MATROCKO
Fun Poster
- Messages
- 594
- Joined
- Mar 19, 2010
- Messages
- 594
- Reaction score
- 4
- Points
- 15
Haji Hadi baaaaaiiikkkkkk punya spin isu hapus PTPTN ! Dari Sinar -
http://www.sinarharian.com.my/politik/hadi-nafi-pakatan-hasut-pelajar-ipt-demo-1.41649
Aik ? Alih-alih muncul pulak pengakuan pendidikan percuma sebagai konsep negara berkebajikan ? Tapi dalam Buku Jingga tidak ada pendidikan percuma ? Haji Hadi dah tanya minta approval dari Lim Guan Eng ke belum ? Atau sama juga dengan Hudud - http://dinturtle.blogspot.com/2011/10/isu-hudud-pas-pakatan-kencing-lagi-tapi.html
"Ia (PTPTN) tidak boleh dihapuskan begitu saja, kena ada proses dia. Proses adil dan tidak membebankan orang miskin tapi orang berada mesti pikul tanggungjawab."
Jadi bukanlah FREE sepenuhnya ? Lain pulak dah cakap ...... Cuba ingat balik sejak sebulan lepas masa isu ni mula hangat dijaja Pas, ada pernah sebut - orang kaya kena bertanggungjawap ? Semua ni main serkap jarang jer ..... main kutip sambil berjalan. Bukannya ada Pelan apapun ! Ada saya tulis awal bulan dulu - KLiK
Persoalan awal yang timbul dengan kenyataan itu - Bagaimana nak takrifkan orang berada / kaya itu ? Ikut tanggagaji ? Yang makan gaji okla walaupun boleh ditipu slip gaji apatah lagi yang bekerja sendiri. Ikut bilangan dan saiz kereta / rumah / isteri ? Anak ramai / sedikit ?
Secara kasar sistem Hadi - Pendidikan Percuma untuk semua KECUALI yang kaya. Bagaimana mekanisma hendak ditapis mereka yang kaya, saya kurang pasti. Perlu dikaji SETIAP permohonan masuk IPT takut ada yang menipu dalam borang.
Apabezanya dengan sistem sediaada - Semua dikenakan bayaran, yang terbaik diberikan biasiswa. Yang tidak layak biasiswa boleh memohon untuk diberikan bantuan pinjaman. Sebagai motivasi agar pelajar berusaha yang terbaik, maka mereka yang mencapai kelayakan yang ditetapkan akan dimansuhkan status pinjaman menjadi biasiswa. Pembayaran balik ditanggung oleh pelajar itu sendiri selepas mereka bekerja.
Anda fikir cara mana yang lebih baik, lebih mudah dan lebih ADIL ? ADIL bukan hanya kepada para pelajar tapi juga kepada RAKYAT KESELURUHAN ?
Yang lain ni ada sesiapa nak tolong komen ? Menarik tuh -
1 - “Pelajar ni orang berpelajaran, berpendidikan tinggi oleh itu tidak mungkin mereka boleh dipergunakan dengan sebegitu mudah,” sebagai menafikan peranan Pakatan Rakyat dalam demo Anti PTPTN ini.
2 - pelajar di negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan ia menjadi salah satu punca berlakunya perhimpunan seumpama itu di Dataran Merdeka.
