BTC USD 81,618.2 Gold USD 4,119.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru Maut Kemalangan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,796
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,796
Reaction score
7,754
Points
916
26.12.2018 - Dungun, Seorang guru wanita maut selepas kereta yang dipandunya merempuh pembahagi jalan di Kilometer 362.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Bukit Besi, di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9.30 pagi itu, Noraini Mohd, 34, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kereta Proton Persona dipandu mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa yang memandu bersendirian tercampak keluar daripada kenderaannya itu.

Pihak berkuasa juga menemui tiga bungkusan kertas jawapan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, ketika kejadian, guru terbabit yang berasal dari Manir, Kuala Terengganu, dalam perjalanan pulang ke Rembau sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

“Mangsa cedera parah di bahagian kepala, patah tangan dan kecederaan dalam badan dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

48418811_2337464073157442_1686785321024356352_n.jpg


48423416_2337464093157440_7744575248783114240_n.jpg


48930726_2337464116490771_7915467633804181504_n.jpg


48988586_2337464133157436_3309374375760756736_n.jpg


49175117_2337464163157433_7371392163273244672_n.jpg
 
Sama ada laju atau mengantuk atau condition kenderaan tidak berapa elok.
Yang aku perasan kalau highway terlalu panjang dan kenderaan jenis Cc biasa
kita bawak pada speed yang rendah kita akan perasan jalan raya tu macam
membengkok dari jauh. jadi kita akann drive secara ke kiri kekanan . patutnya kalau jalan raya tu lurus dduduk straight tengah garis putus2 je.
 
ni bukan lawak,tapi sbg peringatan & keinsafan kita...

lesen hidup sampai tahun 2020,kita sbg owner blum tentu hidup esok...
 
Inalilah, mengantok kot masa memandu.. Semoga Roh beliau tenang disana. Amin.
 
Rakan sekuliah wife aku masa UUM 2004-2007..
 
Back
Top
Log in Register