BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga ikan naik mendadak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUANTAN 27 Sept. - Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membuat pemantauan rapi terhadap para nelayan ekoran kenaikan harga ikan melampau di pasar-pasar basah sejak beberapa hari lalu.

Presidennya, Mohd. Firdaus Abdullah berkata, harga ikan yang meningkat antara 40 hingga 78 peratus itu antaranya ialah tenggiri, aji-aji, bawal hitam dan ikan merah.

Menurutnya, ikan tenggiri dan bawal hitam yang sebelum ini dijual pada harga RM16 kini naik kepada RM25 bagi setiap kilogram, sementara ikan aji-aji dan ikan merah pula mencecah sehingga RM22, bagi berat yang sama.

"LKIM perlu buat langkah segera untuk cari punca mengapa harga ikan naik mendadak, adakah disebabkan penetapan harga yang dibuat pemborong kepada peruncit dan penjual di pasar," kata beliau ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam masa sama, Mohd. Firdaus turut membangkitkan sikap nelayan yang mungkin terlalu 'manja' dengan pelbagai subsidi dan elaun yang diberikan kerajaan sejak akhir-akhir ini yang memungkinkan kepada sikap malas mereka untuk selalu turun ke laut.

"Mungkin juga disebabkan pelbagai bantuan daripada kerajaan termasuk elaun sebanyak RM200 yang diterima setiap bulan membuatkan nelayan kita malas turun ke laut, jadi LKIM perlu siasat, benarkah perkara ini berlaku," katanya.

Jelas Mohd. Firdaus, jumlah ikan yang didaratkan kini tidak lagi seimbang dengan jumlah pengusaha bot yang ada, menyebabkan ikan yang ada di pasaran, kurang berbanding jumlah yang sepatutnya didaratkan oleh bot-bot nelayan.

Katanya, mengambil kira keadaan itu, mungkin ada di antara nelayan di negara ini mengambil kesempatan terhadap 'kelembutan' kerajaan yang menyediakan pelbagai insentif kepada golongan itu bagi membantu mereka.

Sehubungan itu, tegas beliau, LKIM perlu mengkaji semula cara pelaksanaan sistem pengurusan ikan termasuk pendaratan serta harga yang sepatutnya ditentukan pemborong bagi mengelakkan kenaikan mendadak harga ikan.

"Selain itu, LKIM juga perlu memantau keadaan nelayan melalui jumlah ikan yang didaratkan, sama ada mereka betul-betul turun ke laut atau sebaliknya.

"Jika bot-bot pengusaha atau nelayan yang telah diberi lesen tidak digunakan, lebih baik lesen itu diberikan kepada individu lain yang sedia turun ke laut," katanya.

Tambahnya, perkara itu perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan orang ramai terbeban dengan kenaikan tinggi harga ikan selain LKIM sendiri perlu memberi penjelasan kepada orang ramai mengapa situasi itu berlaku.

Raya-raya orang makan ayam lembu kambing rusa kuda...ikan tu naik pun tak per kot janji yang ayam daging jangan nak pula
 
pasni kena bela ikan sendiri la..:D:D
 
mkn ikan keli je la, bela tepi rumah dlm kanvas
 
makan ikan masin je la... murah sikit kot..:D:D
 
ikan sardin tin pun naik rege, dulu botan beso 3.++ skrang dan 4.90, kekekek

apo nok di kato laeiiii
 
erm seme dah naik..
kene ubah gaya hidup tak bleh mkn ikan sekarng..
kn makan hati jer..huhuhu
 
..adOH!!..smua naek...!..mcM nie mKn rotI loh!..ngaN tEh sarBat!
 
mintak turun.. harga ikan lak yang nai.. peik aku.. tapi aku tak berapa nak salahkan nelayan.. peraih ngan orang tengah la yang patut ditanya hal nie....
 
Back
Top
Log in Register