BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga ikan tidak stabil dipasaran

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Mohd Zaid melayan pelanggan yang membeli ikan segar di gerainya di Pasar Besar Kedai Payang.
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU – Harga ikan di pasaran dilaporkan tidak stabil berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ekoran kedatangan musim tengkujuh.

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Besar Kedai Payang mendapati, harga ikan segar yang meningkat tiga hari lalu kini turun apabila bekalan sumber protein itu bertambah disebabkan nelayan masih turun ke laut menangkap ikan.

Penambahan bekalan ikan segar juga menyebabkan rata-rata peniaga menghentikan seketika penjualan ikan kotak kerana ikan segar mencukupi bagi menampung permintaan pelanggan.

Bagaimanapun, peniaga tidak memberi jaminan harga ikan segar akan kekal begitu kerana semuanya bergantung pada bekalan semasa dan ia dijangka naik pada bila-bila masa sebaik saja nelayan tidak ke laut.

Seorang peniaga, Mat Ali Awang Ngah, 57 berkata, harga ikan mula mengalami kenaikan dan penurunan yang tidak menentu sejak beberapa minggu kebelakangan ini disebabkan keadaan cuaca.

“Tiga hari lalu harga ikan naik, tetapi hari ini (semalam), harga (ikan) turun. Apabila ada ikan, automatik harga turun, apabila bekalan kurang, harganya pula akan meningkat.

“Sebagai contoh, ikan selar, kembung dan tongkol dijual RM10 sekilogram tiga hari lalu, tapi hari ini turun kepada RM8 manakala selayang RM8 kepada RM7.

“Tetapi kita sendiri tidak jamin, ia akan kekal begitu atau meningkat lagi selepas ini,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Mohd Zaid Ibrahim, 49, mengakui harga ikan mengalami penurunan biarpun jumlahnya sedikit.

“Biasalah, apabila tiba tengkujuh akan berlaku harga tidak menentu, adakala mahal dan ada masanya murah. Keadaan sukar dijangka, sebab jika hanya hujan, nelayan masih ada yang turun ke laut.

“Cuma apabila hujan diiringi angin, nelayan tidak berani keluar terutama bot-bot kecil,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Mazlan Awang, 51, berkata, harga ikan tidak stabil sudah menjadi perkara biasa bila tiba musim banjir dan ia tidak dapat dielakkan.

“Cuma harapan kita, pengguna memahami situasi turun naik ini. Bukan kita (peniaga) sengaja untuk menaikkan harga ikan sesuka hati, sebab kita juga mendapatkan bekalan dari pembekal,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/harga-ikan-tidak-stabil-1.225876
 
hujan saja sekarang nih..
 
musim tengkujuh...bahaya utk kelaut sebab tu le kadang2 harga ikan kat pasar memang mahal.
 
Back
Top
Log in Register