BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah kecil harga RM75 juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,487
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,487
Reaction score
321
Points
141
rumah-kecil.webp

Pemandangan rumah ini dari luar. - Brandon Huttenlocher

ASPEN, COLORADO – Sebuah rumah di Aspen, negeri Colorado yang kelihatan kecil dari hadapan disenaraikan untuk dijual pada harga hampir AS$19 juta (RM75 juta), menyebabkan ramai orang mempersoalkan harga  tinggi yang diminta, lapor akhbar New York Post semalam.

Kediaman di 227 E. Main St. itu sebaliknya mempunyai ruang kira-kira 353 meter persegi, termasuk empat bilik tidur dan enam bilik mandi, serta garaj berkeluasan 27.8 meter persegi.

Dari hadapan jalan, reka bentuknya menyerupai kabin pelombong.

Ejen pengiklanan firma AG Aspen, Alexandra George  berkata, penampilan itu menjadi antara  faktor yang mengundang kritikan di media sosial, serta menjelaskan bahawa rumah itu  sebenarnya lebih besar daripada yang dipaparkan.

“Ini adalah projek yang mengambil masa lebih enam tahun. Ia adalah serba baharu, lokasinya sangat strategik . Terdapat banyak faktor yang menjadikan rumah ini benar-benar istimewa,” kata Alexandra.

Hantaran mengenai rumah itu menjadi tular di media sosial, dengan ramai pengguna meluahkan rasa terkejut mereka melihat harganya.

“Jika saya mempunyai wang, itu adalah rumah terakhir di dunia yang saya akan belanjakan untuk AS$19 juta,” kata seorang netizen. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register