BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HARAM Trading Forex: UZAR

Artikel terbaru UZAR

Disebabkan matawang emas masih tidak wujud di ketika ini, maka bagi memastikan system kewangan lebih stabil dan selamat pada pandangan Islam, maka apa sahaja yang menjadi galang ganti kepada matawang emas dan perak juga TURT WAJIB DIKENDALI SESUAI SEBAGAI MATAWANG BUKAN KOMODITI.



Kesatuan Fiqh Islam sedunia, akur kepada system kewangan dunia yang dipegang oleh bukan Islam, mereka mengatur dan menjadikan kertas sebagai matawang. Maka atas dasar hajiat, ulama sedunia bersama pakar ekonomi Islam membuat keputusan keharusan untuk mengunnapakai matawang kertas namun mestilah diuruskan menepati cara urusan emas dan perak.Iaitu dari sudut hukumnya dan juga cara pengendaliannya sebagai matawang, iaitu tidak harus dijadikan komoditi.



Atas sebab itu, forex trading walaupun dibuat spot, adalah HARAM di dalam Islam kerana ia lebih kepada spekulasi dan perjudian. Di samping isu-isu lain seperti gharar dan keterlibiatan riba dalam leverage. Apapun, yang pasti perniagaan forex trading wang kertas pelbagai Negara adalah untuk menraih untung atas perbezaaan nilai matwang adalah HARAM kerana ia adalah judi dan penyebab mudarat kepada system ekonomi dunia dan penyumbang kepada inflasi serta ketidakstabilan nilai matawang.



Bank-bank Islam di seluruh dunia juga dikawal selia oleh Majlis Syariah masing-masing agar tiada unsur spekulasi dalam setiap forex trading mereka. Hanya forex untuk tujuan lindung nilai ( hedging) sahaja dibenarkan. Itulah juga keputusan Majlis Shariah Bank Negara Malaysia. Forex trading untuk raih untung atas perbezaan nilai matwang tidak dibenarkan OLEH MAJORITI Majlis Syariah bank-bank Islam walaupun ia dibuat secara spot.



Hasilnya, kita perlu faham, matawang kertas (fiat money) yang wujud hari ini juga mestilah TIDAK dijadikan komoditi, sama seperti emas dan perak. Itulah yang diwarwarkan oleh Syeikh Taqi Uthmani semasa Forum Kewangan Dunia. Bagi mengurangkan masalah di dalam system ekonomi semasa. Sebagai jalan pertama untuk mewujudkan system ekonomi adil dan menepati Islam.



Malangnya dicelah-celah ketamakan manusia hari ini, matawang kertas fiat hari ini turut menjadi bahan sasaran dan objektif keuntungan. Bukan sahaja bank-bank terlibat, malah ramai individu juga rambang mata berniaga FOREX melalui platform internet, Walau ia ditegah oleh kerajaan, semuanya tidak diendah lagi.



Mereka membeli matawang sesebuah Negara (Euro sebagai contoh) untuk disimpan sebagai pelaburan bagi menunggu nilainya menaik untuk dijual kembali di pasaran. Inilah punca dan penyebab kelam kabut ekonomi dunia. Sama ada ia dilakukan oleh industri perbankan atau individu. Kesemuanya BERDOSA. Imam Al-Ghazzali berkata :



"Jadinya, barangsiapa yang memulakan berjualbeli matawang (untuk mendapat keuntungan perbezaan nilai), tindakannya sendiri telah BERCANGGAH dengan objktif asal penciptaan matawang,... jika dibenarkan mereka berbuat demikian, kelak matawang itu sendiri akan menjadi tumpuan dan objektif lalu akan bermulalah perbuatan ihtikar (hoarding) = simpan untuk tunggu naik harga dan jual" [1]



Falsafah larangan dan objktif ini dijelaskan oleh Syeikh Taqi uthmani dapat dilihat dengan jelas dari pengharaman riba dan penghalalan jual beli sebagai ganti kaedah untuk mendapat untung.



http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=908&Itemid=72

Aku nampak kat sini satu jer?? matawang(duit kertas) dijadikan komoditi dalam forex.. adakah menjadikan wang sebagai komiditi menjadikan ia haram??

