BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga jering kini cecah RM30 sekilo

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Rosman menunjukkan jering yang sudah siap disemai untuk dijual kepada penggemar ulam.

TEMERLOH - Harga ulam jering semai boleh dijual mencecah sehingga RM30 sekilogram pada Ramadan kali ini apabila bahan makanan tradisional Melayu itu sukar diperoleh pada luar musim.

Malah, difahamkan ia terpaksa diimport dari negara jiran berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan terdiri daripada peniaga kedai makan dan penggemar ulam tradisional.

Peniaga Pasar Besar Temerloh, Rosman Abdul Malek 39, berkata, bekalan diambil dari Thailand ketika musim di negara ini sudah berakhir dan ia dijual lebih mahal berbanding jering tempatan.

“Biasanya harga jering turun naik bergantung kepada jumlah yang ada di pasaran, bila tempat kita berbuah serentak maka harga akan jatuh tapi sekarang ini boleh dijual sehingga RM30 sekilogram bila ambil (bekalan) dari Thailand. Memang mahal.

“Orang yang suka akan tetap beli kerana ia sangat sedap dibuat sambal. Jadi, saya tak ada masalah jual jering semai sebab memang ada pelanggan tetap. Asal ada saja mesti laku,” katanya ditemui di pasar berkenaan, di sini, semalam.

Rosman berkata, peniaga di pasar itu akan sibuk mulai esok apabila orang ramai khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur pulang ke kampung halaman.

"Waktu begitulah peniaga pasar akan seronok berniaga sebab apa saja yang dijual biasanya akan habis," katanya.

Rosman bersama ibunya yang berniaga di Pasar Besar Temerloh sejak lima tahun lalu turut menjual bekalan tempoyak manis dan masam memandangkan permintaan bahan itu tinggi di daerah Temerloh yang terkenal dengan masakan gulai tempoyak ikan patin.

"Bekalan tempoyak dari Raub juga dijual pada harga RM30 sekilogram selain harga ulam lain seperti kerdas mencecah hampir RM40 sekilogram.

“Harga petai pun tinggi sekarang, untuk 100 papan petai saya dapat dengan harga yang sudah tinggi dan terpaksa jual empat papan RM10. Harga barangan pun mahal sekarang modal besar untung belum tentu lagi,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/jering-cecah-rm30-sekilo-1.693422
 
setelah google dapat ni

jering semai. jering tua yg ditanam dalam pasir hingga bcambah utk merangupkan balik jering tu

jering1.jpg

Patut la org duk bertanye ni pokok sape.. Blakang umah aku ni..
 
makan jering relong ni sedap bau bilik air.
 
beli haritu ada la dlm 10-12biji..rm3 tur...
 
Back
Top
Log in Register