BTC USD 84,167.4 Gold USD 4,253.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah - 20/09

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PENGUMUMAN PENUBUHAN LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA)-Tarikh Peristiwa pada 20-09-1964

Pada hari ini dalam tahun 1964, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Dato Hussein telah mengumumkan penubuhan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA). Objektif penubuhannya ialah mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada para belia dan keluarga yang tidak memiliki tanah melalui pembukaan Rancangan Tanah Belia dan Rancangan Tanah Pinggir. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi serta meninggikan daya pengeluaran.

Pada 1 April 1966 di bawah Akta (memperbadankan) Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara 1966 FELCRA telah ditubuhkan dengan rasminya. Mulai 1 September 1997, FELCRA telah dikorporatkan dan ditukar kepada FELCRA Bhd. serta penukaran statusnya daripada sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh kerajaan. Penukaran entiti korporat ini bagi membolehkan FELCRA Bhd. melebarkan cabangnya ke bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi nasional.

Sesungguhnya sejak penubuhannya, FELCRA telah membantu dalam mengisi kemerdekaan negara dengan membangunkan sektor luar bandar melalui penggalakkan pengemblengan tenaga penduduk dalam aktiviti ekonomi negara yang sekaligus membantu meningkatkan taraf kehidupan.
 
PAMERAN SEJARAH JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DYMM BAGINDA SULTAN SELANGOR-Tarikh Peristiwa pada 20-09-1985

Kerajaan adalah bertanggungjawab untuk memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha-usaha untuk memupuk di kalangan generasi muda yang terdiri daripada berbilang kaum supaya sentiasa mencintai sistem pemerintahan Beraja yang ada pada hari ini di samping memberi kesedaran kepada mereka tentang kepentingan aspek-aspek Kesultanan Melayu.

Sehubungan dengan itu pada hari ini 20.9.1985 Jabatan Muzium Negara telah menganjurkan satu Pameran Sejarah Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor iaitu DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj, bertempat di Jabatan Muzium Negara, Jalan Damansara Kuala Lumpur. Pameran itu telah dirasmikan oleh Baginda Sultan sendiri.

Di antara matlamat utama pameran tersebut diadakan adalah:

Untuk menanamkan semangat cintakan Sistem Beraja serta menambahkan pengetahuan rakyat tentang sistem tersebut, supaya keharmonian dan kesejahteraan negara dapat dikekalkan.

Menarik minat dan sambutan orang ramai khususnya rakyat Selangor terhadap pameran tersebut dan dengan kaedah itu diharap dapat mengembalikan semangat dan sikap menghargai institusi kesultanan sebagai lambang kedaulatan dan keutamaan negeri.

Baginda Sultan bertitah bahawa Baginda sangat berdukacita dengan sikap generasi muda terutama yang dilahirkan selepas merdeka yang tidak mengambil kira tentang `Sistem Beraja’. Mereka tidak peduli tentang pahit maung dan pengorbanan yang pernah dialami oleh raja-raja yang memerintah sejak zaman Kerajaan Melayu dulu hinggalah datangnya penjajah dan membawa kepada kemerdekaan negeri dan negara.

Menurut Baginda lagi, kelunturan semangat mencintai Sistem Beraja dan kurangnya pengetahuan tentang sistem tersebut adalah kerana sikap masyarakat sekarang yang lebih mementingkan kebendaan, beza membezakan dan berlumba-lumba ke arah kepentingan diri sendiri, dan apabila keadaan seumpama itu berlaku berlarutan dan tidak dibendung dengan segera, maka timbulkan perasaan tidak puas hati dan kurang mencintai Sistem Beraja di negara ini.

Sesungguhnya dengan adanya pameran Sejarah Jubli Perak pemerintahan Sultan Selangor diharap akan menambahkan pengetahuan orang ramai mengenai Sistem Beraja terutama di kalangan generasi muda yang memerlukan banyak pendedahan mengenainya selaras dengan arus pembangunan yang semakin mencabar.
 
PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN BARU PERPUSTAKAAN NEGERI PERLIS-Tarikh Peristiwa pada 20-09-1988


Ilmu pengetahuan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan masyarakat maju. Salah satu daripada sumber ilmu pengetahuan yang paling berkesan melalui pembacaan dan tempat yang paling sesuai sekali mencari sumber bacaan adalah perpustakaan. Pada hari ini 20.9.1988, bangunan baru Perpustakaan Negeri Perlis telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Perlis DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Usaha-usaha penubuhan Perpustakaan Negeri Perlis mula dirancang sejak tahun 1966 lagi. Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri, Encik Azizul Rahman telah membentuk Jawatankuasa Khutub Khanah dan telah mengadakan mesyuarat buat pertama kali pada 28 September 1968.

