Halangan Tencent Di AS Tidak Libat Epic Games, Activision Blizzard & Riot Games

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,757
Reaction score
3,573
Points
236
Pagi ini Presiden Trump mengeluarkan kenyataan mengharamkan urusan perniagaan di antara syarikat A.S dengan Bancet dan Tencent. Ini sekaligus mengesahkan halangan ke atas aplikasi popular TikTok dan WeChat dari beroperasi di negara mereka.

Tetapi arahan eksekutif yang diberikan menimbulkan spekulasi mengenai syarikat lain yang mempunyai pegangan majoriti Tencents seperti Epic Games, Activision Blizzard dan Riot Games. Kesemua studio besar ini adalah pembangun aplikasi popular League of Legends, World of Warcraft, PUBG Mobile, Call of Duty Mobile dan Fortnite. Epic Games juga adalah pembangun Unreal Engine yang merupakan antara enjin permainan video paling popular di dunia.

Menurut ciapan Sam Dean yang merupakan penulis untuk L.A Times, halangan pada waktu ini terhad kepada aplikasi WeChat dan Tiktok sahaja. Maka peminat aplikasi lain boleh menghela nafas lega buat masa ini kerana permua serta permainan video mereka tidak akan diharamkan di A.S buat masa ini.

Tetapi sekiranya Trump mempunyai perubahan hati, impak pengharaman ke atas Tencent ini boleh menyebabkan industri permainan video rebah secara sekelip mata. Kebarangkalian ini berlaku masih lagi tinggi memandangkan Trump sedang mencari cara untuk memaksa China untuk menandatangani perjanjian perdagangan baharu dengan Amerika Syarikat.

Usaha mereka sebelum ini dengan mengenakan halangan ke atas Huawei masih tidak mencukupi dan ramai melihat arahan eksekutif hari ini ialah langkah seterusnya untuk meningkatkan tekanan ke atas Beijing.

Call-of-Duty-Mobile.jpg


Sumber asal
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,757
Reaction score
3,573
Points
236
Aplikasi Fortnite Di Buang Dari App Store Selepas Epic Games Memintas Sistem Pembelian Apple

Permua Fortnite ialah antara aplikasi paling popular di kalangan pemilik peranti iOS. Semasa versi peranti mudah alih dilancarkan, ia terlebih dahulu tiba ke iOS sebelum ke Android. Tetapi hari ini Fornite telah dibuang dari App Store setelah Epic Games, penerbit permua ini memintas sistem pembelian dalam permainan App Store untuk menawarkan harga yang lebih rendah semalam kerana tidak perlu membayar 30% kepada Apple.

Beberapa jam selepas ini dilakukan, Apple pantas membuang Fornite dari App Store kerana ia kini telah melanggar terma dan syarat di mana pembelian dalam permainan hanya boleh menerusi sistem Apple. Seperti telah menjangka ini akan berlaku, Epic Games terus melancarkan iklan di atas yang merupakan parodi kepada iklan Apple yang diterbitkan pada tahun 1984.

Ia mendakwa Apple kini ialah syarikat yang menggunakan kedudukannya sebagai entiti besar untuk memonopoli pasaran. Sejurus selepas iklan ini diterbitkan, tagar #FreeFortnite mula popular di platform media sosial.

Bagi pemain Fornite, permua masih boleh dimainkan pada peranti iOS sekiranya ia telah dimuat turun sebelum. Pembelian V Bucks juga masih boleh dilakukan menerusi sistem Epic Games dan Appl Store. Epic Games berkata buat masa ini pengguna iOS akan dapat mengakses permainan

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,757
Reaction score
3,573
Points
236
Epic Games Mengemukakan Tuntutan Anti-Monopoli Ke Atas Apple Dan Google

Pagi ini permua Fortnite telah dibuang dari App Store selepas ia memintas sistem pembelian dalam permainan Apple. Hasilnya V Bucks, mata wang Fornite dapat dibeli pada harga lebih rendah kerana tidak perlu membayar 30% caj yang dikenakan Apple. Seperti telah menjangka apa yang akan berlaku, Epic Games yang membangunkan Fortnite telah mengemukakan tuntutan anti monopoli ke atas Apple di mahkamah California.

