BTC USD 83,564.2 Gold USD 4,177.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga sebenar Mat Yo

Ala...mat yo tadak la hebat mane pon...rmai lg yang hebat..
 
tu la. FAM tu anti kelantan. aku kesian la kat annuar musa ni.
dia ikhlas nak bangunkan bolasepak negara, tapi kena cantas dgn kaki buli johor, FAm tukang hasut, chua soi lek dok gelak kat batu pahat

ni tsam ulas smalam...

"Dalam kes Norshahrul, terdapat dua isu iaitu mengenai perpindahan dan penamatan kontrak. Kita telah rujuk dan Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan dia boleh pindah kerana kita tak bantah tapi kita akan pertahankan hak- hak kita termasuk mengenai jumlah bayaran perpindahan dan sebagainya," katanya ketika ditemui semalam.
Annuar sebelum itu menghadiri majlis penyampaian bonus dan hadiah kemenangan kepada para pemain Kelantan yang berjaya menjulang Piala Malaysia dan kejuaraan trebel musim lalu di ibu pejabat Lembaga Pembangunan Pertanian Kemubu (KADA) di Kota Bharu.
Beliau menambah, apa yang berlaku tidak begitu rumit kerana sebelum ini sudah terdapat kes yang hampir sama dan berjaya diselesaikan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melibatkan tuntutan kelab Al-Ahly (Mesir) dan FC Sion dari Switzerland.
Katanya, penamatan kontrak 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000 manakala yuran perpindahan seperti yang ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000.
Pinjaman mudah yang diberikan KAFA, insentif serta kerugian ekoran penarikan penajaan juga perlu diambil kira.
"Apakah bayaran RM250,000 yang mahu diberikan oleh Norshahrul kononnya sebagai yuran perpindahan seperti yang diumumkan oleh pihak-pihak tertentu itu sudah memadai?
"Sudah tentu ia sama sekali tidak betul dan jika rujukan FIFA diambil kira, kos tersebut juga melibatkan kontrak lama dan kontrak baharu pemain tersebut dengan pasukan baharu.
"Secara nyatanya, Nor- shahrul adalah satu-satunya pemain yang berjaya merangkul anugerah pemain paling bernilai selama tiga tahun berturut-turut, merupakan seorang penyerang kebangsaan dan masih memiliki kontrak bersama pasukan lamanya, sudah tentu nilai RM250,000 yang ingin dibayar itu adalah tidak masuk akal," ujarnya.
Dalam pada itu, Annuar memberitahu, KAFA ada menerima bank draf daripada peguam Norshahrul Idlan berjumlah RM250,000, namun masih sangsi tujuan pembayaran tersebut kerana tidak dinyatakan jenis pembayaran berkenaan.
"Kita masih menunggu penjelasan mengenai bayaran tersebut. Mungkin juga mereka menganggap ia merupakan bayaran perpindahan seperti yang mereka faham menurut peraturan Artikel 39.2, saya kurang pasti.
Pada pemahaman saya juga, setiap pemain yang berpindah perlu mendapatkan Sijil Perpindahan Negeri (SPN) jika mahu beraksi dengan pasukan baharu dan dalam kes Norshahrul tidak ada pihak yang datang kepada kita untuk mendapatkan sijil tersebut.
"Mungkin FAM boleh memberikan sijil sementara tetapi akhirnya kita juga yang akan mengeluarkan sijil tersebut," jelasnya.
 
logik akal ke nilai tebus kontrek mat yo cuma 250k....
 
dia ada kontrak berapa taun lagi ni?

setahu aku..tebus kontrak ikut berapa bulan lagi dia tinggal..

contoh kontrak tinggal lagi 12bulan x 40k (contoh gaji sebulan dia dapat) + yuran perpindahan yang dipersetujui

FAM mane boleh pepandai cakap 250k
 
x settle2 lagi...nokharom sungguh...ingah tu hari dah relase dah sepakat dah brp nak byr...apa punya management laaaa
 
x settle2 lagi...nokharom sungguh...ingah tu hari dah relase dah sepakat dah brp nak byr...apa punya management laaaa

annuar musa pertahankan hak. TMj yg salah. tapi biasa la kat bolehland, yg betul jadi nampak salah. kalo tak, takkan isu NFC buat buat lupa, isu stadium runtuh buat buat lupa
 
Datuk Takiyuddin Hassan tu mmg anti ngan kelantan. dah tahu dah aper keputusan dia. apa2 pun boleh kat bolehland

bukan dato takituddin hassan ni adun pas kota bharu ko??
xkn dio anti klate plok???
 
as salam

tu la. FAM tu anti kelantan. aku kesian la kat annuar musa ni.
dia ikhlas nak bangunkan bolasepak negara, tapi kena cantas dgn kaki buli johor, FAm tukang hasut, chua soi lek dok gelak kat batu pahat


ko ni lebih sudu dari kuah je bro.. biar lah diorg settle kan masalah ni.. ni yg takde kene mengena buat dosa kering.. kate org tu lah kte pihak ni lah.. PHD peringkat jingga.. :)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register