Halangan Tencent Di AS Tidak Libat Epic Games, Activision Blizzard & Riot Games

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,757
Reaction score
3,573
Points
236
Apple Membatalkan Akaun Epic Games Di App Store

Apple pagi ini membatalkan akaun milik Epic Games di App Store. Dengan ini Epic Games tidak lagi dapat menghasilkan aplikasi untuk gedung aplikasi popular dunia ini. Sungguhpun begitu pembangun aplikasi yang menggunakan Unreal Engine tidak akan terjejas. Dengan langkah ini tiada aplikasi dari Epic Games akan ditawarkan di App Store.

Ini ialah langkah seterusnya yang diambil selepas permua Fortnite ditarik dari App Store kerana memintas sistem pembelian dalam aplikasi Apple. Tindakan mereka juga mengakibatkan permua yang sama turut dibuang dari Play Store. Epic Games kini menyaman Apple dan Google kerana tindakan yang dirasakan mengambil 30% keuntungan pembelian yang didakwa tidak adil.

Bagi pelanggan yang telahpun memuat turun aplikasi Epic Games seperti Fornite pada peranti Apple mereka, ia kini tidak lagi boleh dikemaskini dan pembelian dalam talian juga tidak lagi boleh dilakukan.

Tindakan Epic Games menyaman Apple dan Google mendapat sokongan pelbagai syarikat lain seperti Spotify yang melihat kawalan ketat Apple terhadap App Store mendatangkan kerugian kepada pembangun dan juga pengguna. Sebagai contoh aplikasi Project xCloud dan Stadia yang membenarkan permainan video distrim terus ke peranti tidak ditawarkan untuk iOS kerana tidak diluluskan oleh Apple.

Sumber asal https://www.reuters.com/article/us-apple-epic-games-idUSKBN25O2YM?taid=5f49a3eb46b85b00016a950c
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register