BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Haji - Satu Penyucian Hati...!!!

Rasa was-was sebahagian ujian di tanah suci


"CUKUP ke tidak pusingan tawaf aku ini? Aku rasa macam sudah batal wuduk...." Itulah sebahagian contoh keluhan dan rasa waswas di kalangan jemaah haji semasa melaksanakan ibadat haji.

Sikap ragu-ragu atau was-was sering kali dihadapi jemaah haji dalam menyempurnakan ibadat haji. Timbul was-was ini kadangkala semakin menjadi-jadi ketika di tanah suci. Inilah sebahagian ujian ketika menunaikan ibadat di tanah suci.

Ada juga jemaah haji yang dibelenggu sikap waswas setelah selesai melaksanakan ibadat haji iaitu pada saat akhir sebelum bertolak pulang ke tanah air. Contoh gangguan was-was yang berlaku di kalangan jemaah haji:

# Ketika tawaf atau sa'ie, tidak yakin pusingan ke berapa.
# Batal wuduk atau tidak.
# Tidak yakin bilangan lontaran anak batu ke dalam jamrah.
# Tidak yakin sudah berniat haji atau belum.

Jika timbul masalah was-was mengenai bilangan tawaf, sa'ie atau
lontaran anak batu ke dalam jamrah, hendaklah dilebihkan atau ditambahkan
bilangan itu. Ini sebagai mekanisme untuk meyakinkan diri. Jangan sama sekali selesai ibadat, baru rasa tidak yakin.

Menurut Wahid Abdul Salam Bali dalam bukunya Wiqayah al-Insan min
al-Jin wa Syaitan "kata Ibni Qayyum: Waswas ialah bisikan suara halus
tersembunyi yang tidak disedari sehingga tidak dapat dielakkan
daripadanya. Waswas itu adalah bisikan dalaman yang lahir dari seseorang
sama ada dalam berbentuk suara hati yang tidak didengar melainkan bagi
yang menghidapinya, ataupun waswas itu ditakrifkan sebagai bisikan
syaitan yang mengganggu perasaan dan hati seseorang manusia."

Imam Muslim meriwayatkan dalam sahihnya daripada Abi al-A'la
(bermaksud): Othman bin Abi al-As datang kepada Rasulullah SAW seraya
berkata, "Ya Rasullullah! Saya diganggu selalu oleh syaitan ketika
sembahyang dan ketika membaca bacaannya". Rasulullah SAW bersabda:
"Syaitan yang mengganggumu itu namanya Khanzab . Bila kamu terasa akan
adanya gangguan itu hendaklah kamu memohon perlindungan daripada Allah
dan ludahlah tiga kali di kirimu. Lalu aku perbuat apa yang disuruh
Rasullullah SAW, maka hilanglah waswas dari diriku."

Muhamad Ibrahim Salim dalam bukunya at-Tadawi bil-Qur'an, ketika
mentafsirkan surah an-Naas, ayat 5 menyatakan: "Waswas adalah suara
dalaman dan bisikan jahat yang tercetus dalam diri kata-kata buruk yang
tersembunyi. Tetapi akan segera hilang apabila seseorang mengingati
Tuhannya, manakala ia lupakan Tuhannya waswas itu akan datang semula."

Mereka yang terjebak dalam penyakit ini dan tidak berusaha untuk
menghindarkannya, maka ia pasti akan terjerumus ke dalam perangkap
syaitan.

Allah SWT menjelaskan bahawa syaitan yang menyebabkan manusia merasa
was-was itu namanya "Khannas". Oleh itu, orang yang berpenyakit waswas
hendaklah memohon perlindungan dan pertolongan dari Allah SWT sehingga
terpeliharalah ia daripada gangguan syaitan Khannas itu. Dan
terselamatlah ia daripada waswas yang mengheretnya kepada kesudahan yang
tidak baik."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa dalam tubuh
badan seseorang ada seketul darah, apabila ia baik, maka baiklah seluruh
badannya, dan jika ia rosak maka rosaklah pula seluruh badannya.
Ketahuilah itulah hati."

