BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hakikat sebenar Krisis di Mesir

mmg jahat sgt2....dulu berlakon konon2 ahli kasyaf....tak tau agama apa dia ni

oh...ahli kasyaf rupanye...ahli kasyaf syiah kut?

soalan aku dah terjawab ke dalam thread ni?
 
kesimpulannya Dajjal punya strategi berjaya lagi......mesir terpaksa jugak buat loan dengan IMF.......bila buat loan kena la cagar tanah air sendiri........that's how their take control since world war 1......

cube check loan malaysia dengan IMF berapa plak......makin surut ke makin naik.......sebab tu Allah haramkan riba......
 
Jeneral Fatah El-Sisi telah mengeluarkan surat kepada pihak polis untuk bertindak balas dengan penyokong Morsi yang menggunakan molotov cocktail & mesingan. Polis diacu pisau & pistol. Polis hanya menyuraikan perhimpunan dengan melepaskan gas pemedih mata.Penduduk berhampiran tidak dapat keluar mengerjakan rutin seharian. Jika mereka keluar akibatnya barang mereka dicuri & dirompak. Keadaan sangat teruk sehinggalah tentera mengambilalih.

xmustahil polis/anjing as-sisi sendiri menyamar jd org awam.. kan??
 

KAHERAH - Mesir memohon pinjaman AS$4.8 bilion (RM15 bilion) daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan berharap perjanjian dapat dimeterai menjelang hujung tahun ini.

Ketua IMF, Christine Lagarde yang dalam lawatannya ke Mesir untuk bertemu Perdana Menteri Hisham Kandil berkata, pinjaman itu adalah untuk tempoh lima tahun dengan kadar faedah 1.1 peratus setahun.

“Perjanjian itu akan ditandatangani November atau awal Disember ini, berserta satu pelan khas yang dipersetujui oleh semua kuasa utama politik Mesir," katanya.

Awal tahun ini, Mesir mengemukakan permohonan rasmi pinjaman kepada IMF untuk program pembaharuan ekonomi di negara itu.

Namun, perjanjian yang sepatutnya ditandatangani Julai lalu itu terpaksa ditangguh kerana terdapat perselisihan antara kerajaan dan Parlimen.
Apakah sebenarnya berlaku di Mesir pada 13 dan 14 Ogos?

MS: Polis berada di dua dataran utama di Rabaa Adawiyah dan Dataran Nadha. Dua kawasan ini menjadi kawasan protes penggulingan Mursi oleh saudara Muslim dan gabungannya. Mereka sudah berada di sana empat ke enam minggu sehingga menjadikan kawasan itu lumpuh. Di Rabaa Adawiyah ialah kawasan besar dengan kepadatan dua juta penduduk. Sebuah lagi kawasan (Dataran Nadha) berhampiran dengan Universiti Kaherah yang mempunyai kapasiti pelajar lebih 500,000 dan 15,000 profesor, juga hampir lumpuh. Kami menganggap perkara itu sebagai protes biasa.

Adakah mereka melakukan perhimpunan secara aman?

MS: Setiap orang mempunyai hak untuk protes dan mempunyai pandangan sendiri dengan syarat protes ini perlu dilakukan secara aman. Bagaimanapun, kami dan polis dapati mereka ada senjata. Mereka mempunyai mesingan, molotov cocktail, pisau, pedang dan mereka acu kepada polis. Mereka gunakan kawasan ini sebagai sasaran di Kaherah. Dari Rabaa Adawiyah mereka lakukan perarakan ke Dataran Ramsis pada petang itu. Kemudian, mereka pergi ke jambatan October 16, yang merupakan lebuh raya terbesar dan bertindak untuk melaksanakan solat Taraweh dalam usaha melumpuhkan trafik di Kaherah. Itu adalah objektif mereka.

Bagaimanakah keadaan kehidupan penduduk setempat ketika itu?

MS: Saya sebagai penduduk Kaherah dan tinggal di kawasan berdekatan Dataran Nadha tidak boleh keluar. Saya tidak boleh lakukan tugasan harian. Maka itu, kerajaan meminta mereka bersurai dengan cara aman supaya trafik di kawasan terbabit tidak lumpuh selepas penduduk di Dataran Rabaa Adawiyah mengadu mereka tidak boleh bergerak ke mana-mana. Mereka diperiksa, barang mereka dicuri, dan kami tidak boleh tidur kerana mereka merusuh sepanjang masa, dan kerajaan bertanggungjawab terhadap situasi itu.

