BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga rumah akan turun?

Fiezpro84

Super Active Member
gem
Messages
5,410
Paid Membership
Joined
Jun 17, 2012
Messages
5,410
Reaction score
645
Points
151
81533723011_TBLIMGUANENG.jpg

Menurut Guan Eng pengurangan kadar itu tidak melibatkan projek perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah kerana berada dalam kategori harga rumah terkawal. - Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Harga rumah di negara ini disasar turun antara lima ke 10 peratus berikutan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada sektor pembinaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) telah menyatakan kesediaan menurunkan harga rumah susulan keputusan kerajaan itu.

Bagaimanapun, pengurangan kadar itu tidak melibatkan projek perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah kerana berada dalam kategori harga rumah terkawal.

“Kalau harga rumah terkawal, itu agak sukar. Yang kita sebutkan adalah yang bukan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah.

“Ia juga adalah untuk rumah baru dilancarkan, untuk yang sedia ada, kena tunggu hari Jumaat (pembentangan Belanjawan 2019),” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Beliau pada masa sama menegaskan kerajaan akan mengenakan SST kepada pemaju yang tidak menurunkan harga meskipun mendapat pengecualian cukai berkenaan.

“Sekiranya tiada penurunan untuk harga rumah yang belum dibina, yang belum dikenakan SST, kita mungkin akan kenakan balik.

“Untuk rumah yang telah dibina, itu lain kira. Ini untuk rumah baru yang kita tak kenakan SST, kita nak lihat ada penurunan harga. Kalau tak, kita kenakan balik SST enam peratus,” ujarnya.

Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani | Diterbitkan pada Oktober 30, 2018 15:40 +08
 
hangpa tepok lagi....

akhirnya rakyat terus mendapat manfaat nyata...

golongan marhaein terus dibela:)):)):))
 
kalo rumah yang bukan atas tanah (jenis bangunan) ada peluang turun..

kalo rumah atas tanah...mustahil turun...
melainkan tanah geografi kat area rumah tu rosak...
contoh tanah runtuh dan sebagainya...
 
sbenarnya harga rumah tak naik dan tak turun. Harga stagnant
 
ini untuk boost jualan rumah2 mahal kan? haritu dlm newspaper ada tunjuk 75% rumah bukan mampu milik masih tak terjual
 
area rumah aku dah drop

:-?
 
harap turun la yer
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register