BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Haram lengahkan zakat

rakyat_jelata

Active+ Member
Messages
3,387
Joined
Dec 8, 2008
Messages
3,387
Reaction score
131
Points
38
SOALAN
Apakah hukumnya apabila seseorang itu sengaja menangguhkan pengeluaran zakat sedangkan dia tahu segala syaratnya sudah pun mencukupi ke atas dirinya?

Jawapan

Di dalam Kitab Mastika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri menyatakan, adalah haram hukumnya jika sengaja melambat-lambatkan pengeluaran zakat.

Bahkan wajib hukumnya mengeluarkan zakat tersebut dengan serta merta sebaik-baik sahaja sampai waktu, melainkan ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka ia diharuskan melambatkannya sehingga ia dapat membayarnya.

Ini didasarkan kepada sebuah hadis Sahih Bukhari, bahawa Rasulullah SAW apabila ada habuan zakat, maka Baginda tidak suka melengah-lengahkan pembahagiannya walaupun hanya ‘satu malam’ sekalipun.

Bahkan di dalam sebuah hadis

riwayat Aisyah r.ha, ummul mukminin menyatakan: Bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Lazimnya habuan zakat (yang tidak dikeluarkan dan dibiarkan) bercampur dengan mana-mana harta, (maka tidak memberikan kebaikan) melainkan ia akan membinasakan harta itu.” (riwayat Imam al-Syafie).

Anda Bagaimana ?
:-?
 
:D
aku lum ckp umur agi nak bayo zakat..
kekeke.
 
duit forex kn bayar zakat gak tak ?:-?

Siapa yg wajib berzakat.

ISLAM :Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.

MERDEKA :Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.

SEMPURNA MILIK :Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT :Para Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.

CUKUP NISAB :Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.

CUKUP HAUL :Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
 
ilmu hisab nie...:-?
 
Sah bayar zakat guna SMS

KECANGGIHAN teknologi memudahkan masyarakat menunaikan zakat.

SOALAN
SAYA agak terkejut apabila mendapat tahu, zakat boleh dilunaskan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahkan melalui bayaran atas talian (on-line) di Internet. Saya musykil akan hukumnya, kerana tiada lafaz akad dilakukan?

Jawapan
Sebenarnya inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti Islam. Inovasi dan teknologi sebenarnya membantu prlaksanaan ibadah agar menjadi lebih mudah.

Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan?

Hakikatnya, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Ia bukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan ijab dan kabul (akad nikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.

Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut. Wallahua'lam.
 
Back
Top
Log in Register