eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
BANK SIMPANAN NASIONAL DI BAWAH AKTA BANK SIMPANAN NASIONAL 1974-Tarikh Peristiwa pada 01-12-1974
Pada hari ini dalam tahun 1974, Bank Simpanan Nasional telah ditubuhkan sebagai badan berkanun di bawah Akta Bank Simpanan Nasional. Mulai daripada tarikh tersebut, Bank Simpanan Nasional telah mengambil alih tugas-tugas dan tanggungjawab Bank Simpanan Pejabat Pos yang mengendalikan urusan penyimpanan dan pengeluaran wang simpanan. Walau bagaimanapun, Bank Simpanan Nasional masih lagi menggunakan pejabat-pejabat pos di seluruh negara untuk menjalankan semua urusannya. Semasa ditubuhkan, Bank Simpanan Nasional telah menawarkan enam jenis akaun iaitu akaun diri sendiri, rendah umur, bersama, amanah, am dan bersekutu. Selain daripada itu, terdapat tiga skim simpanan yang telah diperkenalkan iaitu skim simpanan murid-murid sekolah, skim simpanan ahli-ahli tentera dan skim simpanan kumpulan. Semua jenis akaun dan skim yang disediakan adalah untuk menggalakkan penyimpan menyimpan dengan tetap dan mudah. Sesungguhnya, penubuhan Bank Simpanan Nasional telah dapat menggalakkan lagi peluang-peluang penyimpanan oleh penduduk bandar dan luar Bandar. Secara tidak langsung, ianya membantu ke arah menegakkan kedudukan ekonomi bukan sahaja rakyat tetapi juga membantu Kerajaan dalam pembangunan negara.