BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadi dakwa PAS pernah ditawar AS perjatuh kerajaan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

Hadi dakwa PAS pernah ditawar AS perjatuh kerajaan​

920fd9bc-e18b-48cf-97b8-cd5180c8a5c3-Hadi-Awang-Muktamar-050926.jpg

Presiden PAS Hadi Awang, berkata pihak Kedutaan AS ada bertanya siapa akan menjadi perdana menteri jika kerajaan memerintah ditumbangkan.

Katanya, perkara itu berlaku ketika lawatan bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia pada 2014, apabila beberapa pemimpin PAS dijemput bertemu di Kedutaan AS.

Beliau berkata, Takiyuddin Hassan dan Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan setiausaha politiknya ketika itu pergi ke kedutaan berkenaan bagi mengadakan pertemuan.

“Saya nak cerita, masa Obama datang melawat ke Malaysia, masa itu kita masih lagi dalam gabungan, parti-parti, kita diajak berjumpa di Kedutaan Amerika.

“Kita atur Takiyuddin dengan Samsuri, setiausaha politik saya masa itu. Dia (pihak AS) nak ajak bincang, sanggup nak jatuh kerajaan, nak ambil alih kerajaan Amerika sanggup tolong,” Hadi berkata demikian ketika menceritakan pengalaman itu semasa ucapan penggulungan sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

Hadi berkata, dua pemimpin PAS berkenaan bagaimanapun tidak terpengaruh dengan tawaran tersebut dan kekal dengan pendirian parti untuk menolaknya.

“Alhamdulillah dua-dua orang kita ini istiqamah, sebab tak nak terpengaruh,” katanya,

Katanya, selepas pertemuan terbabit duta AS meminta bertemu dengannya dan beliau memenuhi permintaan itu bersama Mustafa Ali.

“Duta Amerika minta nak jumpa saya, saya pun tak apalah. Pergi dengan Mustafa Ali…kita berjumpa. Duta Amerika berjumpa, dia tanya apa? Dia tanya siapa PAS cadang jadi perdana menteri?

“Saya kata, siapa Amerika setuju? Tergamam dia, itu jawapan daripada saya. Saya cerita kepada (Dr) Mahathir (Mohamad), Mahathir kata bagus,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin mengesahkan perkara tersebut, sambil menegaskan pihaknya menolak campur tangan asing berkait politik negara.

“Wakil daripada kedutaan tanya, adakah PAS merancang menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa itu? Jadi, kami tak tak bagi apa-apa keputusanlah kerana kita tidak mengharapkan ‘interference’ daripada negara luar.

“Sebab politik negara kita, negara kitalah, tak boleh campur tangan luar. Kalau parti lain nak campur tangan luar nak menjatuhkan itu ikut merekalah, kami tidak, kami tidak,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register