Di dalam tuntutan tersebut, Epic Games ingin Apple berhenti menggunakan monopoli mereka di App Store untuk mengenakan bayaran 30% yang tinggi ke atas pembangun setiap aplikasi yang terjual. Epic Games tidak meminta sebarang bayaran ganti rugi tetapi sebaliknya meminta injunksi sementara untuk membolehkan persaingan yang adil berlaku di dalam App Store yang mendatangkan kesan ke atas jutaan pengguna mereka dan puluhan ribu pembangun aplikasi yang lain.

Impak tuntutan ini ke atas Apple adalah amat besar kerana pastinya mendapat sokongan pembangun lain yang turut mengalami masalah yang sama. Sebelum ini kami melaporkan aplikasi Project xCloud oleh Micosoft dan Stadia oleh Google tidak ditawarkan di App Store kerana setiap kandungan permainan yang ditawarkan perlu menjalani proses saringan Apple terlebih dahulu. Facebook Gaming juga lewat hadir ke App Store kerana mod permua pantas dalam aplikasi perlu dibuang bagi memenuhi syarat yang sama.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,757
Reaction score
3,573
Points
236
Aplikasi Fortnite Turut Di Buang Dari Google Play Store

Fortnite pagi ini turut telah dibuang dari Google Play Store kerana memintas sistem pembelian dalam aplikasi yang digunakan platform tersebut. Namun begitu tidak seperti pengguna iOS, pengguna Android mempunyai beberapa alternatif lain untuk memuat turun permua popular ini.

Pilihan pertama ialah menerusi portal mereka sendiri ataupun menerusi Samsung Galaxy Store. Terdapat juga banyak stor aplikasi lain untuk peranti Android di luar sana bergantung kepada keselesaan pengguna. Ini adalah sebab mengapa Google tidak dinamakan di dalam tuntutan anti-monopoli yang difailkan oleh Epic Games sejurus selepas Fortnite dibuang dari Play Store. Jadi kepada pengguna peranti Android anda masih boleh memuat turun Fornite tetapi tidak menerusi Play Store sahaja.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,757
Reaction score
3,573
Points
236
Epic Ingin Menawarkan Kedai Aplikasi Alternatif Untuk iPhone Jika Dibenarkan

Untuk pengguna iPhone, kedai aplikasi yang ditawarkan hari ini adalah hanya Apple App Store, kerana kawalan pihak Apple yang sekaligus mengehadkan penawaran kedai aplikasi alternatif oleh pihak luar – berbeza dengan di Android.

Hal ini sekaligus membawa kepada persoalan seperti kawalan dominan, dan langkah yang kurang kompetitif kepada pihak lain.

Terbaru, Epic dalam pemfailan saman mereka terhadap Apple, mereka turut menyentuh mengenai penawaran kedai aplikasi.

Epic mengatakan sekiranya dibenarkan, mereka ingin menawarkan kedai aplikasi alternatif untuk iPhone – sekaligus membolehkan pengguna peranti iOS untuk memuat-turun aplikasi dalam kaedah inovatif dan tersusun.

Langkah ini sekaligus dijangka memberikan pilihan kepada pengguna untuk menggunakan kedai aplikasi pilihan mereka dalam melakukan pembelian kandungan atau aplikasi.

Epic turut menekankan yang mana disebabkan kawalan pihak Apple, mereka terpaksa mengenakan caj yang lebih tinggi kepada pengguna mereka – salah satu sebabnya kerana perlu membayar cukai 30% kepada pihak Apple.

Sumber asal https://9to5mac.com/2020/08/13/epic-games-bornite-app-store-apple/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,757
Reaction score
3,573
Points
236
Google Memaksa OnePlus Mengingkari Perjanjian Dengan Epic Games

Google dan Apple bersama-sama sedang berperang dengan Fortnite. Ia bermula apabila Epic Games berjaya memintas sistem pembayaran di App Store, Apple dan Google kemudian membuang permua Fornite dari gudang aplikasi masing-masing. Semua sedia maklum yang tujuan Epic Games memintas sistem pembayaran ini adalah kerana ingin mengaut keuntungan sendiri dan tidak ingin membayar peratusan kepada Apple dan Google menerusi sistem pembayaran dalam Play Store atau App Store.

