BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Guru tadika maut digilis lori

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201
Guru tadika maut digilis lori
FB_IMG_1635902349351.jpg
FB_IMG_1635902351495.jpg
FB_IMG_1635902353492.jpg
FB_IMG_1635902355458.jpg

KEMAMAN – Seorang guru tadika wanita maut selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan lain dipercayai lori di Kilometer 152, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhadapan Masjid Sultan Ahmad, Chukai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Qurratu Aini Mohd Azlan, 22, maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, motosikal dinaiki Nur Qurratu Aini dipercayai bergesel dengan sebuah lori sebelum dia terjatuh ke atas jalan raya.

“Mangsa kemudiannya dipercayai digilis hingga maut oleh lori berkenaan.

“Begitupun, kenderaan berat itu tidak menghentikan kenderaan sebaliknya meneruskan perjalanan dipercayai menghala ke pusat bandar (Chukai),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, siasatan lanjut untuk mengenal pasti lori terlibat dan punca sebenar kemalangan sedang giat dilakukan.

Beliau meminta orang awam yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut berkenaan agar tampil untuk membantu siasatan polis. – K! ONLINE

Gambar: Media sosial
 
Takziah. Alfatihah

 
Back
Top
Log in Register