BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga ikan naik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Nelayan membaiki peralatan bot selepas tidak dapat turun ke laut.
< 1 / 2 >
KANGAR - Kira-kira 400 nelayan persisiran pantai di sekitar Perlis Selatan terjejas akibat tidak dapat turun ke laut apabila laut bergelora melanda negeri di utara sejak seminggu lalu.

Nelayan terbabit yang kebanyakannya hanya mampu meraih pendapatan antara RM50 hingga RM70 sehari kini terpaksa meminjam wang dari peraih ikan serta berjimat cermat sebelum cuaca kembali pulih.

Kebanyakan mereka adalah dari Kuala Sanglang, Kuala Sungai Baru dan Kuala Sungai Padang.

Seorang nelayan, Johari Saad, 56, berkata, ombak besar akibat angin monsun barat laut menyebabkan ramai nelayan takut turun ke laut apabila ombak boleh mencecah sehingga semeter walaupun di pesisiran pantai.

“Kalau kami turun ke laut juga, bot boleh terbalik dan kami boleh mati lemas. Jadi kami kena tunggu keadaan ini reda terlebih dahulu.

“Selalunya kalau cuaca macam ini, saya akan ambil kesempatan membaiki pukat yang rosak, tapi pada masa yang sama saya berdoa keadaan akan segera pulih supaya dapat ke laut kerana ia sumber rezeki saya sejak 40 tahun lalu,” katanya.


Tidak boleh mewah berbelanja

Bagi seorang nelayan muda, Mohd Fakhrullah Mohd Ghazali, 22, dia terpaksa meminjam duit daripada peraih ikan kerana tidak mempunyai sumber pendapatan lain selain ke laut.

Katanya sekiranya keadaan ini berlarutan, mereka akan hidup sekadar kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

“Sebelum ini, saya akan memperoleh purata antara RM50 sehari dan duit itu hanya cukup untuk perbelanjaan harian saya dan keluarga.

“Kami tak boleh mewah seperti orang lain, walaupun saya ada simpan duit sikit sebelum ini, tapi duit tu dah habis sebab ia hanya cukup untuk digunakan beberapa hari saja dan sebab itulah saya terpaksa pinjam duit dari tauke ikan.

“Inilah yang terpaksa kami lalui pada musim ini setiap tahun,” katanya.


Hidup makin tersepit

Ahmad Baharum, 35, berkata, dia semakin tersepit apabila terpaksa mengeluarkan wang simpanan untuk menanggung keluarganya.

“Saya ada anak yang masih bersekolah, setiap hari saya perlu mengeluarkan wang saku. Walaupun tak banyak, tapi saya tetap kena tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah.

“Duit simpanan dah semakin surut, jika keadaan terus berlarutan saya harap ada pihak yang boleh membantu meringankan beban kami,” katanya.


Nelayan zon A turut terjejas

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Perlis Selatan, Romli Sabu berkata, selain nelayan pesisiran pantai, nelayan bot zon A yang melibatkan kawasan penangkapan ikan lingkungan lima batu nautika dari pantai turut terjejas.

Kata Romli, di kawasan Perlis Selatan sahaja, terdapat 25 bot nelayan zon A yang melibatkan kira-kira 200 nelayan yang kesemuanya kini tidak dapat turun ke laut.

“Saya jangkan kira-kira 600 nelayan persisiran pantai dan bot zon A tidak turun ke laut akibat cuaca yang tidak menentu sekarang ini.

“Tetapi sebagai nelayan yang biasa melalui keadaan tersebut, mereka akan berjimat cermat dari segi perbelanjaan untuk disimpan pada waktu kecemasan seperti ini,” katanya.


Harga ikan melambung

Bagi peraih ikan, Shahidan Ramli, 42, harga ikan kembung terutamanya, melambung tinggi sehingga RM8 sekilogram berbanding sebelum ini hanya RM4 sekilogram.

“Laut bergelora menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut sekali gus menjejaskan penangkapan ikan. Ikan naik sekali ganda, saya dapat dari nelayan dengan harga RM8 jadi saya terpaksa jual kepada pelanggan dengan harga RM10 berbanding sebelum ni saya jual sekitar RM6 sahaja,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/harga-ikan-naik-1.201607
 
semlm takde ckp pon rege ikan takkan naik... ekekekeke.. problem??
 
bisa le semuanya naik....mana ada yg turun, ayam naik, ikan naik....sayur pun naik jugak.
 
mana pemerintah perlis...apsal nelayan kena pinjam duit ngan toke ikan lak...patotnya pemerintah la kena tolong...
 
kesian kat para nelayan kita... ada masa dapat durian runtuh... ada masa mcm nie ler... apapun semoga laut reda kembali ...
 
Back
Top
Log in Register