Apakah usaha kerajaan sementara untuk meredakan kekecohan?

MS: Menteri Dalam Negeri (Mohamed Ibrahim) meminta mereka supaya jangan timbulkan kekecohan. Mereka dibenarkan berada di kawasan itu sampai bila-bila sekiranya mereka mahu dan itu matlamat kerajaan sementara. Tetapi matlamat pihak satu lagi adalah untuk melumpuhkan keadaan bukan sahaja di Rabaa Adawiyah dan Dataran Nadha, tetapi di pinggir Kaherah kerana mereka menganggap kawasan itu sasaran utama. Kemudian polis mencari alternatif untuk menghentikan kekecohan, namun mereka membantah dan mencabar kerajaan.

Kemudian mereka berpendapat ini adalah harinya. Mereka diberi tiga amaran melalui pembesar suara “Tolong bersurai secara aman dan kami akan memberi anda laluan keluar selamat dan kami tidak akan mengancam anda untuk membolehkan anda bersurai secara aman”. Sebahagian daripada mereka bersurai secara aman tetapi sebahagian lagi memulakan serangan tembak, membakar jalan, menggunakan molotov cocktail dan dalam keadaan ini polis terpaksa mempertahankan diri dalam usaha menamatkan keadaan itu. Dalam serang balas itu, pastinya ada yang maut daripada kedua-dua pihak, 25 peratus yang terkorban adalah polis.

Mereka juga membawa kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun dan membalut kanak-kanak itu dengan kain kapan. Kanak-kanak ini tidak mengetahui apa-apa, mereka tidak tahu konflik politik. Mereka berkata: “Jika kamu mahu menamatkan keadaan ini, kami harus membunuh kanak-kanak ini” dan mereka meletakkan kanak-kanak itu di benteng hadapan. Perkara itu sangat keterlaluan dan melukakan hati rakyat Mesir dan orang ramai. Pada 14 Ogos kerajaan terpaksa menamatkan situasi itu dan memastikan sekiranya terdapat rakyat terbunuh disebabkan perkara itu. Bagi mengatasi masalah itu kerajaan meminta Kumpulan Pemerhati Kemanusiaan dan Juri Perundangan untuk memerhati dan merekodkan apa yang terjadi untuk mengetahui siapakah yang menyerang dahulu. Polis hanya menggunakan gas pemedih mata ke arah mereka tetapi dibalas dengan mesingan dan molotov cokctail dalam serang balas itu pasti berlaku kematian.

Bagaimanakah keadaan di dua dataran itu sekarang?

MS: Sekarang dataran itu musnah sepenuhnya, mereka memusnahkannya. Bersebelahan Dataran Nadha terdapat Taman Botanik (Orman Garden). Kawasan itu adalah taman paling berharga di Timur Tengah. Terdapat 500,000 spesies pokok dan kawasan itu kini, mereka gunakan sebagai tanah perkuburan.

Mengapa mereka berani meneruskan protes?

MS: Mereka mahu membunuh sesama sendiri kerana mahu syahid. Mereka mahu dibunuh “Kami mahu syahid dan kami mahu anda bunuh kami,”. Amaran ini dilakukan untuk memalukan polis dan kerajaan.

Adakah kerajaan menggunakan kekerasan?

MS: Kerajaan melihat keadaan itu, mereka amat bersabar. Sebenarnya, kami marahkan kerajaan kerana menunda untuk meleraikan keadaan itu. Jeneral (Abdel Fattah) Al-Sisi telah memberi surat kuasa kepada polis untuk melakukan serang balas tetapi polis tidak melayan tuntutan itu kerana mereka mendapati, sekiranya perkara itu dilakukan akan ramai terbunuh. Oleh itu, polis memberi tempoh tiga minggu untuk berunding tetapi perkara itu tidak berlaku. Keadaan semakin parah dan Mesir lumpur. Persoalannya, adakah polis menggunakan kekerasan, jawapannya adalah tidak.

Siapakah memulakan serangan di Kaherah?