Matawang tak mendapat hak dia sebagai bahan tukaran kepada komoditi..
 
bg yg loss, mcm2 ler buat andaian..bg yg popit lak cmner dia punye komen? kompom halal ye x?:D


dia macam hukum yg samar .. macam main muzik ada ulamak yg menyatakan harus .. ada pulak ulamak yg kata haram .. :)
 
dia macam hukum yg samar .. macam main muzik ada ulamak yg menyatakan harus .. ada pulak ulamak yg kata haram .. :)

yup..dlm ilmu Haq, berurus niaga matawang adalah satu perjalanan mengenal diri...:D tu ape yg teman tempuh ler..:D
 
Aku nampak kat sini satu jer?? matawang(duit kertas) dijadikan komoditi dalam forex.. adakah menjadikan wang sebagai komiditi menjadikan ia haram??

Matawang tak mendapat hak dia sebagai bahan tukaran kepada komoditi..

Sebelum kita merujuk kepada perkara yg lebih jauh seperti judi dan riba dalam forex.. perkara ini yg kita harus faham..

matawang kertas mestilah diuruskan menepati cara urusan emas dan perak.Iaitu dari sudut hukumnya dan juga cara pengendaliannya sebagai matawang, iaitu tidak harus dijadikan komoditi.

Dalam forex fiat telah dijadikan komoditi... Jadi tak perlu nak dibicarakan soal riba, perjudian, laverage.. Perkaranya mudah jer.. matawang tidak boleh dijadikan komoditi..

jadi gunakanlah fiat sebagai tukaran kepada komoditi.. jangan jadikan fiat komoditi.. forex telah menjadikan fiat sebagai komoditi..
 
Last edited:
dah lama tinggalkan forex nih... rasa tenang ckit dari dulu...:)cgrock ( masa men forex asyik mc jer... tu yang tak tenang)
 
Hehehe ... tak abis lagi ...

ada jugak yang cuba menegakkan lagi benang yang basah ....

Point lain plak di bawa .. kekeke :D ...

Lantak korang ler .. Geng anti FOrex ... janji aku tak kacau BISNES korang .... apo korang buat utk dapat kan rezeki ..... and Please .. jangan kacau rezeki aku ... sebagai PART TIME FOREX TRADER .....

rezeki ALLAH .. MAHA LUAS :D .....
 
aik??? xabis2 lg ke? terkejut aq tibe2 thread ni naik blk..adoiii
 
aik??? xabis2 lg ke? terkejut aq tibe2 thread ni naik blk..adoiii
Selagi ada orang yang JELES dengan Harta DUNIA seseorang .. selagi itulah .. tread nie akan UP balik hehehehe :D ...

tapi aku .... JELES betul ngan ILMU FOREX ko bro .....
 
Selagi ada orang yang JELES dengan Harta DUNIA seseorang .. selagi itulah .. tread nie akan UP balik hehehehe :D ...

tapi aku .... JELES betul ngan ILMU FOREX ko bro .....

alamak bro...ape yg nk jeles ngn ilmu kwn yg ciput ni bro... cmni je la..xke mane pon...

bile pk2 blk..ape motif nye dorg beriya2 sgt nk pegang kate Uzar sorg je..hmmm..fatwa pon xkate haram...
 
alamak bro...ape yg nk jeles ngn ilmu kwn yg ciput ni bro... cmni je la..xke mane pon...

bile pk2 blk..ape motif nye dorg beriya2 sgt nk pegang kate Uzar sorg je..hmmm..fatwa pon xkate haram...
Pasal motif nie ... ntah ler ... hanya berpandukan Ilmu CopyNPaste ... depa heboh satu dunia internet pasal FOREX nie .... so dah jadi lain plak NIAT depa nie ....

Aku pon ada gak baca dan memahami ilmu pasal kewangan nie .. tapi takder lah sampai nak attack memana orang yang meniaga EMAS ke, ONLINE biz ke , VG ke ... apo saja lah ...

sbb aku tak suka orang tabur pasir dalam periuk rezeki aku ... so buat apo aku nak tabur periuk nasi orang dengan pasir hehehe :D ....

Faham sendiri ... Simpan sendiri jer lah :D .....

Ntah lah .... moga G.A.F (geng anti Forex ... hahaha) .. bahagia selalu dengan rezeki ALLAH :D ..... Jgn Kufur Nikmat sudah :D
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15127
USD / JPY
160.010
GBP / USD
1.33271
USD / CHF
0.79801
USD / CAD
1.39459
EUR / JPY
184.215
AUD / USD
0.70521
Back
Top
Log in Register