Hati yang rosak, rapuh, tidak teguh benteng pertahanannya kerana kurang
takwanya, terlalu sedikit zikru Allah (mengingati Allah dalam hidup
sehariannya) akan mudah digoda, diganggu dan diwaswaskan oleh syaitan
kerana syaitan boleh menusuk ke dalam hati setiap seorang melalui
perjalanan darah ke hati (jantung), hingga dengannya akan roboh kota imannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bahawa syaitan berjalan dari
anak Adam pada tempat jalan darahnya. Maka sempitkanlah tempat jalannya
dengan lapar." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini membawa maksud bahawa syaitan berjalan keluar masuk ke dalam
hati yang menyebabkan was-was dan keraguan adalah melalui darahnya.
Kerana itu hendaklah dipersempitkan tempat ia berjalan itu dengan
berpuasa.

Tiga saluran atau cara yang dilalui syaitan bagi mewaswaskan manusia
iaitu:

# Pancaindera
# Hati
# Otak

Lima pancaindera adalah deria atau alat perasa yang lima (deria rasa,
bau, dengar, lihat dan sentuh) dengan alat iaitu lidah, hidung, telinga,
mata, tangan dan lain-lain.

Hati terikat dengan perkara dunia hingga mengganggu tumpuan. Apabila
hati hilang tumpuan pada sesuatu perkara menyebabkan ia kehilangan
pedoman dalam beramal lalu menimbulkan kesangsian waswas mengenai amalan
dilakukannya.

Otak atau akal tidak diisi dengan hikmah dan yakin. Bila akal tidak
diisi dengan hikmah dan yakin bahkan dibiarkan kosong akan mudahlah
was-was menyerang kerana tidak ada pengawal yang mengawasi.

Antara punca waswas:

# Beramal tanpa ilmu.
# Terlalu teliti pada sesuatu amal yang dilakukan.
# Pengaruh luaran melalui pancaindera.
# Hati tidak tenang, rasa sangsi, hilang konsentrasi.
# Hilang keyakinan diri dan tidak segera kembali kepada Allah (memohon
keampunan dan pertolongan Allah).

Terlalu mengikut rasa.

# Kurang Zikru Allah, membaca al-Quran, selawat ke atas Rasulullah SAW.
# Kurang membaca al-istiazah dan al-basmalah ketika melakukan pekerjaan.
# Bila terasa tumpuan mula terganggu, tidak segera berta'uz (aku berlindung dengan Allah SWT).
# Kurang mendekati ahli ilmu.

Program latihan terancang (cara mengatasi waswas):

# Hendaklah menyediakan diri mengikut perintah Allah
# Ingatlah Allah memberikan kemudahan dan keluasan hukum ke atas
hambanya bagi melaksanakan ibadat.
# Pada permulaan latihan bolehlah diikuti yang amal betul untuk
beribadat.
# Selepas penyakit was-was hilang mulalah beribadat mengikut hukum yang
betul.
# Laksanakan yang wajib dan ditambah yang sunatnya.
# Hendaklah sentiasa mendampingi guru yang murshid (diterima)

Mengubati penyakit waswas. Selain daripada dinyatakan, antara ikhtiar
mengubati penyakit was-was itu ialah :

# Mengekalkan membaca al-Quran. Apabila tiba ayat sujud yang ada pada
15 tempat di dalam al-Quran hendaklah dilakukan sujud tilawah.

# Amalkan sebelum tidur membaca surat al-Ikhlas, al-Falaq, al-Naas,
al-Fatihah dan ayat al-Kursi, tiga kali kemudian hembuskan ke tapak
tangan lalu diusapkan ke seluruh badan.

# Amalkan sebelum tidur, aku berlindung dengan kalimat Allah yang
sempurna dari kemurkaan dan balasan dan daripada kejahatan orang dan
kehadiran syaitan dan juga setelah bangun dari tidur.

