Apa motif kamu copy paste link tu kat thread ni? Tiada kaitan.
betul ke jesus tu isa?
pasal dari buku yg aku baca,apabila kaum yahudi dan nasrani bertanya kepada rasulullah.,rasulullah xsbut pun jesus,baginda sbut isa a.s..tp aku x tau la pulak kalau kaum yahudi dan nasrani menyebut jesus masa brtanya rasulullah..ada pncerahan x?
dan setahu aku 25 dec bkan kelahiran nabi isa ataupun yg dbrikan nama jesus tu.,adakah jesus yg kristian maksudkan skrg ni adalah individu yg lain?ada sape blh jawab x?
Jesus tu memang Nabi Isa, tapi yg berbeza ialah PEMAHAMAN tentang siapakah Nabi Isa sebenar, di antara Muslim dan Kristian.
Pada kita orang Islam, Nabi Isa adalah Nabi yg diangkat ke langit oleh Allah dan akan turun semula utk membunuh Dajjal, suatu ketika nanti.
Kpd orang Kristian, Nabi Isa (Jesus) adalah Nabi yg ditangkap oleh askar2 Rom setelah Judas Iscariot membelot, dengan memberitahu di mana lokasi mereka berada, dan mendapat bayaran 30 wang perak.
Jesus/Nabi Isa adalah orang yg SAMA, tetapi DIFAHAMI menerusi perspektif yg BERBEZA, dari pandangan mata 2 pengikut agama yg berbeza, iaitu Kristian dan Muslim.
Sebab itu Allah berfirman di dalam Al Quran, seperti di bawah:
“Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Hai ‘Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: ‘Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?’. ‘Isa menjawab: ‘Maha Suci Engkau (ya Allah), tidaklah patut bagiku mengatakan sesuatu yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku katakan demikian, maka tentu Engkau mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada dalam diriku dan aku tiada mengetahui apa yang ada pada diri (Zat) Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.’” (Surah Al-Maidah: 116)
“Aku ['Isa Al-Masih] tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku, iaitu: Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu dan aku menjadi saksi atas mereka, selama aku hidup bersama mereka, Tatkala Engkau mewafatkanku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Maidah: 117)
Sekiranya Nabi Isa/Jesus BUKAN orang yg sama, sudah tentulah Allah tidak akan bertanya kpd Nabi Isa soalan di atas. Sudah tentulah Allah akan bertanya kpd Nabi Isa yg satu lagi (sekiranya ada 2 Nabi Isa).
Kita mempunyai 1 saja Nabi Isa, tapi dengan 2 VERSI. Versi inilah yg menjadi PUNCA UTAMA, kenapa ramai orang beranggapan bahawa Nabi Isa/Jesus adalah 2 manusia yg berbeza. Tapi firman Allah di dalam Al Quran itu adalah BUKTI bahawa Nabi Isa/Jesus adalah orang yg sama. Cumanya KEPERCAYAAN kita itu saja yg MEMBEZAKAN kita dengan orang2 Kristian.
Dan sudah tentulah, VERSI kita adalah yg BENAR. Walaupun orang2 Kristian enggan mempercayainya.
Jesus tu bukanlah nama sebenar Nabi Isa, nama sebenar Nabi Isa ialah Isa Bin Maryam atau Eesa Ibn Maryam. Beliau berbangsa Yahudi dan diutus kepada Bani Israil. Namun mengikut sejarahwan Bible, nama Jesus sebenar ialah Yeshua, lalu bila diterjemah ke dalam Bahasa Greek, ia menjadi Jesus (setelah ditambah huruf S di hujungnya utk menunjukkan sifat DOMINASI).
Tarikh lahir Nabi Isa tidak pernah dibuktikan oleh sesiapa. Namun pembuat2 Gospel telah memilih 25hb Disember setelah KONONNYA menghitung2 tarikh, dan sampai kepada 25hb Disember. Sedangkan sebenarnya 25hb Disember adalah tarikh di mana kaum Pagan Rom menyambut satu festival yg dinamakan
the holiday of Saturnalia, di mana festival ini dirayakan bermula dari 17-25 Disember.
Sepanjang festival ini, SEMUA PERBUATAN JAHAT AKAN DIBIARKAN TANPA DIHUKUM. Nak bunuh, nak rogol, nak samun orang yg tidak bersalah, dibiarkan sahaja. Kaum Pagan Rom percaya bahawa dengan cara ini, mereka dapat menghapuskan kuasa gelap/kuasa jahat. Boleh Google tentang The holiday of Saturnalia, utk info lanjut.
Kemudian sekitar kurun ke 4, apabila penganut Kristian ingin mengembangkan kepercayaan mereka, maka mereka pun memujuk ramai kaum Pagan Rom utk masuk Kristian, dan janjikan kpd kaum Pagan ni yg diorang still boleh sambut Saturnalia Holiday ni pada setiap 25hb Disember, walaupun diorang dah masuk Kristian. Dari sana, berkembanglah PENGARUH FESTIVAL KAUM PAGAN yg pada zaman ini, semua orang kenali sebagai KRISMAS.
Sebab itulah kita sebagai orang Islam DILARANG menyambut atau turut-serta dalam mana2 perayaan yg dilakukan oleh non-muslim, kerana kita tak tahu apakah MAKSUD atau TUJUAN di sebalik perayaan tersebut. Takut2 bila kita pun menyambutnya, maka kita telah bersubahat TANPA SEDAR.
Harap2 penjelasan yg ringkas dan sedikit ni dapat leraikan sebahagian dari kekeliruan kita, kalaupun tidak sepenuhnya.
Letih oooo menaip panjang2 ni. #:-S