oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
KUALA LUMPUR, 6 Mei - Polis menahan 11 warga asing termasuk lapan individu yang menimbulkan kekecohan de-ngan menghalang pihak polis melakukan tugas dalam kejadian Desa Aman Puri di sini semalam.
Menurutnya, bagai*manapun, sekumpulan lela*ki dipercayai warga Nigeria cuba menghalang anggota melakukan tangkapan dengan membaling botol serta kotak dan menakut-nakutkan pihak polis.
Katanya, selepas melihat keadaan men- jadi semakin tegang dan tidak terkawal, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara bagi mengawal keadaan serta keselamatan anggota dan tiga suspek ditahan.
“Tiga suspek iaitu dua lelaki warga Nigeria dan seorang wa*nita Kenya ditahan dan dibawa ke IPD Sentul.
“Susulan itu, kita turut menahan la-pan lelaki warga Nigeria berusia 25 hingga 32 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Ka- nun Keseksaan kerana menggunakan keke*rasan jenayah bagi menghalang kakitangan awam daripada menjalankan tugasnya,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Kejadian tersebut turut menjadi tular di Facebook selepas video insiden itu dimuat naik di sebuah akaun ‘BOM321’ sehingga mendapat 8,000 ‘likes’.
Video yang berdurasi 1 minit 6 saat itu menunjukkan sekumpulan lelaki warga Nigeria dilihat menimbulkan kekecohan sehingga pihak polis terpaksa melepaskan satu das tembakan amaran ke arah udara dan mereka terus me*larikan diri meninggalkan lokasi kejadian.
sumber : http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/11-halang-tugas-polis-ditahan-1.478287
.