BTC USD 79,899.5 Gold USD 4,349.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hacker

Ketiadaan Sambungan Internet Pada 8 Mac?

Sambungan internet mungkin akan terputus pada 8 Mac 2012 ini apabila sejenis virus yang digelar sebagai DNSChanger Trojan telah menjangkiti komputer-komputer dari 100 buah negara.

Virus tersebut dikatakan akan menyalurkan pengguna ke pelayan palsu, dan kemudian menghantar mereka ke laman web yang tidak diingini, dan kadangkala ke laman yang menyalahi undang-undang.

Kesan utama jangkitan ini ialah ia telah menyebabkan pelayar web dihantar ke laman web palsu dengan menukar apa yang dipanggil sebagai DNS pada tetapan internet komputer.Domain Name System (DNS) merupakan tulang belakang skim alamat Internet dan pelayan DNS merupakan komputer-komputer di seluruh dunia yang bertindak sebagai polis trafik Internet, yang akan menghalakan anda kepada laman web yang anda ingin lawati.

no%2Binternet%2Bconnection.jpg



Pengguna Windows dan Mac berisiko dijangkiti virus ini kerana ia tidak menyebarkan 'dirinya' ke dalam komputer, sebaliknya hanya menjangkiti pelayar web. Berikut adalah beberapa DNS yang digunakan oleh DNSChanger Trojan:

64.28.176.1 - 64.28.191.254
67.210.0.1 - 67.210.15.254
77.67.83.1 - 77.67.83.254
85.255.112.1 - 85.255.127.254
93.188.160.1 - 93.188.167.254
213.109.64.1 - 213.109.79.254

Untuk memeriksa sama ada pelayar anda dijangkiti atau tidak, sila ke DNS-OK.

Kenapa 8 Mac 2012?

Virus ini sebenarnya telah ditemui sejak tahun 2007 lagi. FBI telah mendapat perintah dari Mahkamah untuk menubuhkan rangkaian DNSChanger Command & Control sementara. Perintah ini akan tamat pada 8 Mac 2012, dan melainkan FBI mendapatkan perintah untuk melanjutkan tempoh operasi rangkaian sementara ini, ia akan dimatikan. Ini akan menyebabkan berjuta-juta komputer tidak akan dapat mengakses internet akibat bergantung kepada DNS yang dijangkiti tersebut.
 
Is It Really You In This Picture? [Virus]

Nampaknya culprit Black Hat atau penggodam tidak beretika ketika ini aktif menyerang pengguna E-mel Yahoo dengan menghantar sejenis virus yang digabungkan ke dalam gambar.

Nasib pengguna E-mel Yahoo agak baik apabila pengimbas virusnya dapat mengesan virus tersebut dengan baik. Mr.Hac sendiri cuba untuk 'melihat' apa yang terjadi apabila virus itu cuba untuk di muat turun, dan hasilnya adalah seperti gambar di bawah:

Virus%2BE-mail.jpg


Kepada pengguna E-mel Yahoo, jangan sekali-kali terpedaya dengan E-mel seperti ini. Jika ia masuk ke dalam inbox, sila padamkan ketika itu juga. Penjenayah siber tidak akan berhenti selagi matlamatnya tidak tercapai.
 
Hacker Evolution Duality

Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca Hackers!.

Memandangkan saya ni masih di tahap remaja, jadi game sudah tentu menjadi kegemaran saya. Hehe. Pada hari ini saya akan memperkenalkan antara game yang saya minat. Iaitu "Hacker Evolution Duality". Game ini bertemakan adventure.

Permainan ini adalah simulasi kepada permainan penggodaman(hacking). Permainan ini berkisarkan seorang programmer yang hebat iaitu Brian Spencer cuba untuk menghentikan Artificial Intelligence dari terus beroperasi yang merupakan hasil ciptaan beliau. Beliau ingin mengambil alih syarikat itu secara senyap tanpa di sedari orang lain dan ingin mengawal sepenuhnya syarikat tersebut yang pada suatu ketika dahulu adalah miliknya.

