BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hanya ada enam bulan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
JOHOR BAHRU - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) mempunyai enam bulan bagi menangani 20 peratus kawasan kritikal daripada 313 kawasan di negeri ini.

Ketua Eksekutif PPSPPA, Datuk Zaini Mohd Noor berkata, perbadanan akan sedaya upaya mencapai matlamat kawasan bersih sebelum 31 September depan sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan sampah dan menyeragamkan tahap kebersihan setiap kawasan.

“Hanya 20 peratus kawasan di negeri ini masih belum mencapai matlamat jadi PPSPPA negeri digesa menggunakan pendekatan proaktif termasuk menjalankan program gerak gempur sekurang-kurangnya sekali dalam masa sebulan.

“Daripada jumlah itu, 30 peratus kawasan benar-benar mencapai standard yang diperlukan sementara kawasan selebihnya diberi perhatian selama tiga bulan berturut-turut bagi membolehkan kriteria yang ditetapkan dipenuhi iaitu membabitkan pengurusan sampah, longkang dan rumput,” katanya selepas Program Ramah Mesra bersama Media di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah PPSPPA Johor, Zainal Fitri Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif SWM Environment Sdn Bhd (SWM), Datuk Uzir Abdul Malek.

Zaini berkata, pemantauan berterusan terhadap kualiti perkhidmatan kepada tiga konsesi yang dilantik adalah sebahagian usaha mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) seperti yang diharapkan kerajaan.

“Pemantauan anggota penguat kuasa membabitkan 313 laluan di negeri ini mengikut kriteria laluan kritikal, separa kritikal, hijau dan putih bergantung KPI yang ditetapkan sekali gus memberi peluang kepada konsesi mencapai laluan putih.

“Kita mempunyai talian bebas tol 1-800-88-7472 bagi memudahkan orang awam membuat aduan menyeru orang ramai menyahut saranan kerajaan mengurangkan sisa pepejal dengan menyertai program kitar semula,” katanya.

Zaini turut menghargai peranan media yang memberi kerjasama merealisasikan usaha pihaknya mewujudkan persekitaran bersih termasuk menyalurkan maklumat berguna kepada orang ramai.


sumber;http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/hanya-ada-enam-bulan-1.36443
 
Back
Top
Log in Register