BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru ditahan menyamar polis

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM - Seorang guru sebuah sekolah rendah di Putrajaya ditahan ketika sedang menyamar sebagai polis berpangkat Asisten Superintendan di sebuah hotel bajet di Taman Dengkil Centre Point, Dengkil dekat sini pukul 10.30 malam pada 4 Oktober lalu.

Ketika ditahan, lelaki berusia 36 tahun itu turut memiliki walkie talkie, topi beret dengan lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua pisau, sepucuk pistol tiruan dan kad kuasa yang tertera logo PDRM bersama gambarnya sendiri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, lelaki itu ditahan ketika pasukannya sedang menjalankan Ops Cantas Khas di kawasan itu.

"Sebelum tangkapan, guru tersebut telah mendatangi dua pekerja Bangladesh dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan kita percaya dia cuba untuk menakutkan warga asing itu bagi tujuan tertentu," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Guru tersebut ditahan reman sehingga 11 Oktober dengan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. - KOSMO!
 
wat malu sekolah jea..

tahan bangla????:-?:-?
 
xkan la gaji x cukup lg smpai nak pau org
 
canggih betul orang zaman sekarang tapi kantoi la pulak.
 
dah jadi cikgu teringin plak nak jadi polis..macam2
 
mana buleh hina org kerja cekgu,,,,,tanpa cekgu,,korang sbg lawyer,,akauntan,,,,hakim,,,,majistre..takan jadi,,,perlu sujud tau,,,,
 
ni mesti kes dah terlebih2 buat personal loan sampai paras hidung. pastu mula la meroyan takde duit.
 
guru tu bukan penjawat awam kee...

"Guru tersebut ditahan reman sehingga 11 Oktober dengan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam."
 
Back
Top
Log in Register