BTC USD 83,509.9 Gold USD 4,114.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga sebenar Mat Yo

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
su_01.1.jpg


NILAI tebus kontrak penyerang Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bakal terjawab hari ini.

Sedar isu tersebut semakin berlarutan, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan bahawa satu sidang akhbar khas akan diadakan hari ini bagi menentukan jumlah sebenar nilai tebus kontrak Mat Yo.

Azzuddin memberitahu, mesyuarat itu bakal dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Biarlah pihak yang sepatutnya menjelaskan perkara itu dengan lebih tepat.

"Kita tunggu sahaja keputusan status Mat Yo esok (hari ini)," kata Azzuddin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, isu tebus kontrak Mat Yo dengan bekas majikannya, Persatuan Bola Bola Sepak Kelantan (KAFA) dilihat seperti tiada kesudahannya.

Selain Mat Yo turut menerima tempias ekoran isu terbabit, sudah tentu majikan baharunya, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Gara-gara isu tersebut, dua individu - Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim - tampil memberikan kenyataan kepada pihak media sejak beberapa minggu lalu.

Biarpun Mat Yo telah menjelaskan bayaran berupa draf bank berjumlah RM250,000 kepada KAFA, namun badan induk itu masih sangsi dengan tujuan pembayaran tersebut kerana tidak dinyatakan jenis pembayaran berkenaan.

KAFA menegaskan, ini kerana Mat Yo sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan dengan pasukan baharu.

Kelmarin, Annuar turut membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Mat Yo perlu melunaskan bayaran tidak kurang daripada RM1 juta.

Annuar berkata, jumlah tersebut adalah cukup relevan selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk bayaran penamatan kontrak, yuran perpindahan dan pinjaman serta pelbagai insentif yang diberikan oleh KAFA.

Mat Yo menamatkan kontraknya dengan KAFA pada 1 November lalu iaitu 13 bulan lebih awal sebelum kontrak sebenarnya tamat.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...ub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2HVYE3TGK
Hakcipta terpelihara
 
Malaysia ade pakai release klausa ke? kalau takda suka hati kelantan laa nak taruk berapa.. kee FAM takut anak soltan?
 
masing2 tak berapa profesional ler..aku jadik tak paham, nape mat yo kena bayar ? bukan kelab yang beli dia yang bayar ?
 
masing2 tak berapa profesional ler..aku jadik tak paham, nape mat yo kena bayar ? bukan kelab yang beli dia yang bayar ?

atok x fhm bro? aku lg x fham tok...huhuhu..gurau ye tok mudim..:)cgrock:)cgrock
 
ala, fam tu mesti takut ngan TMJ punye. nanti tgk la, annuar musa akan kalah. TMj perlu bayar kurang dari 1 juta. skrip sudah di tulis. annuar musa cuma calon pilihanraya yg kalah, takde ape2 pengaruh.
ni yg susah kat malaysia, kerabat boleh buli orang sesuka hati. tahun 2013macam tahun 1913
 
Datuk Takiyuddin Hassan tu mmg anti ngan kelantan. dah tahu dah aper keputusan dia. apa2 pun boleh kat bolehland
 
hahaha...konferm tsam kna tapau la...dah sah2 fam anti klate...choi
 
mengalah la KAFA pasni..
nk lawan TMJ....takot ler tu..
 
tu la. FAM tu anti kelantan. aku kesian la kat annuar musa ni.
dia ikhlas nak bangunkan bolasepak negara, tapi kena cantas dgn kaki buli johor, FAm tukang hasut, chua soi lek dok gelak kat batu pahat
 
Back
Top
Log in Register