Perkembangan di bidang perpustakaan di Negeri Perlis mengalami perubahan apabila pada 20 Nov. 1973, Enakmen Perbadanan Perpustakaan Umum Perlis telah diwartakan. Ekoran daripada perkembangan semasa, Kerajaan Negeri telah mencadangkan dibangunkan perpustakaan baru ekoran lokasi dan kesesakan di kawasan asal. Melalui rancangan Malaysia Ketiga sebanyak 1 juta telah diperuntukan untuk bangunan baru perpustakaan yang terletak di Jalan Penjara dengan keluasan lantai 25,000 kaki persegi.

Sesungguhnya dengan adanya bangunan baru ini, akan dapat memberi keselesaan kepada penduduk untuk mencari ilmu pengetahuan melalui perpustakaan baru ini.
 
UPACARA PELANCARAN LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA-Tarikh Peristiwa pada 20-09-1971

Pada hari ini 20.9.1971, Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Hussein telah melancarkan dengan rasminya Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Upacara ini berlangsung di bilik Gerakan Negara Kuala Lumpur. LPN telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta Lembaga Padi dan Beras Negara Bil: 47 tahun 1971, yang mana bertujuan untuk menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan pengeluaran, pengilangan dan pemasaran padi dan beras.

Di antara fungsi-fungsi utama yang dipertanggungjawabkan kepada Lembaga ini ialah:-

Menyimpan dan menyenggara satu bekalan padi dan beras yang cukup
Memastikan harga beras yang berpatutan dan stabil kepada petani-petani

Memastikan harga beras yang berpatutan dan stabil kepada pengguna-pengguna

Memastikan bekalan beras yang cukup

Membuat syor mengenai polisi atau dasar-dasar perusahaan padi dan beras serta membantu menyelaraskan perlaksanaan dasar tersebut apabila ia diluluskan oleh Kerajaan.
 
PERBADANAN KEMAJUAN GETAH MALAYSIA BERHAD ATAU MARDEC DITUBUHKAN-Tarikh Peristiwa pada 20-09-1969

Pada hari ini 20.09.1969, Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia Berhad atau nama ringksanya MARDEC telah ditubuhkan. Perbadanan ini ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan awam dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat. Penubuhan MARDEC bertujuan untuk mengiatkan lagi program yang sebelum ini dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Getah Tanah Melayu.

Langkah Pusat Penyelidikan Getah Tanah Melayu dalam memperkenalkan Getah Mutu Malaysia (SMR) merupakan satu tindakan yang bijak dan ini secara langsung membantu meningkatkan lagi pasaran dan mutu getah. Matlamat penubuhan MARDEC ialah untuk meningkatkan pendapatan dan mutu pengeluaran getah pekebun-pekebun kecil. Di samping itu juga ia cuba untuk membantu proses pemasaran yang lebih baik dan luas serta menentukan harga getah yang lebih stabil mengikut pasaran antarabangsa. Mengenai aktiviti MARDEC melalaui kilang-kilangnya telah melantik wakilnya sendiri untuk membeli getah dari pekebun kecil.

MARDEC juga memasarkan terus getah tersebut ke 79 buah negara. Di samping mempertahankan saluran pasaran di Eropah Timur dan Amerika Utara, MARDEC telah berjaya menerokai pasaran-pasaran baru seperti Timur Jauh, Asia Tenggara Timur, Timur Tengah serta Amerika Selatan. Perkembangan terbaru MARDEC ialah menjadi printis dari segi mengembangkan perusahaan membuat barangan berasaskan getah di negara ini.

Sehingga kini sebanyak 13 buah kilang dibina dengan usahasama dengan Amerika Syarikat, Jerman, Australia, Itali, England, India dan Jepun. MARDEC yang ditubuhkan pada hari ini dalam tahun 1969, telah berjaya menyaingi pengeluaran getah tiruan dari segi meningkatkan mutu getah asli. Secara langsung, MARDEC berjaya meningkatkan mutu getah pekebun kecil disamping meningkatkan pendapatan mereka. Getah-getah pekebun kecil yang dibeli, diproses dan dipasarkan oleh MARDEC merupakan 25% dari jumlah pengeluaran sektor pekebun kecil di negara ini.
 
Back
Top
Log in Register