BTC USD 81,768.4 Gold USD 4,170.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Halau Anak-Anak Ke Belakang...

abuaqif

Fun Poster
Messages
529
Joined
Feb 10, 2011
Messages
529
Reaction score
329
Points
31
12871468_884048968370633_3810643761316050763_n.png

Halau Anak-Anak Ke Belakang...

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ شِدَّادِ عَنْ أَبِيْهِ قَالَ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْ إِحْدَى صَلاَتَيِ الْعِشَاءِ وَهُوَ حَامِل حَسَناً أَوْ حسَيْناً فَتَقَدَّمَ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ ثُمَّ كَبَّرَ لِلصَّلاَةِ فَصَلَّى فَسَجَدَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلاَتِهِ سَجْدَةً أَطَالَهَا قَالَ أَبِيْ فَرَفَعْتُ رَأْسِيْ وَإِذَا الصَّبِيُّ عَلَى ظَهْرِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ سَاجِد فَرَجَعْتُ إِلَى سُجُوْدِيْ فَلَمَّا قَضَى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلاَةَ قَالَ النَّاسُ يَا رسول الله إِنَكَ سَجَدْتَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلاَتِكَ سَجْدَة أَطَّلْتَهَا حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ قَدْ حَدَثَ أَمْر أَوْ أَنَّهُ يُوْحَى إِلَيْكَ قَالَ كُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ وَلَكِن ابْنِي ارْتَحَلَنِيْ فَكَرَهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ

Abdullah bin Syaddad meriwayatkan bahawa ayahnya berkata: "Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam menemui kami saat hendak mengerjakan salah satu solat malam (iaitu Maghrib atau Isyak) sambil membawa Hasan atau Husain. Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam maju dan meletakkan cucunya tersebut lalu mengucapkan takbiratul-ihram dan memulai solat. Di tengah solat, beliau sujud cukup lama".

Ayahku berkata: "Maka aku mengangkat kepala, lalu tampaklah cucu beliau yang masih kecil itu sedang bermain di atas belakang beliau, sedangkan beliau tetap sujud. Maka aku pun sujud kembali.

Setelah selesai solat, para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, engkau sujud terlalu lama di tengah-tengah solat tadi, sehingga kami mengira telah terjadi sesuatu, atau engkau sedang menerima wahyu".

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda: "Semua dugaan kalian tidaklah terjadi. Akan tetapi cucuku ini sedang naik ke belakangku seperti sedang menunggang kendaraan. Aku tidak ingin menyudahinya sampai dia benar-benar berhenti sendiri" [HR. Nasa’i no. 1141].

Pengajaran yang patut "Ultra Konservatif Melayu Nusantara" ambil dari hadis di atas:

1- Nabi membawa anak kecil di dalam solat. Nabi membiarkan anak kecil bermain di dalam solat berjemaah sehinggakan membiarkan memanjat belakang baginda.

2- Anak-anak tidak najis. Perbuatan anda menghalau itulah seperti najis.

3- Nabi tidak menghalau anak kecil ke balakang. Nabi bukan sahaja membawa ke dalam saf orang dewasa, malah Nabi bawa sehingga ke tempat imam.

4- Tiada istilah "putus saf" jika membawa anak kecil ke dalam saf orang dewasa. Saf terputus jika anda menjarakkan kaki. Sambung atau terputus sesuatu saf adalah bergantung kepada anda. Bukan salah anak-anak.

5- Apa perasaan anda jika anak-anak muda menghalau anda yang sudah tua ke belakang?

6- Jika anda mahu berada di saf hadapan, datanglah awal dan cop tempat anda di baris pertama. Bukan dengan cara menghalau orang lain.

7- Membawa anak kecil di dalam saf orang dewasa ada dicontohkan Nabi. Tetapi menghalau anak-anak ke belakang mengikut sunnah siapa? Biasanya Iblis dan Syaitan yang suka menghalang orang lain dari mendapat kebaikan. Janganlah kita menjadi seperti meraka.

8- Kami berterima kasih kepada AJK surau dan masjid kerana menguruskan perjalanan dengan baik. Namun surau dan masjid adalah hak orang Islam yang termasuk juga anak-anak kecil. Surau dan Masjid bukan hak peribadi sesama AJK yang boleh digunakan sesuka hati dan menghalau orang lain sesuka hati.

