BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hanya mercun, bukan bom

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.JPG


BAYAN LEPAS - Dua kejadian letupan di sekitar Bayan Baru awal pagi ini berpunca daripada mercun dan bukan bom seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Hatta Md Zin berkata, pihaknya ada menerima dua laporan mengenai kejadian itu dan sedang menjalankan di kedua-dua tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan namun polis sudah mengenal pasti bahawa letupan itu adalah berpunca daripada mercun yang dibaling bukannya bom.

"Kita percaya ia ada hubung kait dengan upacara keagamaan kaum Cina apabila ada pihak tidak bertanggungjawab melontar mercun ke rumah penduduk berdekatan.

"Laporan dibuat berikutan terdapat kesan terbakar di pintu kedua-dua rumah setinggan dan flat itu. Kejadian berlaku awal pagi tadi (semalam) dan kes sedang disiasat," katanya kepada media selepas merasmikan Program Kepolisan Berprofil Tinggi di Perumahan SP Setia di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Dalam perkembangan lain, Hatta berkata, sekumpulan penyamun warga Indonesia yang aktif di sekitar Sungai Ara dengan menyasarkan rumah di tepi hutan dan bukit sebagai sasaran sudah menukar lokasi mereka berikutan polis melakukan pengawasan penuh di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sejak tiga kes dilaporkan di kawasan berkenaan, polis mengawasi setiap malam bermula jam 12 tengah malam sehingga subuh bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.

"Selepas melakukan pengawasan di kawasan yang dikenalpasti, kita dapati tiada kes dilaporkan selepas itu. Bagaimanapun, mereka didapati menukar lokasi mereka ke Batu Feringghi dan bulan lalu, kita terima satu laporan daripada penduduk berhubung kes rumah mereka dipecah masuk," katanya.

Menurutnya, kumpulan itu tidak membawa senjata sebaliknya menggunakan senjata yang diletakkan di luar rumah yang mereka sasarkan.

"Mereka memakai topeng ketika melakukan kegiatan itu namun tidak bersenjata. Mereka guna apa saja senjata yang diletakkan di bahagian luar rumah.

"Oang ramai jangan sesekali meletakkan pisau, cangkul atau senjata tajam lain di luar rumah kerana ia akan menyenangkan penjenayah melakukan kekerasan ketika rumah dipecah masuk," katanya.

Terdahulu, polis menjalankan satu operasi khas bagi mengesan sekumpulan penyamun warga Indonesia yang aktif memecah masuk rumah penduduk sekitar kawasan Sungai Ara.

Kumpulan yang masih aktif dan terdiri daripada tiga hingga empat orang itu melakukan pelbagai taktik licik untuk menyamun yang menyasarkan rumah di pinggir bukit dan berhampiran hutan sebagai sasaran. Polis melancarkan Ops Rantau Khas bagi menjejaki kesemua penyamun itu yang aktif sejak bulan lalu.



sumber;http://www.sinarharian.com.my/hanya-mercun-bukan-bom-1.174725
 
Back
Top
Log in Register