# Bila terasa di dalam hati sesuatu yang mewaswaskan, baca: "Aku
berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui daripada
Syaitan yang direjam" tiga kali dan isyarat ludahlah di sebelah kiri.

# Bila memulakan sembahyang bacalah surah an-Naas.

# Baca surat Ghafir (al-Mu'min) sebelum tidur dan ketika berbaring dan
tidur banyakkan membaca selawat ke atas Rasulullah SAW hingga tertidur.

# Tidurlah dalam keadaan badan yang suci.

# Bangun tidur, puji dan ingatlah Allah serta pohonkan perlindungan
Allah daripada tipu daya syaitan.

# Amalkan membaca dua ayat akhir surah al-Baqarah, dua ayat akhir surah
at-Taubah dan empat ayat terakhir surah al-Hasyr, pagi dan petang.

# Tambahkan ilmu dan beramalah dengan ilmu yang dipelajari - ilmu itu
mestilah bersumber kepada al-Quran dan al-Hadis.
 
Bila lihat orang menunaikan haji teringat perasaan sewaktu melakukan ziarah umrah boleh bayangkan dan rasakan apa yang bakal haji ini rasakan ...ermm satu perasaaan yang tak boleh diceritakan seperti orang yang rasa bagaimana manisnya madu nak diceritkan begitu sukar sekali.
Sewaktu disana hati senang kepala lapang lupa dunia sebentar yang ingat hanya mengerjakan ibadat setiap ruang masa diisi dengan membuat amal ibadat, memang rasanya kalau boleh tak nak kembali ke Malaysia ermm tu lah antara nikmat yang dapat dirasakan.
Kepada rakan2 sekalian ada kemampuan pergilah ziarah mungkin menunaikan haji perlukan masa tetapi untuk zairah umrah serendah RM3500 sahaje hand phone pun lagi mahal kalau setahun sampai tukar 2 ..3 kali..dari tukar hp selalu baik digunakan untuk tambang ziarah umrah lebih2 diwaktu bertenaga dan muda sekurang2 berada diumur pertengahan kita sudah melihat dengan mata kepala sendiri dan menziarah apa yang kita kiblatkan dari kecil hingga sekarang ni. Insyallah.
 
Tahun lepas, angah dan isteri dah buat aji..
4/12 nnti, giliran along pulak..
niat tu ada, insyaallah sampai nnti serunya..
 
Tahun lepas, angah dan isteri dah buat aji..
4/12 nnti, giliran along pulak..
niat tu ada, insyaallah sampai nnti serunya..

seruan labbaikallah hum malabbaik tu sentiasa terngiang2 di kotak fikir dan bercahaya di hati...semoga Allah melapangkan masaku untuk ke sana suatu hari 6t...bertuahlah sesiapa yg dpt menunaikannya semasa tubuh badan ni masih walafiat...

suatu ari 6t, pasti ajex akan ke sana jua...
insya-Allah. :D :D :D
 
Terima kasih Ajex..

Alhamdullillah...Syukur ke hadratmu ya Rabbi...Ajex telah menerangkan dengan terperinci hal-hal haji..jelas macam kursus haji juga..
Semangat Ajex berkobar-kobar menunggu jemputan Allah ke Baitullah.
Inilah yang kita harapkan dari orang muda macam Ajex ini. Bila dah kumpul banyak duit hasil memorex atau dari sumber-sumber halal yang seadanya...eloklah tunaikan rukun islam ke 5 itu.
Aper-aper pun kawan2 pergilah daftar haji sekarang...kalu banyak duit pergilah dengan swasta..tapi jangan nak cepat pulang, tinggallah di sana dengan sepuasnya...di sana kita dapat mengenali diri kita...dapat merasakan nikmat hidup ini...InsyaAllah..
Labaikallah hum malabaik..labaikala sari kala kala baik..innalhamda wal nikmata lakawalmulk..la sarikalah...