9- Sepatutnya orang dewasa memberi galakan kepada anak-anak kecil. Bukan menghalau dan mengkastakan mereka. Anak-anak sepatutnya bersolat di sisi ibu bapa supaya ibu bapa dapat mengajar dan mendisiplinkan anak-anak tentang solat berjemaah. Ibu bapa pula, tertanggungjawalah terhadap anak masing-masing.

10- Meletakkan anak-anak di hujung belakang saf menjadikan anak-anak lebih banyak bermain dan berbuat bising selain ianya juga merbahaya kerana memudahkan penculikan berlaku. Perkara ini pernah terjadi beberapa kali di dalam Malaysia. Yang terbaru terjadi penculikan 3 hari lepas sewaktu si ayah sedang bersolat di hadapan dan anak-anaknya solat di saf belakang. Rujuk pautan ini: http://www.sinarharian.com.my/semasa/anak-diculik-3-jam-ketika-ayah-solat-maghrib-1.528714

* gambar sekadar hiasan

13331009_884048988370631_6667305407578205738_n.jpg

13321689_884049005037296_5003916553294993562_n.jpg

13344576_884049028370627_5006239304697372276_n.jpg

13335957_884049045037292_5374383661056816150_n.jpg

Sumber: Abu Aqif Studio Page
 
Alhamdulillah..setakat ni aku masih letak anak sebelah walaupun ada jkkkkk masjid yg halau bdk2 pegi saf blkg
 
Mmg pun. Kat mesir dulu budak2 mmg dbawa dlm saf dewasa. Tp anak2 yg terkawal. Bukan yg nakal
 
12871468_884048968370633_3810643761316050763_n.png

Halau Anak-Anak Ke Belakang...

Abdullah bin Syaddad meriwayatkan bahawa ayahnya berkata: "Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam menemui kami saat hendak mengerjakan salah satu solat malam (iaitu Maghrib atau Isyak) sambil membawa Hasan atau Husain. Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam maju dan meletakkan cucunya tersebut lalu mengucapkan takbiratul-ihram dan memulai solat. Di tengah solat, beliau sujud cukup lama".

Ayahku berkata: "Maka aku mengangkat kepala, lalu tampaklah cucu beliau yang masih kecil itu sedang bermain di atas belakang beliau, sedangkan beliau tetap sujud. Maka aku pun sujud kembali.

Setelah selesai solat, para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, engkau sujud terlalu lama di tengah-tengah solat tadi, sehingga kami mengira telah terjadi sesuatu, atau engkau sedang menerima wahyu".

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda: "Semua dugaan kalian tidaklah terjadi. Akan tetapi cucuku ini sedang naik ke belakangku seperti sedang menunggang kendaraan. Aku tidak ingin menyudahinya sampai dia benar-benar berhenti sendiri" [HR. Nasa’i no. 1141].

ajk masjid kata
sebab kanak2 xleh masuk saf
1:kanak2 x baligh dan x sunat lagi tu ada najis di kulupnya
2:mengganggu jemaah lain
 
ajk masjid kata
sebab kanak2 xleh masuk saf
1:kanak2 x baligh dan x sunat lagi tu ada najis di kulupnya
2:mengganggu jemaah lain

kulup tu sesuatu yang tertutup, tanya ajk masjid tu najis dalam perut dia dikira mcm mana plak?
 
kulup tu sesuatu yang tertutup, tanya ajk masjid tu najis dalam perut dia dikira mcm mana plak?

kalau dah tolak hadis itu je alasannye.....
mungkin diorg fikir itu hadis palsu kot....
 
Ulamak saran kanak2 duduk belakang sebab tak khatan, jadi dikira putus saf. Berbeza dengan hassan dan hussin (cucu nabi) yang berkhatan semenjak dari kecil.

Ni bukan aku cakap, ni tok2 guru yang cakap.
 
mcm tu juga yg saya faham, sebab budak2 arab ni dah khatan dari kecil berbeza dgn org2 kita. maaf kalau salah..
 
Ulamak saran kanak2 duduk belakang sebab tak khatan, jadi dikira putus saf. Berbeza dengan hassan dan hussin (cucu nabi) yang berkhatan semenjak dari kecil.

Ni bukan aku cakap, ni tok2 guru yang cakap.

so ajk masjid biasanya akan anggap budak2 semua tak khatan..jadi selayaknya tempat mereka dibelakang#:-S
 
Back
Top
Log in Register