BTC USD 83,207.5 Gold USD 4,181.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Haram Meraikan Krismas.

Status
Not open for further replies.
pelik jugak aku dgn dia ni..sama je pun..cuma beza huruf besar dgn kecik jer...entah la

Hang tau tau lah sebab itu hang tak tau nak beza kan:D apa itu g dan G:D atau pun god, God, god , GOD.
 
Hang tau tau lah sebab itu hang tak tau nak beza kan:D apa itu g dan G:D atau pun god, God, god , GOD.

banyak lagi ilmu dan islam perlu kita pelajari..:">perlu ker kena tahu apa itu God,god,good..goat..syaitan:mad::mad::mad::mad:
 
x perlu tahu..x wajib dalam islam..:Dnanti ada yg terpesong dgn kata2 itu..

Sebab itu lah. Kalau tak tau jangan cakap.. Tetapi sepatutnya kena tau. Baru tau perbezaan:D

Kalau kamu tak tau macam mana kamu nak bercakap pasal agama lain? Tapi kamu nak cakap benda yang kamu tau tau? Macam tu? Tak ada terpesongnya. Bersepah orang Islam membaca bible.
 
Last edited:
banyak lagi ilmu dan islam perlu kita pelajari..:">perlu ker kena tahu apa itu God,god,good..goat..syaitan:mad::mad::mad::mad:

Hehe... Kalau macam tu susah lah. Kamu nak bercakap pasal agama lain tetapi tapi dalam masa yang sama kamu kata tak perlu ambil tau. :D
 
Sebab itu lah. Kalau tak tau jangan cakap.. Tetapi sepatutnya kena tau. Baru tau perbezaan:D

Kalau kamu tak tau macam and kamu nak bercakap pasal agama lain? Tapi kamu nak cakap benda yang kamu tau tau? Macam tu? Tak ada terpesongnya. Bersepah orang Islam membaca bible.

baca bible tak berdosa, menyambut krismas berdosa.
 
DIULANGI!!!!

KEPADA SEMUA PEMBACA2 YG ADA DLM CG..JANGAN SAMAKAN ALLAH ISLAM DAN KRISTIAN ITU SAMA..AYAT DIBAWAH INI BUKTINYA ALLAH ISLAM DAN KRISTIAN TERLALU MAHA JAUH BERBEZA..:">:">:">:">

bismilah.jpg
 
Sebab itu lah. Kalau tak tau jangan cakap.. Tetapi sepatutnya kena tau. Baru tau perbezaan:D

Kalau kamu tak tau macam mana kamu nak bercakap pasal agama lain? Tapi kamu nak cakap benda yang kamu tau tau? Macam tu? Tak ada terpesongnya. Bersepah orang Islam membaca bible.

dalam ayat al-quran mana yg kata kena wajib tahu isi dalam agama lain?:-?:-?:-?kalau ada tolong letak sini..:">alim ulamak dah tau selok belok agama mcm ustaz zakir naik tu imannya dh menebal dlm islam..susah nk beralih arah..mcm kita nie..iman tipis..baca hari ini,ntah2 esok dh promosi masuk agama kristian..:mad::mad::mad:
 
Rumah terbuka sekadar rapatkan hubungan sesama manusia di luar konteks akidah.

MASYARAKAT majmuk di negara ini merayakan pelbagai perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas dengan semangat meningkatkan persefahaman, muhibah, toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang fahaman.

Mengikut garis panduan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai perayaan itu, ada pendapat mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan itu boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.


Berdasarkan buku Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, tulisan Dr Abdul Hayei Syukor, ada dua pandangan berbeza dari sudut hukum mengenai orang Islam turut merayakan hari perayaan bukan Islam.

Kekeliruan dari sudut hukum merayakan hari perayaan agama lain atau dalam konteks ‘rumah terbuka nasional’ berpunca daripada fahaman kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu.

Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, mereka merelakan kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah atas nama agama mereka, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebaliknya, jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka untuk merapatkan perhubungan sesama manusia, maka ia adalah di luar daripada konteks meraikan akidah atau merelakan agama mereka.

Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana akan menyebabkan orang yang melakukannya berdosa.

Berdasarkan persoalan hukum itu, pihak menganjurkan majlis perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti bagi memastikan sambutan perayaan tidak menyinggung sensitiviti keagamaan orang awam yang menyertainya.

Perayaan bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam ialah:

# Majlis itu tidak disertakan upacara bertentangan akidah Islam contohnya menyertakan simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin dan pokok Krismas.

# Majlis itu tidak disertakan perbuatan bertentangan syarak yang diamalkan masyarakat bukan Islam iaitu memakai pakaian seperti Santa Claus.

# Majlis itu tidak disertakan perbuatan bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam seperti percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan. Berpakaian menjolok mata, mendengarkan lagu mempunyai seni kata berunsur lucah serta pemujaan. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik dan laga ayam.

Penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam seperti mengikut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM.

Sementara itu, sebahagian ulama berpendapat mengucapkan selamat pada hari raya bukan Islam adalah diharamkan. Alasannya, ketika mengucapkan seperti itu bererti seseorang setuju dan reda dengan syiar kekufuran yang mereka perbuat.

Meskipun seseorang tidak reda dengan kekufuran itu sendiri, namun tetap tidak dibolehkan bagi seorang Muslim untuk reda terhadap syiar kekufuran atau memberi ucapan selamat pada syiar kekafiran lainnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (imanmu) dan Dia tidak meredai kekafiran bagi hamba-Nya, dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredai kesyukuranmu itu.” (Surah az-Zumar, ayat 7)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Pada hari ini (Arafah) telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redakan Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah al-Ma’idah, ayat 3).
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register