BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hairan Tapi Tak Pelik

dno

Junior Member
Messages
82
Joined
May 8, 2010
Messages
82
Reaction score
13
Points
11
“Mungkin apa yang saya tulis ni orang lain tak pelik pun atau mungkin kat tempat kau orang tak jadi macam ni pun….”

Tak tau lah saya keadaan ni orang lain perasan ke tak atau mungkin hanya di “KELANTAN ” je, jadi macam mana orang yang luar dari Kelantan terasa akan keadaan ni

Apa yang saya maksudkan ialah dengan keadaan perniagaan (online biz saya tak pasti tapi, sales saya kat lelong memang drop habis) pada tahun ni,

Sebernarnya pergerakan hasil jualan ni saya dah perhatikan dari tahun 2005, lagi, dari apa yang saya perhatikan setiap tahun jualan sentiasa dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menyebabkan hasil jualan berkurangan terutamanya selepas Hari raya Aidilfitri dan juga Aidiladaha (sebab kat kelantan kebanyakannya orang Islam) , selepas musim permulaan sekolah, dan yang terbaru saya perhatikan bila tiba musim cuti sekolah (ni fdisebabkan oleh terlampau banyak jemputan kenduri kawin)

Dan setiap tahun pergerakan nya berubah ;

•Tahun 2005 jualan mula pulih dalam bulan Mac
•Tahun 2006 pun lebih kurang sama je
•Tahun 2007 menampakan peningkatan pada bulan April
•Tahun 2008 penghujung bulan April
•Tahun 2009 mula pulih pada bulan Mei
•Tahun2010 sepatutnya pulih selewat lewatnya penghujung bulan Jun “TETAPI”
TETAPI nampaknya jangkaan saya meleset sama sekali, yang berlaku adalah sebaliknya…..

Tahun 2010 (tahun ni la tu) hasil jualan kembali merosot bermula dari bulan JUN, pada awalnya saya ingantkan saya je yang mengalami masalah ni, tapi setelah bertanyakan dengan beberapa orang kawan yang juga peniaga rupanya mereka pu sama je…

Dan yang lebih meyakinkan saya ialah bila saya bertanyakan hal ni kepada kenalan saya yang merupakan Pengurus (Untuk negeri Kelantan) Restoran Makanan segera yang memang terkenal di negara kita. Rupanya mereka juga menghadapi masaalah yang sama kecuali pada 2009 jualan mereka menurun akibat kempen anti ISRAIL (rupanya teruk jugak kesan kempen tu)

Nak dikatakan ini merupakan kesan daripada harga petro dan barangan keperluan lain yang meningkat, saya rasa tidah sebab kerana jika nak dibandingkan kenaikan harga petrol pada 4 Jun 2008 yang telah naik secara mendadak sehingga 41 % bagi petrol dan 63.3 % bagi disel kesan nya tidak la sehebat ini…..

Jadi kalau ada sesapa yang tahu dan mengalami keadaan yang sama di tempat mereka, mungkin anda boleh berikan komen atau ulasan….
 
Back
Top
Log in Register