Syabas Ajex..:)cgrock
 
Sebelum pegi haji, pastikan sumber rezeki kita, duit kita dari sumber yg halal. Kalau dari sumber yg haram, padah akibatnya.

Nak cerita pasal orang kampung mak sedara aku satu blok yg pegi haji tahun lepas. Kg mak sedara aku adalah perkampung Felda yg terletak di negeri Johor. Tak payahlah sebut nama daerah apa, kampung Felda apa. Aib.

Kisahnya, seorang peneroka ni diberi tanggungjawab sebagai kontraktor oleh pejabat Felda utk menguruskan ladang tanaman sawit milik peneroka yg menjadi peserta Felda dan menyerahkan semua urusan ladang sawit kepada Felda. Hamba Allah yg dpt hak jadi kontraktor ni telah melakukan kerja secara tidak amanah apabila mencuri hasil sawit peneroka Felda, kemudian menjualnya di kilang swasta dan hasil duit jualan tu dimasukkan poket.

Sepatutnya, dia dan pekerja dia mengerjakan semua ladang sawit seperti membaja, meracun, bersihkan ladang, kait sawit, angkat dan jual ke kilang milik Felda. Hasilnya akan dibahagi antara peneroka dan hamba Allah kontraktor tadi ni. Tapi, kontraktor ni kelepet hasil sawit peneroka. Separuh dari jumlah buah sawit dijual ke kilang Felda dan hasilnya diberi kepada para peneroka, dan separuh lagi dia ambik (Curi/Kelepet) dan jual ke kilang lain dan dia kaut masuk poket duitnya. Akhirnya, mak sedara aku dan peneroka lain cuma dpt pendapatan hasil sawit bulan2 seribu lenih jer. Sedangkan sawit tgh naik harga. Peneroka Felda lain boleh dapat 2 ribu, 3 ribu yg 5 ribu lebih sebulan pun ada.

Dia pegi haji dgn duit haram tulah. Akhirnya, bila dia balik ke kampung, dia ceritakan semua keburukan-keburukan di Makkah, keburukan Madinah dan keburukan Masjidil Haram. Dia siap cakap depan mak sedara aku yg dia serik, panas tak mau pegi haji lagi. Makanan semua tak sedap, tak tahan ramai orang, panas giler. Walaupun dah balik haji, dia tetap masih tak kenyang-kenyang makan duit haram hasil dari mengkelepet duit sawit peneroka Felda.

Jadi, kat dunia lagi Allah SWT dah bagi balasan. Sekarang ni dia tetap rakus makan duit haram. Pihak Felda sendiri takut nak ambik tindakan menamatkan kontrak dia sebagai kontraktor angkat sawit lagi. Saat ini dia masih lagi kelepet duit hasil sawit mak sedara aku dan peneroka lain. Skrg dia dah beli keta BMW 5 Siri & Mercedes-Benz C Class. Sblm ni dia dah ada Mitsubishi Pajero & Toyota Harrier. Rumah dia memang macam orang kaya. Aku harap orang ini akan pecah perut dia dan mati di rumahnya. Aminn Ya Allah Amin Ya Rahmaan Amin Ya Rabbal Alamain. Dia telah menganiaya dan mengmbil harta saudaranya yg lain secara batil.
 
Akupun teringin sesangat nak ke tanah suci tu. orang citer duduk di sana sgt tenang dan damai. di Madinah ada makam Rasulullah. di Makkah ada Baitullah. sejarah lampau menjadikan kita terlalu kecil di hadapan-NYA.
 
insyallah aku pun akan berangkat pada 9dec ni moga2 dapat hj mabrur
 
mai kt sama2 doakan supaya dia kembali ke jln yg benar dan d redhai Allah amin
 
Tahniah Ajex kerana membuka thread ni. Pelaburan yg cukup bijak!
 
Back
Top
Log in Register