BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Habuan kaki pancing

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Asas Tani, Zaidy Abdul Talib (dua, kanan) bersama Md Zali (kanan) melepaskan ikan di Tasik Shah Alam, semalam.
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Hadiah bernilai lebih RM100,000 menanti peserta dalam Pertandingan Memancing GP Selangor di Taman Tasik Shah Alam, Ahad ini.

Pengarah Urusan Wakjali Event Management, Md Zali Kasran berkata, penganjur sudah melepaskan satu tan ikan ke Tasik Shah Alam sebagai persediaan.

“Program pelepasan ikan ini adalah sebagai tambahan kepada ikan sedia ada di Tasik Shah Alam yang sudah terbina sejak 40 tahun lalu.

“Penganjur turut mengadakan forum memancing pada Sabtu malam dan acara untuk kanak-kanak turut diadakan.

“Pertandingan anjuran kerajaan negeri ini turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan menawarkan hadiah juara RM40,000 yang akan membawa pulang Proton Saga, kedua RM8,000 dan ketiga RM3,000.

"Tempat keempat hingga 10 masing-masing bakal menerima RM1,000. Yuran yang dikenakan pula hanya RM60 ,” katanya kepada Sinar Harian selepas melepaskan satu tan ikan ke dalam Tasik Shah Alam, semalam.

Menurutnya, acara ini program tahunan yang diadakan sejak 2012 dan Tasik Shah Alam tempat bagi siri akhir bagi setiap tahun.

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh menghubungi pengurus acara, Rosli Che Mat di talian 013-3838655.
 
dapat kereta tu

ak dh bape kali masuk lawan mancing ni. ikan ak dapat alahai xlepas pun nak pg hantar timbang haha. hamper je dapat 2kali
 
marah kp pertanian tgk ni weh...lesen pancing tak jadi
 
Back
Top
Log in Register