Hadiah tunang kereta RM1 juta

CG Sponsors




NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,164
Reaction score
1,041
Points
1,101
MAJLIS pertunangan di antara jutawan Dr Che Rozmey Che Din, 39, dan pasangannya, seorang pelakon baru, Nurzuraifa Zulkifli atau Effa menarik perhatian umum.

Bukan kerana pasangannya seorang artis sebaliknya kerana hadiah sebuah kereta mewah Mercedes Benz dianggarkan bernilai RM1 juta yang bakal diberikan kepada tunangnya itu sebagai hadiah pertunangan.

Pasangan ini dijangka akan melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Al- Mustakin, Jitra, Kedah pada 5 Disember depan. Berikutan pendedahan hadiah tersebut di media, pelbagai reaksi diterima. Ada yang menganggap Dr Rozmey sengaja mahu menarik perhatian ramai dengan menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki.

Mengulas tentang perkara tersebut, Dr Rozmey memberitahu apa yang dilakukannya itu adalah ikhlas dan tidak mempunyai niat lain. Ia tidak lebih daripada hadiah pemberian sebagai tanda penghargaan kepada bakal isteri yang sudi untuk berkongsi hidup dengannya selepas ini. Namun, apabila hal ini diperbesarkan dan menjadi cakap-cakap orang, Dr Rozmey terpaksa membuat penjelasan.

“Hadiah itu saya mampu dan diberikan untuk orang yang saya sayang. Jadi tidak perlulah dipersoalkan hal ini,” ujarnya ringkas dan penuh makna. Sememangnya Dr. Rozmey mampu. Ini kerana doktor yang asalnya mempunyai kepakaran dalam bidang perbidanan dan sakit puan ini merupakan seorang usahawan yang bertaraf jutawan.

Beliau telah berjaya membangunkan pusat perubatan sendiri selain menjadi pengasas kepada produk kesihatan yang terkenal, Jus Diet Mate 5. Anak kelahiran Kuala Krai Kelantan ini merupakan CEO Jitra Specialist Centre Sdn Bhd, CEO Jitra Medical Centre Sdn Bhd, CEO Herba Prima Marketing Sdn Bhd dan mempunyai kepentingan dalam sebuah syarikat pengedaran kereta mewah.

“Alhamdulillah, semuanya rezeki yang Tuhan bagi berkat kerja keras saya selama ini. Kini saya sedang memburu cita-cita untuk bergelar ‘billionaire’. Bukan untuk diri saya sahaja, tetapi untuk keluarga, kakitangan yang bekerja dengan saya dan masyarakat setempat. Ini kerana rezeki ini akan saya kongsi dengan mereka juga,” katanya.

Mengulas tentang ciri-ciri bakal isteri yang telah menambat hatinya itu, bapa kepada tiga orang anak ini memberitahu, gadis 20 tahun itu mempunyai banyak persamaan dengan arwah isterinya, Allahyarham Noor Halawiyah Abdullah Shukri yang terbabit dengan kemalangan jalan raya pada 25 September yang lalu

“Saya tidak tahu, Effa kenal rapat dengan arwah semasa hayatnya. Bila berkenalan dengannya, barulah saya tahu cerita itu semua. Patutlah saya tengok dia mudah mesra dan senang mendekati anak-anak saya.

“Jadi, saya tidak mahu mempedulikan apa yang orang nak kata. Apa yang penting, saya tahu Effa adalah wanita yang akan berada di sisi saya dan memberi sokongan kepada perjuangan dan misi saya untuk terus menempa kejayaan selepas ini,” katanya penuh yakin...


adess....ayam muda tu..
 
Sponsored Post

fareast262

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2007
Messages
4,010
Reaction score
7
Points
25
rezki orng ppuan dpt duda kaya.....
dahsyat jugak tu....baru tunang mers sebijik, klu kawin mustang sebijik kot...zakat tu bayar ke tue....heheheh
 

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
mak uihhh..
keto dborinya..
pastikan geran atas nama laki tu..
klu xjd mnyesal gak..
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
da dier mampu.

bkn dier mtk dwet org. :)cgrock
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,686
Reaction score
359
Points
131
elok ler tu.... mula hadiah 1 juta.... pastu 1 tahun dah cerai :(scam
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
alang2 da 1 juta tu
baik trus kawin je
 
Sponsored Post
Top
Log in Register