BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hanya sempat takbir

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Jaafar menunjukkan bumbung rumahnya yang rosak dalam ribut, petang kelmarin​

TASEK GELUGOR - "Saya hanya sempat melaungkan Allahuakbar sebaik sahaja melihat kepingan bumbung rumah terkopak dibawa angin," cerita salah seorang mangsa ribut di Merbau Kudung lewat petang kelmarin.

Naziha Husin, 47, berkata ketika kejadian dia bersama dua anaknya berada di tingkat bawah.

"Kejadian berlaku begitu pantas. Saya berlari ke dapur kerana terdengar bunyi kuat, rupanya bumbung sedang terkopak sebelum hilang dibawa angin," katanya kepada Sinar Harian.

Dia kemudian menghubungi suami yang bekerja di sebuah kilang kotak di Sungai Bakap.

"Saya agak panik, tak tahu nak buat apa, hanya peluk erat kedua-dua anak. Mujurlah jiran-jiran datang membantu sebelum suami pulang ke rumah," katanya.

Suami mangsa, Jaafar Hassan, 55, berkata terkejut menerima panggilan isteri memaklumkan mengenai perkara itu lalu bergegas pulang ke rumah.

"Bimbang juga keselamatan isteri dia pula tinggal seorang dengan anak anak kami.

"Sedih juga melihat apa yang berlaku, namun bersyukur kerana keluarga selamat," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya meluang masa melawat beberapa keluarga mangsa terlibat.
 
alhamdulillah smua slmt wlu rosak harta benda
 
Back
Top
Log in Register