Anda perlu menggodam sesebuah komputer dengan menggunakan pelbagai alat, dari cracker firewall yang asas sehinggalah sistem suara pengesahan yang canggih. Anda juga perlu mencuri wang untuk membiayai bagi melaksanakan objektif anda, membeli alat-alat yang untuk menaiktaraf peralatan sedia ada atau merasuah penggodam lain yang turut bermain dalam permainan ini. Anda perlu melepasi sistem keselamatan yang kompleks untuk membolehkan anda masuk kedalam bangunan tersebut dan mencuri data yang berkaitan. Anda juga boleh memerangkap mereka bahkan membunuh mereka dengan memerangkap mereka dengan cara yang bijak. Anda tidak keseorangan dalam permainan. Penggodam lain yang telah dikawal oleh Artificial Intelligence, tidak akan berhenti dari cuba untuk memusnahkan anda.

Permainan ini mempunyai mod pemain perseorangan atau tunggal(single player mode) di mana anda mengikuti cerita permainan dan mod dunia terbuka(open world mode), di mana anda akan bermain deathmatch dengan penggodam lain di luar sana.

System Requirements:
PC
Operating System: Windows XP / Vista / 7
Processor: 1 GHz CPU or faster
Memory: 1 GB RAM
Harddrive: 100 MB free disc memory
Graphic Card: OpenGL compatible video card
DirectX®: 8.0
Sound Card: DirectX compatible sound card
Mac
Operating System: OS X 10.5.8, OS X 10.6.3 or later
Processor: 1 GHz CPU or faster
Memory: 512 MB RAM
Harddrive: 200 MB free disc memory
Graphic Card: 32 MB graphic card


Ini adalah review Hacker Evolution Duality.
http://www.youtube.com/watch?v=-ZX8ryx5wIo&feature=player_embedded

Ini pula adalah screenshot nya.
HackerEvolutionDuality-4.jpg
HackerEvolutionDuality-2.png

56766.png


Sebenarnya Hacker Evolution Duality bukanlah game simulasi penggodaman yang pertama di keluarkan. Sebaliknya terdapat dua lagi game hacker evolution yang terdahulu iaitu Hacker Evolutionhttp://www.exosyphen.com/page_hacker-evolution.html dan Hacker Evolution Untoldhttp://www.exosyphen.com/page_hacker-evolution-untold.html

Link untuk memuat turun game ini ada di sinihttp://lanunbay.org/s/?q=hacker+evolution&category=0&page=0&orderby=99. Ianya adalah torrent. Jadi sesiapa yang tidak tahu bagaimana untuk memuat turun game tersebut melalui torrent ini, anda boleh rujuk di video ini. (utorrent and the pirate bay tutorial)http://www.youtube.com/watch?v=vSs2B6TyzFs&feature=related

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh boleh klik di Hacker Evolution Duality. Sekian Terima Kasih.

UPDATE DOWNLOAD LINK:Jumbofiles.http://jumbofiles.com/iawl8bpkhna6
 
rasa macam tau web mr.hac ni..
tapi dah takleh buka ler..
 
rasa macam tau web mr.hac ni..
tapi dah takleh buka ler..

cik aYala,

saya boleh masuk cam biasa, entah ler, mungkin add baru kot? tak pun, dia dah tukar nama baru, nak link dia?
 
Is It Really You In This Picture? [Virus]

Nampaknya culprit Black Hat atau penggodam tidak beretika ketika ini aktif menyerang pengguna E-mel Yahoo dengan menghantar sejenis virus yang digabungkan ke dalam gambar.

Nasib pengguna E-mel Yahoo agak baik apabila pengimbas virusnya dapat mengesan virus tersebut dengan baik. Mr.Hac sendiri cuba untuk 'melihat' apa yang terjadi apabila virus itu cuba untuk di muat turun, dan hasilnya adalah seperti gambar di bawah:

Virus%2BE-mail.jpg


Kepada pengguna E-mel Yahoo, jangan sekali-kali terpedaya dengan E-mel seperti ini. Jika ia masuk ke dalam inbox, sila padamkan ketika itu juga. Penjenayah siber tidak akan berhenti selagi matlamatnya tidak tercapai.

serius...aku mmg perasan virus ni menyerang email aku dlm 30-40 spam total dlm seminggu, mmg mcm2 ayat menggoda suruh aku download gambar dlm attchment tu...shiity man nasib aku delete je...
 
Back
Top
Log in Register