BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Had minimum hartanah kepentingan asing RM1j seunit

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUALA LUMPUR - Had minimum perolehan hartanah oleh kepentingan asing dinaikkan kepada RM1 juta seunit berbanding RM500,000 sebelum ini, berkuat kuasa esok, kata Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Di negeri selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tarikh penguatkuasaan sebenar tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa masing-masing, kata EPU dalam satu kenyataan.

Unit itu berkata, langkah itu dilaksanakan oleh kerajaan untuk menstabilkan harga hartanah daripada spekulasi berlebihan dan memberi peluang kepada kepentingan tempatan untuk membeli hartanah berkualiti bernilai kurang daripada RM1 juta seunit, terutama unit kediaman.

Garis Panduan Perolehan Hartanah oleh EPU itu mula dikuatkuasakan pada 30 Jun, 2009 bagi menggantikan Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing yang dimansuhkan.

Garis panduan itu bertujuan mengawal pemilihan hartanah oleh kepentingan asing di Malaysia.

Antara syarat dalam gsris panduan itu ialah had minimum perolehan unit kediaman dan komersil, tanah perindustrian dan pertanian oleh rakyat asing. - Bernama
 
johor dah ikut belum? ingatkan 1hb jan haritu semua automatik ikut....
 
Back
Top
Log in Register