BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru, Anak Maut Dalam Kemalangan Di RompinÂ

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

Guru, Anak Maut Dalam Kemalangan Di RompinÂ​

749f5f4f95302875ffe81852c228c9d36a89095f5ec22

Kredit: IPD Rompin

Seorang guru dan anaknya maut apabila kenderaan yang dinaiki terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di KM149.9 Jalan Kuantan-Seremban di Rompin semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata kemalangan kira-kira 9.30 malam itu mengakibatkan Kartinie Ngatenan, 46, dan anaknya Muhammad Akif Mohd Azmi berusia enam tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal kemalangan berlaku ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu suami mangsa berusia 47 tahun dalam perjalanan dari arah Seremban, Negeri Sembilan menghala ke arah Felda Keratong di Rompin.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dinaiki keluarga berkenaan dipercayai terlanggar kayu di permukaan jalan menyebabkan hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung di sebelah kanan jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta mengalami kecederaan di bahagian kepala dan menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah.

Sharif Shai berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register