BTC USD 83,805.0 Gold USD 4,186.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Haji - Satu Penyucian Hati...!!!

SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH

Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu "

* Islam
- tidak wajib atas orang kafir dan murtad
* Baligh
- tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh
* Berakal
- tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya
* Merdeka
- Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala
* Berkuasa / Kemampuan
- Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

" Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka"
(Surah Ali Imran ayat 97)

Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian:-

a) Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan

i) Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.
ii) Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya,
iii) Ada kenderaan pergi dan balik,
iv) Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada marabahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,
v) Sihat tubuh badan,
vi) Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.

Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

"Dari Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya " Apakah yang dimaksudkan dengan "sabil"? Rasulullah s.a.w. menjawab: " Bekalan dan perjalanan"
Riwayat- Daruqutni

b) Berkuasa dengan bantuan orang lain.

i) Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.

ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.

Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: " Bahawa bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah" Rasulullah s.a.w. bersabda : " Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya sekali".
Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi

SYARAT - SYARAT WAKIL ATAU ORANG MENGAMBIL UPAH HAJI

Syarat-syarat untuk menjadi wakil atau mengambil upah menunaikan haji orang lain ialah:-

1. Orang itu telah pun menunaikan fardu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya, Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berkata ketika mengerjakan haji: " Aku sahut seruan mengerjakan haji menggantikan Syubrumah". Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: "Sudahkah engkau mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri" ? Jawab lelaki itu, "Belum". Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, kalau begitu hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri engkau sendiri dahulu, kemudian engkau kerjakan haji untuk Syubrumah pula" (Riwayat-Abu Daud dan Ibnu Majah)

2. Hendaklah melakukan fardu haji untuk seorang sahaja bagi satu musim haji.

3. Mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikan itu atau pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya, maka hendaklah dia berihram pada sesuatu miqat yang ditentukan, jika tidak ditentukan, maka haruslah bagi orang yang mengambil upah itu berihram pada miqat yang dilaluinya. Bagi orang yang berada di Mekah yang mengambil upah haji, maka wajiblah dia keluar kepada miqat yang dihajikannya, atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya. Jika dia berihram daripada miqatnya (di Mekah) nescaya berdosa dan wajib atasnya dam.

4. Hendaklah seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan sempurnanya, seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.
 
bagus thread ajex nih....bnyk info...

insyaAllah panjang umur kesana juge nanti

K la cawan...Ajex pon rase cam2 gek...klu pnjg umo n murh rezki ajex nk pi cpt2...de owang kg ajex dh pi 3 kali dh...mak woiii....rezkinyer makin murah n btambh2 lak...Allah Maha Kaya :D :D :D
 
K la cawan...Ajex pon rase cam2 gek...klu pnjg umo n murh rezki ajex nk pi cpt2...de owang kg ajex dh pi 3 kali dh...mak woiii....rezkinyer makin murah n btambh2 lak...Allah Maha Kaya :D :D :D

mak ngan abah cawan dah g lama dah... pakcik & makcik2 pon dah g.. tinggal kami yg muda2 ni yg lum g lagi... masih mengumpul duit...:)
 
BUMI MAKKAH

Menurut riwayat, ramai para sahabat menyatakan, bahawa bumi Makkah adalah yang pertama sekali muncul dari air selepas penciptaannya dan daripadanya bumi-bumi lain terbentang dan terhampar. Keistimewaan yang terdapat di Makkah ialah Masjidil Haram.

Keistimewaan Masjidil Haram pula ialah kerana Kaabah atau Baitullah, yang menjadi kiblat bagi umat Islam.

Baitullah adalah sebuah bangunan yang hampir-hampir empat persegi. Tingginya 15 meter dan luasnya lebih kurang 120 meter persegi. Bangunan ini terletak di tengah-tengah Masjidil Haram. Di salah satu penjuru Kaabah ini terdapat Hajarul Aswad yang menjadi tempat permulaan untuk mengerjakan tawaf.
 
mak ngan abah cawan dah g lama dah... pakcik & makcik2 pon dah g.. tinggal kami yg muda2 ni yg lum g lagi... masih mengumpul duit...:)

yaka? bagus la tu....papa n mama ajex pon dh lama pi...
td ajex pi antar bapa n mak sedara kat pengkalan chepa airport...menitis gek airmata ajex....pepon ajex doakn meke slmt pegi n kembali...:D
 
Disebut Masjid Nabawi kerana Nabi Muhammad S.A.W. selalu menyebutnya dengan kalimah, "Masjidku ini", pada setiap kali baginda menerangkan tentang sebuah masjid yang sekarang berada di pusat kota Madinah. Nabi bersabda," Sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada sembahyang seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram".

