BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga LPG masih kekal

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Seorang pekerja kedai runcit menunjukkan bekalan tong gas LPG yang masih mencukupi.
SUNGAI BESAR - Peniaga kedai runcit di Pasir Panjang, Sekinchan yang menjual gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi mengakui tidak mengetahui harga barang kawalan itu naik dalam waktu terdekat, malah bekalannya juga didakwa masih mencukupi.

Seorang pekerja sebuah kedai runcit, Mirendra Thapa Magar, 23, berkata, buat masa ini, harga LPG masih kekal RM28 setong.

“Bos (majikan) saya tak maklum tentang kenaikan ini. Saya tak tahu…biasanya, kalau harga gas naik, barang (LPG) ini mesti susah nak dapat, tapi buat masa ini, bekalan masih cukup,” katanya.

Bagaimanapun, dia memberitahu, pembeli tidak dibenarkan untuk membeli gas LPG tanpa pertukaran tong gas kosong sejak beberapa bulan lalu.

“Saya pun tak tahu kenapa. Tak berani nak cakap, sebab saya pun tak tahu apa sebabnya,” katanya.

Seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, kenaikan harga itu meresahkan peniaga runcit, apatah lagi dengan isu kenaikan minyak masak yang masih belum reda.

Namun katanya, sehingga kini, dia masih tidak menerima apa-apa maklumat berhubung kenaikan itu daripada pembekal, malah pembelian LPG dalam kalangan pembeli juga tidak ‘panik’.

“Tak dengar pula tong gas masak naik harga. Kalau harga naik, dah tentu kami kena tahan telinga sekali lagi, sebab isu bekalan minyak masak,” katanya.

Menurutnya, pembelian LPG hanya dibenarkan sekiranya pembeli menukar tong gas kosong sahaja, namun pembeli tidak dibenarkan untuk membeli LPG semata-mata.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/harga-lpg-masih-kekal-1.581481
 
Back
Top
Log in Register