MS: Saya akan tunjukkan anda gambar, siapakah yang memulakan tembakan. Mereka bukan melakukan tunjuk perasaan aman. Mereka terdiri daripada pelbagai jenis tentera. Mereka membawa tentera ini dari Libya.

Selepas kejatuhan rejim Gaddafi di Libya, semua tentera di Libya dilindungi dan mereka di seludup ke Mesir dan sebahagian lagi diseludup ke Sinai untuk digunakan sebagai pengganas dan penghasut. Mereka pernah dibawa ke Mali dan ketika konfrontasi di Mali ia juga dilakukan oleh tentera Libya. Jadi, mereka datang dari Libya dan dari tempat lain dan mereka bertahan. Mereka bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah.

Selepas penahanan beberapa pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, bagaimana suasana di Mesir?

MS: Al Jazeera juga memaparkan kenyataan bantahan dalam perbicaraan oleh peguam lawan dari pemimpin Ikhwanul Muslimin Safwat Hegazy, Mohamed Badie, Essam al-Aryan yang mengugut tentara di Mesir. Contohnya, Mohamed Badie pernah berkata satu kenyataan sangat serius - ‘ Ketika hari pembebasan Mursi, pengganas di Sinai juga akan berundur. Maknanya, terdapat seperti rangkaian apa yang berlaku di Sinai dengan apa yang mereka lakukan di sini". Kini, mereka ditahan mengikut mahkamah sivil dan keadaan kini terkawal dan Mesir ketika ini baru memulakan aktiviti seperti biasa.

mgkn tt xnmpk kut...aku up sket...

JAP EK...AKU NAK TNY...BETUL-BETUL NI MGKN XDE KAITAN...

NAPE AGAKNYA HARI KEDUA PENGGULINGAN DR MUHAMMAD MURSI, fatah-sisinya tutup sempadan gaza?nak kata gaza bekalkan senjata kat geng IM ke?miahahaha...

lagi satu...siapa sebenarnya pemeritah yg sah kat mesir tu?Dr Muhammad Mursi setau aku dipilih rakyat...
jd kenapa masa tamarod berhimpun nak menggulingkan Dr Muhammad Mursi ni,kerajaan yg sah demokrasi ni tak keluarkan senjata perangi geng-geng tamarod tu?
eh...rupanya cerita ni tetiba ada masa pemerintah kudeta je...IM tetiba ada senjata lepas Dr Muhammad Mursi kena tangkap...bukan masa Dr Muhammad Mursi memerintah kerajaan yg sah...miahahaha :))


*INFO TAMBAHAN...

SHAH ALAM - Kenyataan seorang profesor sains politik dari Mesir yang mendakwa Dr Mohamed Mursi terpaksa digulingkan kerana beliau mengecewakan majoriti rakyat negara itu yang memilihnya pada pilihan raya presiden tahun lalu lantaran terlalu memberi ruang kepada Ikhwanul Muslimin untuk memerintah, dicabar pakar politik Timur Tengah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Menurut Maszlee, apa yang disebut oleh Prof Dr Mohammad Selim, saintis politik dari Universiti Kaherah itu sama dengan propaganda kumpulan penentang Mursi, Tamarood yang mendakwa Mursi sekadar jadi 'pak turut' kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain sedangkan rakyat Mesir memilih beliau untuk jadi presiden mereka, bukan Ikhwan Muslimin.

"Mursi dituduh oleh Tamarood sebagai presiden yang tidak berkuasa sebaliknya yang berkuasa adalah Ikhwanul Muslimin. Dari sudut mana dikatakan begitu? Dalam membuat keputusan, setiap keputusan Mursi dibuat bersama Majlis Penasihat Presiden. Dalam majis itu, hanya seorang saja wakil Ikhwanul Muslimin iaitu Wael Haddad. Itu pun Wael Haddad adalah penasihat Mursi dalam hal hubungan antarabangsa. Anggota Majlis Penasihat lain pelbagai latar belakang, ada wakil Kristian Koptik, wanita, teknokrat, Salafi."

Paling jelas, kata Maszlee, Mursi malah pernah menawarkan jawatan timbalan presiden kepada Mohamed El Bardaei, pesaingnya dalam pilihan raya.

