BTC USD 80,181.6 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HARAM Trading Forex: UZAR

pada pendapat aku, tak payahlah desak mendesak uzar datang CG untuk berbahas pasal forex.
dia dah selesaikan tugas die kat blog dia... kalau ada kemusykilan, tanyalah kat blog die.
Lagipun, aku yakin uzar tak ada masa nak baca hujah2 kat thread ni. tengoklah, dalam masa 2 hari je thread ni dah sampai page 35.... laju giler..
mana larat uzar nak layan kita smua.

aku cadang, sape2 tak puas hati, komenlah kat blog uzar
 
bukan macam tu bro,kan adalah lebih baik berbincang.Aku tak tahulah kalau ada yg lain berniat untuk berdebat tapi yang timbul sekarang adanya dua side yg mengharuskan dan lagi satu mengharamkan.Jika berjaya membawa dia datang kesini,sedikit sebanyak pasti ada penyelesaian tentang kekhilafan yang berlaku sekarang ni.Kalau diblog dia,orang tidak bebas untuk menanyakan malah terbukti mesej aku dah delete sebelum ni

Malah untuk berkuncung ke CG tidak melibatkan kos yang tinggi pun..hanya sedetik dua mengikut kelajuan internet masing-masing
 
kalau uzar dtg sini pun berapa ramai ahli CG yg bole lawan hujah dgn dia.

yang tau menganjing ramai la dgn post merapu2.
itu yg dia taknak masuk sini kot,
bg lg kusut je nnt.
 
kalau uzar dtg sini pun berapa ramai ahli CG yg bole lawan hujah dgn dia.

yang tau menganjing ramai la dgn post merapu2.
itu yg dia taknak masuk sini kot,
bg lg kusut je nnt.

Kita bukan nak berlawan,kita nak berbincang dan menunjukkan fakta.Contoh seperti saudara Encikz yg banyak memberikan hujah sorang-sorang disini yg menunjukkan lagi bukti-bukti keharusan Forex.

Tentang menganjing,post merapu tu atas individu..etika masing-masing..kalau dia tahu apa yg dia buat,dia takkan merapu
 
Sedara dah baca dan fahami fatwa yg dikeluarkan oleh pejabat mufti perak?
mari kita semak semula.

Sumber

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju bahawa hukum perniagaan wang asing adalah harus. Mesyuarat juga mengambil maklum:
1.Tukaran wang telah lama berlaku dalam Ringgit Malaysia dalam Rial (tujuan untuk menunaikan ibadah haji).
2.Bertujuan untuk memenuhi keperluan hajat,bukan untuk mencari keuntungan semata. Maksud ayat merujuk pada butiran no 1.
3.Kebebasan perniagaan mata wang boleh mengakibatkan keruntuhan nilai ekonomi Negara. Maka yang diharuskan hanya untuk memenuhi hajat semasa sahaja.
4.Tukaran wang adalah keperluan ekonomi untuk pembangunan Negara.

Bro, fatwa ni kate kalau kite trade forex ni untuk memenuhi keperluan
hajat di HARUS kan bukan? Macam kita pegi haji tu, maka diharuskan.
Saya nak tekankan disini, kalau fatwa ni xde sekalipun, kita memang TERPAKSA pun tukarkan duit kita kepada duit rial, sebab orag arab x terima duit lain selain duit rial, betul x?

Yang no. 3 dan 4 tu boleh jelaskan x?

No. 3: Kalau saya trade forex tanpa mengakibatkan keruntuhan nilai ekonomi Negara HARUS x?

No. 4: Memang trade forex ni keperluan ekonomi untuk pembangunan Negara so HARAM ke trade forex?

Lagi1 kenape x jawab post saya mengenai secara praktilaknya laverage tu? Kenape cite bab teori semata2 je? :-?
 
selama ni saya dah banyak baca dah pendapat pakar agama mengenai hal ni sejak beberapa tahun lepas..malas nak post hujah2 diorang, rajin2 lah google..

kesimpulannya, terdapat 2 pendapat.. harus / haram ..

Uzar is not the only expert in Islamic Financial..tu je yang saya boleh cakap..bukan nak lawan hujah dia..apa yang dia cakap ada betulnya..tp ramai lagi pakar agama yang menyatakan Forex adalah harus..

cuma kena timbang tara dengan pendapat pakar lain jugak..

for me, Forex adalah harus kerana ada beberapa keperluan yang merujuk kepada keadaan yang memerlukan saya ber"forex"..
 
betul 2....yang penting NAWAITU kita....kita bukan berforex nak meruntuhkan ekonomi negara...kita berforex kerana nak bagi anak bini makan...nak kata hasil 2 haram....bagi aku tidak...
 
hentikan memperkecilkan pengetahuan org lain,

hentikan melabel org lain dgn mengatakan org lain MALAS, MEMBEBEL sebagai kata pengukuh agar forumer2 lain 'perasan' kononnya sedara mempunyai ilmu yg mendalam tentang forex.

Mari kira berbincang dgn ilmiah dah penuh rasa sopan dan hormat. Kenyataan sedara sedikit pun tidak membantu menambah keyakinan forumer ttg HARUSNYA forex online trading berbanding dgn hujah yg dikemukakan oleh Uzar.

