BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HARAM Trading Forex: UZAR

Minta maaf la, aku nak bercakap kasar sikit...

- Bila ulama' berjawatan tinggi pun penakut dan jaga periuk nasik, bilalah Islam nak tertegak? Kalau betul-betul nak menjaga agama dan maslahah ummah, silakan tulis tajuk " Rakyat Malaysia Wajib Mendesak Kerajaan Malaysia Menggunakan Matawang Dinar Emas" atau tajuk-tajuk yang keras seperti itu...Gerakkan semua agensi Bank Negara, Badan MUfti, Polis dan sebagainya...Barulah nampak usahanya...Ini tidak, alih-alih ikan bilis juga yang nak dikejarnya...ulama' selamat jugak makan gaji dengan kerajaan...yang orang awam semua buat tak boleh...Haram...haram...haram...orang corporat, kerajaan dll buat takpe...actually bukan mereka buat takpe, tapi ulama' kita ni hanya berani dengan orang awam saje...barangkali orang awam saje yang masuk neraka...

-Kalau begitu saya ingin mengingatkan akan satu hadis " Barang siapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan, jika tidak dengan lisan, jika tidak dengan hati, maka ianya selemah-lemah iman.."Pihak yang patutnya mencegah dengan tangan ialah seperti ditafsir ulama hadis dimadinah ialah pihak yang macam UZar ni lah...kalau ulama semua pakat jaga periuk nasik, macamana mereka rasa orang awam sanggup kebulur...!

- Hujah Uzar memang banyak merujuk kepada Syeikh Uthman Thaqi...beliau memang terkenal kerasnya...tapi kalu cuba untuk selongkar hujah ulama lain yang lebih mudah atau tidak keras, bukannya takde, malah banyak juga...cuba selongkar thread-thread sebelum ini...

- Kalau nak selesai sistem matawang untuk kembali kepada sistem Islam, tujukan perkara ni kepada kerajaan-kerajaan Islam yang mendokong sistem ini...Kerajaan islam tentulah ada badan mufti masing2...kenapa mereka tidak keras seperti Uzar?

- Mungkin boleh tanye Uzar jawapannya...

p/s: Yang hak memang hak...Tapi kalau pendapat orang lain tidak dikira pendapat, jadi tak guna lah berbincang...
 
UZAR : FOREX EXCHANGE UNTUK TUKAR DUIT KE LUAR NEGARA DAN KEPERLUAN MENIMPORT EKSPORT BARANG DAGANGAN ADALAH HALAL JIKA GUNAKAN SPOT TRANSACTION,

TAPI FOREX TRADING ADALAH SYUBHAH ATAU HARAM BERGANTUNG KEPADA JENIS DAN PLATFORM DAN CARA YANG DIGUNAKAN.

Justeru, tiada jawapan satu baris..

Kalau ikut bahasa pendakwaraya ia dipanggil...DIBACA BERSAMA :eek::eek::eek::eek:
 
Ustaz zaharudin tu...

macam ni jer...kat dia tu ada gak benarnya...bagi mereka yang trade forex tanpa ilmu dan hanya berlandaskan pada nasib...itu haram...tetapi sekiranya kamu pelajari ilmu tradingnya mungkin hukum nya jadi lain...kalau trade untuk kaya tanpa ilmu itu judi dan hanya mengikut nasib...

sama seperti lumba motor....macam lumba moto...mat rempit berlumba dan mati..mati katak atau lebih kepada mati sesat.... tetapi kalau mat rempit tu masuk akademi permotoran dan belajar teknik menunggang moto dan menjadi pelumba handalan...dan mati semasa berlumba di trek...itu lain plak dah...sebab itu dah kerjaya dia...itu yg aku dgr dari U harun din dulu la.....masa kes lumba motot ni jadi kegilaan ramai.. :0..

so aku rasa UZAR kata secara umum....swap tetap haram...cuma trading tanpa ilmu ibarat beli loteri...main agak agak jer...dah tentu haram..

apa pulak hukumnya carik kerjaya yang boleh membahayakan jiwa....melainkan untuk menjaga kemakmoran seperti jadi askar, polis, bomba dan sebagainya:-?
 