Dalam satu riwayat lain, Nabi bersabda,"Barang siapa sembahyang di masjid 40 waktu tanpa terputus, maka ia pasti selamat dari neraka dan segala siksa dan selamat dari sifat munafik".

Masjid ini didirikan oleh Nabi S.A.W. dan sahabat-sahabat baginda pada tahun pertama hijrah (622 M) seluas 1050 meter persegi, iaitu di sisi di sebelah barat rumah baginda yang sekarang rumah itu menjadi makam baginda dan masuk dalam bangunan masjid.

Berziarah ke masjid Nabawi ini adalah masyru' dan dikira termasuk ibadat. Penyataan ini adalah sesuai dengan sabda Nabi yang berbunyi; bermaksud,"Janganlah kau mementingkan kepergian kecuali kepada tiga masjid, iaitu Masjidil Haram, Masjidku ini dan Masjid Aqsa'".
 
MAKAM NABI

Kalau kita berada di Raudhah dan menghadap kiblat, bererti di sebelah kiri kita adalah bangunan empat persegi berwarna hijau tua yang unggul dan berwibawa serta memancarkan bau wangi-wangian. Bangunan ini awal mulanya dua buah rumah, iaitu rumah Nabi dengan Saidatina 'Aisyah dan rumah Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah.

Sejak Nabi Muhammad S.A.W wafat pada tahun 11 hijrah (632M), rumah Nabi terbahagi dua. Bahagian arah kiblat (Bahagian selatan) untuk makam Nabi dan yang bahagian utara tempat tinggal Saidatina 'Aisyah.

Rumah ini sejak tahun 678 hijrah (1279 M) di atasnya dipasang kubah hijau (Dom) hingga sekarang. Jadi di bawah kubah hijau inilah jasad Nabi Muhammad S.A.W dimakamkan. Ini bermakna kalau kita melihat kubah hijau bererti kita melihat makam Nabi S.A.W.

Kemudian Saidina Abu Bakar (Khalifah Pertama ) dan Saidina Umar (Khalifah Ke-2) pun dimakamkan di rumah itu dekat dengan makam Nabi S.A.W. Ini bermakna setengah daripada rumah Nabi S.A.W. itu sekarang ada tiga makam.
 
TELAGA ZAM-ZAM

Telaga zam - zam adalah sebagaimana telaga biasa, tetapi mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim ) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga ini adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti Sarah dan Siti Hajar (ibu Nabi Ismail).

Pada satu ketika terjadi pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Makkah. Di waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air.

Apabila mereka tiba di Makkah, mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah air.

Siti Hajar memerhatikan sikap suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ;

"Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"

"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? ".

Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun.

Siti Hajar bertanya lagi;

"Adakah ini memang perintah dari Allah ?"

Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".

Mendengar jawapan suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.

Selang beberapa hari, air yang dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit sofa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air zam-zam.

Di sini Siti Hajar bertemu dengan Malaikat Jibril dan Jibril mengatakan kepadanya, " Jangan khuatir, di sini Baitullah ( rumah Allah ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya".

Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.
 
HAJARUL ASWAD

Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang - orang musyrik.

Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :"Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam" . Riwayat Ahmad dan Turmizi
 
MULTAZAM

Multazam terletak di antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah. Perkataan Multazam bermakna,"Melekat", sebab dipanggil demikian, kerana disinilah seseorang itu patut melekatkan dadanya semasa berdoa. Abu Daud meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas r.a. berkata:- Dia pernah berdiri tegak di Multazam dengan dada dan mukanya mengadap ke Kaabah. Tangannya dianjurkan ke atas kepala menekap ke Kaabah. Kemudian beliau berkata," Daku melihat Rasullullah s.a.w. melakukannya".
 
Back
Top
Log in Register