"Bukan El Baradei saja, calon-calon lain juga ditawarkannya jawatan, satu bukti komitmennya untuk perpaduan dalam politik Mesir. Satu lagi bukti ialah beliau tidak meletak orang Ikhwan sebagai Menteri Pertahanan, posisi yang sangat penting untuk pemerintahannya sebaliknya beliau lainti Abdel Fattah Al Sisi. Beliau gantikan Hussain Tantawi dengan Al Fattah yang akhirnya menggulingkan beliau.

"Jadi di mana boleh dikatakan Mursi memerintah dengan ikut telunjuk Ikhwan? Itu yang saya tidak faham," katanya. Maszlee menjelaskan demikian kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Selain itu kata Maszlee, perkara yang paling nyata pada era Mursi ialah Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil bukan orang Ikhwan.

"Beliau juga tidak melantik rakannya, Muin Abdel Futuh yang keluar meninggalkan Ikhwan ke Kabinet atau Majlis Penasihat Presiden. Terlalu banyak fakta untuk menyangkal kenyataan seperti itu," katanya.

Sebenarnya jelas Maszlee ada banyak bukti untuk dijadikan hujah penggulingan Mursi dirancang, didalangi oleh saki baki rejim Mubarak dan juga kaitan dengan kuasa asing.
"Apabila berlaku revolusi 25 Januari 2011 yang menyaksikan jatuhnya bekas Presiden Hosni Mubarak, kita tidak boleh anggap bahawa revolusi itu sudah sempurna. Ini kerana walaupun kepala (Mubarak) sudah dibuang, badan dan ekornya masih yang lama. Jadi keadaan tidak banyak berubah seperti apa yang disangka.

"Bayangkanlah, polis terutama daripada Cawangan Khas (SB) yang sudah sekian lama melindungi seorang diktator (Mubarak), terpaksa menghadapi perubahan besar untuk berkhidmat kepada rakyat di bawah pentadbiran Mursi. Begitu juga tentera. Inilah yang mungkin jadi masalah bagi mereka, walaupun Mursi tidak mengongkong mereka sebagaimana di bawah rejim Mubarak."

Lebih ketara, kata Maszlee, di bawah pemerintahan Mursi juga, pejabat Ikhwanul Muslimin di seluruh Mesir diserang, diceroboh, dibakar dan dirompak oleh kumpulan samseng yang dikenali sebagai Baltajia.

"Sungguh pun demikian, polis tidak ambil tindakan, biarkan saja. Inikah apa yang dikatakan Ikhwanul Muslimin menguasai pentadbiran Mursi sedangkan dalam keadaan keselamatan mereka sendiri diancam oleh samseng pun, polis tidak buat apa-apa sedangkan presiden orang mereka?" tanya Maszlee.

Selain itu, kata Maszlee, media juga rata-ratanya masih dikuasai oleh penerbit dan editor yang pro Mubarak. Ini termasuk Naguib Sawiris, taikun media Mesir daripada etnik Kristian Koptik yang diketahui bersikap anti Mursi dan anti Ikhwanul Muslimin.

"Sewaktu revolusi 25 Januari 2011, banyak gereja diserang tetapi polis tidak ambil tindakan kerana apa yang saya andaikan, mereka sengaja mahu beri gambaran buruk kepada revolusi tersebut. Di Mesir, politik mereka tidak kreatif. Sejak zaman Gamel Abdel Nasir yang naik jadi presiden selepas rampasan kuasa tentera pada 1952, seluruh dunia dimomokkan Ikhwanul Muslimin kumpulan yang ganas.

"Mereka tidak ada skrip baru dan ini menyebabkan pihak luar, media antarabangsa, kumpulan hak asasi sesetengahnya sudah tak larat nak layan Mesir. Kita amat sedih apabila seorang profesor universiti (Selim) pun tidak boleh berfikir out of the box (di luar kotak)," katanya.

Sebenarnya, kata Maszlee apa yang paling jelas di sebalik penggulingan Mursi ialah tangan ghaib pihak yang terjejas sejak pemimpin Ikhwan itu naik sebagai Presiden Mesir.