Isu emas tu isu besar tu bos, kalau emas xleh, sama juga dengan hartanah. Beli rumah di kawasan yg difikirkan strategik utk dijual pada masa hadapan:o:))

isu perjudian pulak? Ni paling asas sekali, kalau yg asas dah disembunyi, maka senang putar belit yg advance. Opss.. lupa pulak, dalam perjudian boleh ada konsep hedging ke? win-win situation ada ke?

spekulasi matawang + harga tidak stabil? bank negara mengharamkan forex sbb ni? kenapa BNM boleh pulak, berbillion pulak tu.. secara logiknya kita spekulasi yg melibatkan berbillion ni lah yang menjejaskan.

macam nelayan pi tangkap ikan...hari2 memperjudikan nasib..nasib baik balik...nasib tak baik kena ribut...gitu? :-?
 
yeah betul kata bro.. kalau forex ni menyebabkan harga tidak stabil, xkan wujud SnR punya. Mcm uzar kata, yang menggerakkan pergerakan matawang tu adalah disebabkan trader2, bukannya ekonomi & pedagangan. Tapi bagi kita pulak, tanpa faktor fundamental, maka graf yg kita hadap tu memang gerak dlm ranged kecik je setiap hari. Terbalik lah pulak:))

yang aku boldkan tu, faham2 jelah. Setiap tahun akan ada yg tukang paste punya.

Nasib baik bukan aku yang paste :-?#:-S:))
 
Minta maaf la, aku nak bercakap kasar sikit...

- Bila ulama' berjawatan tinggi pun penakut dan jaga periuk nasik, bilalah Islam nak tertegak? Kalau betul-betul nak menjaga agama dan maslahah ummah, silakan tulis tajuk " Rakyat Malaysia Wajib Mendesak Kerajaan Malaysia Menggunakan Matawang Dinar Emas" atau tajuk-tajuk yang keras seperti itu...Gerakkan semua agensi Bank Negara, Badan MUfti, Polis dan sebagainya...Barulah nampak usahanya...Ini tidak, alih-alih ikan bilis juga yang nak dikejarnya...ulama' selamat jugak makan gaji dengan kerajaan...yang orang awam semua buat tak boleh...Haram...haram...haram...orang corporat, kerajaan dll buat takpe...actually bukan mereka buat takpe, tapi ulama' kita ni hanya berani dengan orang awam saje...barangkali orang awam saje yang masuk neraka...

-Kalau begitu saya ingin mengingatkan akan satu hadis " Barang siapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan, jika tidak dengan lisan, jika tidak dengan hati, maka ianya selemah-lemah iman.."Pihak yang patutnya mencegah dengan tangan ialah seperti ditafsir ulama hadis dimadinah ialah pihak yang macam UZar ni lah...kalau ulama semua pakat jaga periuk nasik, macamana mereka rasa orang awam sanggup kebulur...!

- Hujah Uzar memang banyak merujuk kepada Syeikh Uthman Thaqi...beliau memang terkenal kerasnya...tapi kalu cuba untuk selongkar hujah ulama lain yang lebih mudah atau tidak keras, bukannya takde, malah banyak juga...cuba selongkar thread-thread sebelum ini...

- Kalau nak selesai sistem matawang untuk kembali kepada sistem Islam, tujukan perkara ni kepada kerajaan-kerajaan Islam yang mendokong sistem ini...Kerajaan islam tentulah ada badan mufti masing2...kenapa mereka tidak keras seperti Uzar?

- Mungkin boleh tanye Uzar jawapannya...

p/s: Yang hak memang hak...Tapi kalau pendapat orang lain tidak dikira pendapat, jadi tak guna lah berbincang...

Takpun uzar tulis tajuk seperti dibawah:-

1) Haram sokong kerajaan Malaysia kerana menggunakan sistem wang kertas.

2) Pengguna wang kertas haram

etc...

setakat berani dengan orang awam saje macam org awam saje yang masuk neraka, tak payah la...berkenaan forex trading ni, banyak juga orang copy paste pendapat yang mengharuskan dan sebagainya...mungkin ulama tersebut tidak diiktiraf kot...

lagi satu tahap ikan bilis punya trader ni, macamana la boleh melingkup ekonomi...bank2 la yang punya main trader...berbillion punya transactions...kenapa tidak ditulis artikel mengharamkan transaction bank-bank ni? Kenapa orang awam jugak...???

Tak boleh nak paham la aku pejuang islam macamni...
 
kalau simpan komoditi supaya naik harga, itu dah sah tak boleh. temasuk dalam ihtikar... uzar ada sebut dalam artikel tu.

abis tu tak kan masa rega rendah pun pakat pulun nak jual jugak...meniaga apa lagu tu ~X(
 
Gaji ustaz nie sapa bayar haaaaaaaaaa? 100% sumber halal ke untuk bayar gaji dia? :-?
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15394
USD / JPY
160.256
GBP / USD
1.33494
USD / CHF
0.79754
USD / CAD
1.39481
EUR / JPY
184.925
AUD / USD
0.70454
Back
Top
Log in Register