BTC USD 81,669.1 Gold USD 4,101.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

hadis bimbingan, kearah mencari reda Allah

abdul_ir

Super Active Member
Messages
6,741
Joined
Mar 26, 2009
Messages
6,741
Reaction score
37
Points
70
1)Niat:Permulaan segala amal

Daripada Amrul Mukminin Abu Hafs Umar bin al Khattab r.a, aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: "sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijarah itu."

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Keterangan:-
-Amalan hanya diambil kira jika disertai dengan niat. Apa yang dimaksudkan dengan amalan ialah segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh mukallaf sama asa fardu atau sunat; sedikit atau banyak.
-Hijrah ialah meninggalkan sesuatu kepada sesuatu yang lain. maksudnya dalam syarak ialah meninggalkan larangan Allah s.w.t.

(Tuhfah al-Ahwazi)

2)Balasan mengkhianati ilmu

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang sengaja membuat pendustaan ke atasku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka."

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Keterangan:-
-Pendustaan ialah memberitahu sesuatu yang bercanggah dengan hakikatnya yang sebenar.
-Walaupun oarang yang tidak sengaja membuat pendustaan tidak berdosa, tetapi berkemungkinan ia berdosa dengan memperbanyakkan kesilapan. Ini kerana, memperbanyakkan kesilapan adalah suatu kesalahan.

(Fath al-Bari)

3)Kewajipan meyampaikan ilmu

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda :"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu 'ayat'dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa."

(Riwayat al Bukhari)

Keterangan:-
-"Ayat":Bermaksud nasihat atau pedoman yang membezakan perkara yang baik dan buruk.
-Nabi s.a.w telah menegah daripada menceritakan tentang Bani Israil ketika hukum-hakam islam dan tapak agama belum kukuh, kerana dikhuatiri fitnah. Apabila tiada lagi perkara yang perlu dikhuatiri maka diizinkan agar boleh diambil iktibar.

(Fath al-Bari)

4)Faedah menyampaikan ilmu

Daripada Zaid bin Thabit r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
"Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kamii lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya."

(Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi)

Keterangan:-
-"Menyerikan":Mengelokkan akhlak dan meninggikan darjat.
-Hadis ini menunjukkan wajibnya menuntut ilmu(tafaqquh), bersungguh-sungguh mengkaji makna hadis dan merumuskan perkara yang tersingkap disebalik suatu hadis.

('Aun al Ma'bud)

5)Tiada pengecualian menuntut ilmu

Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.,"Menuntut ilmu adalah wajib keatas setiap Muslim."

(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)

6)Ilmu asas kebaikan

Daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: " Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan:-
-Tiada kebaikan bagi orang yang tidak memahami dan mempelajari kaedah-kaedah dan perkara cabang di dalam agama Islam.

7)Keutamaan menuntut ilmu

Daaripada Sa'ad bin Abu Waqqas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu ialah warak."

(Riwayat al-hakim)

Keterangan:-
-"Kelebihan ilmu":Ialah menambah ilmu lebih disukai dan lebih utama daripada menambah ibadat
-Warak ialah meninggalkan perkara syubhah (terdapat kesamaran) atau suatu yang diragukan; ataupun meninggalkan sesuatu kerana khuatir terjebak kepada suatu kejahatan yang lain. manakala takwa ialah meninggalkan perkara haram.

(Penyusun)

8)Warisan yang menguntungkan

Dariapada Abu darda' r.a., nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris nabi. nabi-nabi pula tidak mewariakan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagan yang banyak dan sempurna."

(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Keterangan:-
-"Dinar dan dirham": perkara dunia
-Para nabi tidak mengambil perkara dunia melainkan sekadar keperluan sahaja.
-"siapa yang mengambilnya":Boleh juga difahami dengan erti perintah daripada Nabi s.a.w., iaitu siapa yang mengambilnya hendaklah dengan banyak dan janganlah merasa cukup dengan sedikit.

(Tuhfah al-Ahwazi)

9)Ketinggian darjat orang yang berilmu

Daripada Abu Umamah al-Bahili Rasululllah s.a.w bersabda,"Kelebihan seorang yang berilmu dengan seorang abid adlah seperti kelebihanku dengan orang paling rendah darjatnya dikalangan kamu."

(Riwayat al-Tirmizi)

10)Ganjaran menyampaikan ilmu

Daripada Abu Umamah al-Bahili Rasululllah s.a.w bersabda,"Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli(penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus(meliputi seluruh haiwan di darat dan laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia."

(Riwayat al-Tirmizi)
 
Last edited:
T.kasih tt..info yg berguna
 
T.kasih tt..info yg berguna

sama sama..sambil2 baca baik taip kat sini, harap2 dapat ingat kalau sambil taip kat sini..harap usaha ni tak hangat2 taip ayam..
hadis ni diambil dari 300 hadis bimbingan kearah mencari reda Allah oleh Zahazan Mohamed dan Ahmad Hasan Mohd.Nazam
 
Back
Top
Log in Register