BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga minyak terus menjunam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
LONDON, United Kingdom – Ekonomi global diselubungi suasana panik dan cemas apabila harga minyak terus merudum di bawah paras AS$30 (RM132.7) setong semalam menyebabkan pasaran saham dunia menjunam untuk tiga minggu berturut-turut.

Saham di Eropah jatuh lebih daripada satu peratus, menuju kembali kepada paras terendah untuk tempoh 13 bulan kelmarin, manakala saham Asia merosot ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun setengah.

Harga minyak Brent yang menjadi rujukan pasaran Asia dan Eropah mula menjunam pada Rabu lalu mencecah paras terendah dalam tempoh 12 tahun sekitar AS$29.73 (RM130.6) setong. Ia paras terendah sejak Februari 2004.

Selepas menunjukkan sedikit peningkatan kelmarin, lambakan bekalan minyak menyebabkan harga minyak kembali merosot.

Setakat petang semalam, minyak mentah jatuh tiga peratus kepada AS$29.86 (RM132.1) menuju kerugian mingguan lebih 10 peratus.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
Walaupun petronas x untung

Gomen malaysia tetap untung...biznez domestic je
 
Ini harga thn hujung 80an kalo x silap

Masa tuh isi petrol rm1 perliter
 
bilalah agaknya harga minyak nak turun yang turun sekarang harga minyak dunia je.
 
apa punca crude oil ni jatuh harga?..oversupply?
 
cmbe harga minyak dunia ni ditentukan eh? kalu kita yg jd pngeluar minyak mentah ni ak pasti makin lama kita naikkan harga minyak tu..tp knapa myk brent ni makin dikurangkan harga? makin kurang lar untung cmpany..btul x?ke cmne?
 
Back
Top
Log in Register