Aku sudah beberapa kali menyuarakan cadangan kpd sedara yg nampak begitu yakin terhadap keharusan melakukan forex online trading ini agar membuka satu thread khas yg mengumpul segala hujah dan pandangan ulama'2 khilaf. Ini adalah supaya para trader jelas dan yakin utk berijtihad dgn pandangan2 ini.

apakah sedara sendiri tidak yakin forex online trading adalah 100% harus?

Saya memang nak berhujah secara sopan...tapi sedara ni asyik buat tuduhan jer, macamane? Saudara kata saya berhujah menggunakan hujah CPO, macamane? Sauadara kata saya kata online forex trading ni 100 percent halal, siapa yang kata? saudara kata saya memperkecilkan uzar, siapa yang kata? saudara kata kami tak ingat syurga dan neraka, ni kenapa?

saya kata,

- forex ni benda macam ayam...uzar pun kata...ayam sembelih boleh makan la...

- hujah saya pun dari kertas kerja berkaitan forex, bukannya CPO dan stock sajer...

- terdapat kertas kerja dan fatwa yang mengharuskan dengan syarat...bilamana syarat-syaratnya dipatuhi ianya halal, bilamana tidak ianya haram...selagi trader menjaga syarat-syarat itu, selebihnya serah pada yang Maha Kuasa

- sy tak kata uzar salah tapi saya kata ada pendapat ulama yang lain yang lebih ringan...saya nak cari rezeki...sy nak guna pendapat yang ringan dalam hal ni...berdosa kah saya?

- kalau uzar hendak menggunakan pendapat yang haram dan melihat isu ini serius, jom kita laksanakan diperingkat mereka yang beruthoriti dulu...Bank-bank negara, institusi kewangan yang dsbgnya...hujahnya kami adalah pelingkup ekonomi tidak benar, cuba lihat transaction retail forex dunia berapa percent?

- Kalau saudara nak mengharamkan cukai tanah, cukai pintu, cukai pendapatan, cukai kenderaan, pinjaman PTPTN, dll yang sekarang ni mencekik rakyat marhaen, sy akan sokong sedara dan uzar...itu pun Islam larang sebenarnya...
 
Sedara dah baca dan fahami fatwa yg dikeluarkan oleh pejabat mufti perak?
mari kita semak semula.

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju bahawa hukum perniagaan wang asing adalah harus. Mesyuarat juga mengambil maklum:
1.Tukaran wang telah lama berlaku dalam Ringgit Malaysia dalam Rial (tujuan untuk menunaikan ibadah haji).
2.Bertujuan untuk memenuhi keperluan hajat,bukan untuk mencari keuntungan semata. Maksud ayat merujuk pada butiran no 1.
3.Kebebasan perniagaan mata wang boleh mengakibatkan keruntuhan nilai ekonomi Negara. Maka yang diharuskan hanya untuk memenuhi hajat semasa sahaja.
4.Tukaran wang adalah keperluan ekonomi untuk pembangunan Negara.

Sumber

Bawah Bank Islam atau BIMB ada satu syarikat khusus berkaitan foreign currencies trading...BIFCA namanya...tahun 2008, keuntungannya ialah RM20.35 million melalui trading currencies...kenapa untung begitu banyak...ni berlawanan dengan fatwa diatas...?

http://www.bankislam.com.my/bimb_pdf\Chairmans_Statement.pdf
 
cnth klw kita pg pasar raya MAIDEN... kita membeli ayam..

n kita yakin mereka mengikut syarat2 yang telah di tetapkan..

klw diorang nak buat "taik".. diorang yang dosa... kita sudah terlepas...

klw nak periksa setiap satu2 semua tu.. kan rumit.. kan susah..

ayam2 skrg ni pun di enjit.... kan "menzalimi binatang" aper awak tak makan ayam skrg...
ya betul abu.. Islam tak suruh setiap individu golongan awwam Muslim sampai kaji detail begitu sekali (takkanlah setiap org Islam kena pi jenguk sendiri mcmana setiap kilang sembelihan ayam tu buat sembelihan)..ada pihak yg punya kuasa menyiasat/mengkaji/menyelidik..dan ada pihak lain pula yg menguatkuasakan (meaning kjaan).. dan pihak kjaan juga berkuasa menentukan samaada sumber keewangan negara (reserve dalam dan luar negara) samaada ia bercampur aduk dari sumber (trading, cukai dsbnya) yg Islamic & konvensional (disana termasuklah cukai arak,judi dsbnya)..kemudian dari sumber ini juga gaji kakitgn kjaan dibayar..projek pembangunan milik kjaan/separa kjaan dijalankan..pembangunan dlm negara dijlnkan..
Kita takde daya upaya dlm hal yg kita tidak ada kuasa.. cumanya apa saja yg kita tahu dan kita rasa boleh elak kita elak..

dlm hal forex tu pula..kenyataan UZAR kita ambil sbg pandangan peribadi beliau..bukan suatu yg rasmi..
Ustz Daud Bakar sentiasa sibuk dan berada di Dubai (opis dia kat sana) dan saya dlm proses bertanyakan hal ni melalui rakan niaganya Mr.Makhtar..
 
Last edited:

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12040
USD / JPY
156.865
GBP / USD
1.33745
USD / CHF
0.82508
USD / CAD
1.40025
EUR / JPY
175.751
AUD / USD
0.70300
Back
Top
Log in Register