OnePlus-Perjanjian-Epic-Games-Google-Paksa-Ingkar.jpg


Terkini, lebih dahsyat – Epic Games mendakwa yang Google telah memaksa OnePlus agar mereka mengingkari perjanjian yang telah mereka tandatangani. Perjanjian ini adalah untuk pengguna OnePlus mudah memasang apa jua permua/aplikasi dari Epic Games melalui satu aplikasi khas. Perkara ini secara tidak langsung menjejaskan perniagaan antara Epic Games dan OnePlus. Bukan itu sahaja, Google turut didakwa mengarahkan LG untuk tidak membenarkan LG memasang Fortnite terus terbina pada peranti mereka.

LG-Perjanjian-Epic-Games-Google-Paksa-Ingkar.jpg


Bagi Epic Games adalah tidak adil untuk mereka membayar jumlah wang yang tinggi kepada Google dan Apple. Disebabkan itu mereka membangunkan sistem pembayaran tersendiri agar pengguna akan terus membayar ke Epic Games. Dalam hal ini, iaitu anti-monopoli – Spotify turut menyokong Epic Games.

Sumber asal https://www.theverge.com/2020/8/13/...mes-oneplus-deal-google-play-store-lawsuit-lg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,757
Reaction score
3,573
Points
236
Spotify Sokong Epic Games Dalam Perlawanan Menentang Perkongsian Bayaran Ke Apple App Store

Hari ini, Fortnite telah dibuang daripada Apple App Store selepas Epic Games memperkenalkan kaedah pembelian tersendiri yang tidak perlu melalui App Store. Hal ini sekaligus mengelak Epic Games membayar caj 30% yang dikenakan oleh Apple untuk pembelian aplikasi melalui App Store.

Disebabkan olehnya, Apple telah membuang aplikasi Fortnite kerana melanggar polisi yang ditetapkan. Selari denganya, Epic Games turut telah memfailkan saman ke atas Apple disebabkan monopoli mereka pada peranti iPhone, dan mengatakan bayaran 30% adalah agak tinggi untuk pembangun aplikasi.

Selari denganya, kini Spotify turut menyokong tindakan Epic Games dalam menentang isu pembayaran kepada App Store ini.

Spotify dilihat mengatakan Apple menyalah-guna posisi dominan mereka, dan perkara berkenaan kurang adil untuk para pesaing.

Spotify sebelum ini sedia kurang menyukai keperluan pembayaran 30% kepada pihak Apple, apatah lagi dengan penawaran Apple Music sendiri yang tidak melalui perkara sama. Ini sekaligus memberikan impak terhadap pendapatan Spotify.

Dengan penyertaan Spotify dalam perang melawan dominasi kedai aplikasi ini, apakah kita akan melihat nama-nama besar lain turut menyertainya?

Sumber asal https://www.billboard.com/articles/business/tech/9434309/fortnite-apple-app-store-spotify-lawsuit
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,757
Reaction score
3,573
Points
236
Microsoft Risau Ketiadaan Unreal Engine Akan Beri Impak Terhadap Permainan Mereka

Microsoft hari ini mengatakan Unreal Engine merupakan salah satu teknologi yang kritikal untuk pelbagai pembangun permainan, termasuk Microsoft sendiri. Melaluinya, ia memudahkan para pembangun untuk membangunkan permainan untuk pelbagai platform dengan mudah.

Apa pun, dengan “perang” antara Epic Games dan Apple, ia sekaligus membawa kepada masa depan Unreal Engine yang tidak menentu. Apple sebelum ini telah mengatakan bakal menghalang akaun pembangun Epic Games – sekaligus memberikan impak terhadap pembangunan Unreal Engine untuk iOS dan Mac.

Perkara ini dijangka akan memberikan impak yang besar kepada para pembangun permainan seluruh dunia – termasuk Microsoft sendiri. Dalam usaha mengelak Epic dihalang oleh Apple, kini Microsoft menyatakan sokongan terhadap Unreal Engines, dan mengatakan tindakan Apple akan menyusahkan pembangun permainan, dan pemain video sendiri.