"Ini sudah tentu AS dan Israel. Paling nyata, dalam tempoh setahun saja jadi presiden, Mursi dengan berani telah menyanggah telunjuk AS yang menetapkan peraturan bahawa negara itu tidak boleh menanam gandum lebih daripada 20 peratus yang diperlukan rakyatnya. Peraturan ini termaktub dalam Perjanjian Camp David yang dimeterai pada 1978.

"Tetapi Mesir di bawah pemerintahan Mursi yang singkat itu, berjaya mengeluarkan gandum sehingga 60 peratus dengan bantuan Rusia. Mesir juga pada era Mursi mengikut model ekonomi Malaysia, 'dasar pandang ke Timur' ketika di bawah Tun Dr Mahathir dengan menjalin hubungan dagang dengan Rusia, China, Jepun dan Singapura.

Juga negara Selatan antaranya Brazil, Chile dan Venezuela. Ini yang tidak digemari oleh AS. Mereka bimbang jika Mesir terus dibiarkan dalam tangan Mursi, republik itu mungkin akan jadi Turki kedua," katanya.
 
Last edited:
orang bn, tengok tv3 & baca utusan > tv3 & utusan sokong tentera mesir > malu nak berpaling tadah dengan tv3 & utusan/terlalu percaya tv3 & utusan.

inilah hasilnya.

jangan jadi pak turut.
lawan sikit BN tue takpe.


terbaik bos.....
:)cgrock:)cgrock
 
Jadi maksudnya dalam Islam bila dah beri amaran bolehlah bunuh kanak-kanak dan wanita?

Kalau jadi askar Mesir pun kau akan tembak mempertahankan diri jika lawan menembak kau berlindung di sebalik pompuan & kanak2
 
KAHERAH 29 Ogos - Tentera Mesir tidak akan mengangkat sumpah kesetiaan secara langsung kepada Presiden negara ini berdasarkan satu dekri terbaharu yang dikeluarkan oleh kerajaan sementara di sini, semalam.

Berdasarkan dekri itu, anggota tentera akan berikrar dengan ayat 'Saya akan menurut perintah kepemimpinan saya' dan membuang ayat 'Saya akan setia kepada Presiden negara ini'.

Dekri berkenaan dikeluarkan oleh kerajaan sementara pimpinan Presiden Adly Mansour yang mendapat sokongan tentera selepas Presiden Mohammed Mursi daripada pergerakan Ikhwanul Muslimin digulingkan pada 3 Julai lalu.

Jurucakap tentera, Ahmed Ali berkata, perubahan tersebut merupakan perkara yang positif dan mengelakkan anggota tentera daripada membuat sumpah secara peribadi kepada seseorang individu.

"Ikrar baharu itu turut merujuk kepada Presiden yang juga merupakan satu daripada ketua tentera.

"Cara ini menjadikan anggota tentera setia kepada kepemimpinan, bukannya individu," katanya.

Penganalisis berkata, tindakan menggubal dekri tersebut dilihat sebagai cara pihak tentera mendapatkan kebebasan daripada dikawal oleh kerajaan awam.

Profesor dari Universiti George Washington, Nathan Brown mendapati, keputusan menggubal dekri itu sebenarnya berdasarkan kandungan yang diberikan kepada Adly oleh ketua tentera, Jeneral Abdel Fateh al-Sisi.

Katanya, Abdel Fateh turut berkhidmat sebagai Timbalan Presiden dan Menteri Pertahanan dalam kerajaan sementara tersebut.

"Saya tidak fikir semua orang akan percaya perubahan itu dilakukan atas usaha Presiden.

"Dalam erti kata lain, dekri baharu berkenaan merupakan langkah yang dilaksanakan oleh tentera dan hanya diluluskan oleh Presiden sementara," katanya.

Brown berkata, di kebanyakan negara, pihak tentera akan bersumpah taat setia kepada Perlembagaan dan undang-undang.

Namun, katanya, di Mesir, tentera dan pegawainya tidak lagi bersumpah kepada pentadbiran awam, undang-undang atau prosedur.
 
Kalau jadi askar Mesir pun kau akan tembak mempertahankan diri jika lawan menembak kau berlindung di sebalik pompuan & kanak2

Tembak membabi buta aje ke sampai begitu ramai kanak-kanak dan wanita terbunuh tu?
 
Back
Top
Log in Register