Arak hadiah pukul isteri paling kerap
TORORO (UGANDA): Keganasan terutama terhadap wanita dan kanak-kanak semakin menjadi-jadi di daerah ini, malah muncul gejala baru di mana lelaki akan bertanding untuk memukul isteri mereka semata-mata bagi mendapatkan hadiah berupa arak.
Sekumpulan pemabuk di beberapa tempat di daerah Tororo kini memperkenalkan pertandingan memukul isteri dengan tawaran hadiah 'waragi' iaitu sejenis arak tempatan.
Pengurus Kanan Operasi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), The Mifumi Project, Grace Lwanga, ketika mendedahkan perkara itu dalam pertemuan dengan organisasi Action Aid, baru-baru ini berkata kumpulan lelaki 'tidak bertamadun' di beberapa kawasan di daerah itu menawarkan waragi dalam kuantiti berbeza kepada lelaki yang memukul isteri mereka.
"Dalam pertandingan itu, kami mendapati bahawa lelaki yang memukul isterinya paling kerap bagi malam tertentu akan diberi sebotol waragi. 'Pemenang' kedua dan ketiga mendapat botol lebih kecil," katanya.
Lwanga memberitahu akhbar Sunday Monitor, bahawa kawasan paling teruk terjejas adalah Kirewa, Paya dan Mukuju.
"Apabila The Mifumi Project memulakan perjuangannya menentang keganasan domestik di kawasan itu, daerah Kirewa didapati mendahului dalam gejala itu. Bukan mudah menentangnya, tetapi kami berusaha keras dengan bantuan polis dan pemimpin masyarakat yang sensitif," katanya.
Beliau, bagaimanapun, berkata, bukti kukuh bagi membawa kegiatan itu ke muka pengadilan sukar diperoleh kerana ada pemimpin setempat menerima rasuah daripada lelaki terbabit untuk menghapuskan bukti.
P/S: siot jer laki cam nie taw....hampeh tul...