Pada masa yang sama, Microsoft juga menyatakan kerisauan untuk pembangun permainan menawarkan kemaskini kepada permainan di iOS dan macOS berasaskan Unreal Engine, selain mana ketidakbolehan untuk pemain berinteraksi dengan pemain di platform lain.

Microsoft sendiri mengatakan ketidak-tentuan ini membuatkan Unreal Engine mungkin tidak dipilih untuk tujuan pembangunan – apatah lagi usaha pembangunan permainan mengambil tempoh bertahun lamanya, dan pembangun inginkan sebuah platform yang disokong lama dan stabil.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,757
Reaction score
3,573
Points
236
Epic Games Mengatakan Apple Akan Tamatkan Semua Akaun Pembangun Epic - Halang Epic Membangunkan Aplkasi iOS & Mac

Epic Games sebelum ini telah memfailkan saman ke atas Apple – selepas Apple membuang aplikasi Fortnite apabila Epic menambah ciri pembayaran yang tidak melalui pencukaian App Store. Lanjutan daripadanya, kini Epic mengatakan Apple telah memberitahu yang mereka akan menamatkan semua akaun pembangun Epic untuk iOS dan Mac pada 28 Ogos kelak.

Selari dengannya, Epic kini telah memfailkan satu lagi saman ke atas Apple, mengatakan tidak memberikan akses kepada akaun pembangun akan memberikan impak tinggi kepada Epic – termasuk sukar membangunkan perisian Unreal Engine yang digunakan ramai pembangun seluruh dunia dalam pembangunan permainan masing-masing. Langkah ini juga akan menyukarkan Epic membangunkan Unreal Engine baru untuk iOS dan macOS.

Langkah ini sekaligus akan memberikan kesan kepada keseluruhan perniagaan Epic, dan bukan sekadar aplikasi Fortnite yang dibuang sahaja sebelum ini.

Bercakap mengenainya, Apple dipetik mengatakan Epic telah mempunyai aplikasi di App Store untuk sedekad, dan telah menerima pelbagai kelebihan dari ekosistem App Store. Mereka juga telah bersetuju dengan terma dan syarat, sekaligus berjaya membangunkan perniagaan yang berjaya pada App Store. Apple turut mengatakan, kini kepentingan perniagaan Epic yang inginkan perubahan khas akan menyukarkan penawaran tahap yang sama dikalangan semua pembangunan seluruh dunia. Apple mengatakan akan berusaha dengan Epic untuk menyelesaikan pelanggaran ini supaya Fortnite boleh kembali ke App Store.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,757
Reaction score
3,573
Points
236
Epic Games Mengesahkan Pemain Fortnite Di iOS Dan macOS Tidak Boleh Memainkan Musim Baru

Apple sebelum ini telah menghalang kemaskini untuk aplikasi Fortnite kerana pelanggaran terma dan syarat App Store. Lanjutan daripadanya, Epic Games telah menyaman Apple, dan kini ia dilihat pengguna Fortnite di iOS dan macOS tidak boleh menikmati musim terbaru permainan popular berkenaan.

Epic Games mengesahkan yang mana pemain di platform iOS dan macOS tidak boleh menikmati musim terbaru permainan berkenaan yang bakal dilancarkan pada 27 Ogos 2020 ini.

Perkara ini mungkin agak mendukacitakan pemain Fortnite di platform Apple kerana tidak boleh meneruskan permainan berkenaan – dan perlu melihat kepada permainan alternatif, atau beralih ke peranti dengan sistem operasi lain.

Untuk pengguna di platform Android, anda masih boleh menikmati kemaskini aplikasi berkenaan melalui aplikasi Epic Games, atau melalui Samsung Galaxy Store.

Dengan perkembangan terbaru ini, walaupun pihak Epic Games “berperang” dengan Apple, namun, kerugiannya memberikan lebih kesan kepada pengguna dan peminat siri permainan berkenaan.

Sumber asal https://www.epicgames.com/site/en-US/fortnite-mega-drop-faq
 
Sponsored Post
Top
Log in Register