BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Hantaran: Pernah terjadi begini?

Nasihat saya kepada TT dan sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan berhati2.

Sekarang ni musim scam nikah kahwin, lagi2 kalau anak ada rupa sikit atau lelaki yang gila bayang.

Dah banyak kes saya dengar dan terjadi kepada kawan2.

Kes terbaru ni pihak lelaki bukan sahaja berikan wang hantaran penuh sebelum majlis perkahwinan, siap belikan kereta untuk bakal isteri. Walaupun kereta Viva 2nd hand, sekali pihak sana batalkan perkahwinan semua kena kebas. Duit tak pulang, kereta pun dah milik sana kerana beli atas nama perempuan tu.

Jadi berhati2 kalau ada permintaan nak duit hantaran sebelum majlis, kononnya nak bikin rumah, tempah katering atau bayar duit mak andam. Kalau minta separuh dulu pun, boleh buat surat perjanjian kot. :D

kalau tak silap aku.. time kursus kahwin ustazah tu kata leh buat kes kt mahkamah syariah klu batalkan majlis
 
Saja la nk tny pendapat tuan.
Kalau keluarga belah perempuan masuk campur sebab tahu keadaan anak gadis mereka yg banting tulang sara keluarga dari awal perkahwinan smp dah nak masuk 4 tahun kahwin, mcm mana?
Masih lg pantang paling utama dlm hidup rumahtangga?
Si suami duk umah goyang kaki. Keje main game, tgok youtube.
Nasib baik belum ada anak lagi.
Ada bapa kat sini yg sanggup tgok anak perempuan yg dibela puluh tahun kerja keras utk tanggung suami yg sihat walafiat?
Perkara ni terjadi pd org sekitar sy.

xboleh jugak bro
yg boleh isteri tu pohon fasakh
tp tu la pompan, kene dera mcm mane pun kekadang masih setia
kalo suami tu mohon madu baru nak bleh 'bergerak'
 
Saja la nk tny pendapat tuan.
Kalau keluarga belah perempuan masuk campur sebab tahu keadaan anak gadis mereka yg banting tulang sara keluarga dari awal perkahwinan smp dah nak masuk 4 tahun kahwin, mcm mana?
Masih lg pantang paling utama dlm hidup rumahtangga?
Si suami duk umah goyang kaki. Keje main game, tgok youtube.
Nasib baik belum ada anak lagi.
Ada bapa kat sini yg sanggup tgok anak perempuan yg dibela puluh tahun kerja keras utk tanggung suami yg sihat walafiat?
Perkara ni terjadi pd org sekitar sy.


ini kategori suami dayus...tak layak untuk diberikan isteri...maksud saya rumah tangga normal..tetapi keluarga perempuan saja saja ikut selera depa nak campur tangan...sebab nak cucuk hidung suami anak dia...ini pantangnya...
 
Semua kes negatif aje. Jom saya kasi satu kisah positif, takut ada yang takut nak kahwin pula.

Kawan saya sorang tu, kerja siang malam nak kumpul duit nak kahwin. Rasanya RM10k macam tu kot untuk duit hantaran. Tak termasuk duit untuk majlis sendiri dan persiapan lain. Memang macam zombie bila jumpa dia.

Lepas majlis selesai, masa sesi buka hadiah dengan keluarga mertua waktu malam, bapa mertua dia hadiahkan duit hantaran tu 100% dekat dia balik.

Bapa mertua dia kata gunakanlah dengan baik untuk bina rumahtangga dengan anak dia. Tolong jaga anak dia dengan baik.

:)paid

wahh, terharunya saya. bagusnya ayah mertua ni. jarang ada yg mcm ni...
 
tak patut jadi isu.lelaki patut menyimpan untuk kahwin sejak lepas spm lagi.:)paid
 
Semua kes negatif aje. Jom saya kasi satu kisah positif, takut ada yang takut nak kahwin pula.

Kawan saya sorang tu, kerja siang malam nak kumpul duit nak kahwin. Rasanya RM10k macam tu kot untuk duit hantaran. Tak termasuk duit untuk majlis sendiri dan persiapan lain. Memang macam zombie bila jumpa dia.

Lepas majlis selesai, masa sesi buka hadiah dengan keluarga mertua waktu malam, bapa mertua dia hadiahkan duit hantaran tu 100% dekat dia balik.

Bapa mertua dia kata gunakanlah dengan baik untuk bina rumahtangga dengan anak dia. Tolong jaga anak dia dengan baik.

:)paid


insya allah...esok anak aku kawin..hantaran tak akan menyusahkan suami....kenduri tak perlu besar sebab aku lebih rela duit tu digunakan untuk masuk rumah...cth beli barangan kelengkapan rumah dgn tak perlu berhutang dgn Gajah Purba tu...atau kena keck seng ke...hup seng ke...so mereka boleh hidup tenang dan beribadat..
 
yang aku dengar kalau kahwin dengan org kelantan lain sikit..
duit hantaran tu duit bini..duit kenduri kene cari lain..
pastu duit hantaran tu buat beli emas..
tak tau betol ke tak..kalau duit hantaran dah mintak 10k..
duit kenduri dah berapa dah..alih2 mau kena ada 50k nak kawen
 
Back
Top
Log in Register