diperolehi mereka. Berpusat di Kota mereka di Pulau Pangkor mereka terus menguasai perdagangan dan perairan Perak. Beberapa serangan telah dibuat oleh orang-orang Melayu terhadap kota ini atas sebab tidak puas hati dengan kekerasan orang-orang Belanda. Akhirnya pada tahun 1690 serangan oleh Panglima Kulup Ali telah memusnahkan kota ini. Orang-orang Belanda terus lari meninggalkannya sehinggalah pada hari ini 20 November 1745 mereka kembali semula setelah 55 tahun meninggalkannya. Peluang untuk bertapak semula terbuka apabila keadaan politik negeri Perak yang bergolak akibat perebutan kuasa dan kawasan bijih timah. Orang-orang Belanda telah merebut peluang keemasan ini dengan alasan membantu Sultan mengalahkan musuhnya dan sebagai balasan membuka semula penempatan di Pulau Pangkor. Pada tahun 1747 pula Sultan Perak terpaksa membenarkan pihak Belanda mendirikan satu lagi kota dan gudang bijih di Pengkalan Halban, Tanjong Putus.
 
BERITA HARIAN LANCARKAN ZAMALAH SASTERA-Tarikh Peristiwa pada 20-11-1983

Pada hari ini 20.11.1983, kumpulan Akhbar Berita Harian melancarkan derma sastera berbentuk Zamalah (Fellowship) untuk penulis-penulis tanahair. Mengikut rancangan ini dua orang penulis akan dipilih setiap tahun iaitu seorang penulis matang atau yang telah menghasilkan sesuatu karya samada novel, sajak, cerpen, esei atau buku yang diterbitkan dan mempunyai mutu yang tinggi manakala seorang penulis muda dalam bidang sama yang dianggap berbakat dan mempunyai harapan di masa depan.

Mereka ini dipilih dengan dua cara iaitu memohon kepada panel penilai atau calon yang dipilih oleh panel penilai sendiri. Antara kriteria yang diperlukan ialah mereka hendaklah menulis dalam bidang yang tersebut iaitu novel, sajak, cerpen dan buku. Mereka yang terpilih akan menerima wang tunai $5000 bagi penulis matang dan $2000 bagi penulis muda. Dengan adanya Zamalah sastera yang dilancarkan pada hari ini dalam tahun 1983 diharapkan dapat mewujudkan tradisi keilmuan di kalangan pembaca juga sebagai bentuk dorongan kepada para penulis untuk menghasilkan karya lebih bermutu.
 
Back
Top
Log in Register