BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru dibebani sistem mengarut

kalau nak ikut gaji besar kat malaysia ini lulusan pertanian tau..
 


orang umah aku ader degree 5 tahun jer dah rm 4k
mak aku xder degree maktab jer guru penolong kanan gaji rm5k jer..
mau pusing fakta ka..?
btw, 2 2 kerjer dalam Selangor..
TAPI basic rendah la....
nie sumer termasuk elaun..ELAUN boley ditarik bile2 masa..
contoh: elaun bahasa English...TAPI mak aku kene tarik bini aku tak kene tarik pun lagi (nie aku x faham)ok? soalan lagi..kasik clear sume

dia kata klu fresh graduate la...
klu tahun ptama mngaj0, gaji + elaun lebih kurang rm2800 :)
 
dia kata klu fresh graduate la...
klu tahun ptama mngaj0, gaji + elaun lebih kurang rm2800 :)

kalau takde elaun... kecil jugak.. sama jer dengan kakitangan awam gaji jer xde beza pun kalau tetapi beban kerja yang lebih
 
kawan ak ramai guru tp xde plak bising.myb diorg bersyukur ngn apa y diorg dapat...
 
Mental Terbeban,
Sebelum ini kerajaan telah menguar-uarkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji bebanan tugas guru. Sejak tahun 2010 sehingga 2013, jawatankuasa ini masih belum mengemukakan apa-apa penyelesaian bagi isu ini. Belum pun kerajaan mencari jalan penyelesaian untuk bebanan yang disebutkan sebelum ini, timbul pula bebanan-bebanan baru.

Akhir-akhir ini, guru-guru dibebani dengan pelbagai lagi kerja perkeranian secara online dan bukan online. Jika dulu guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam buku rekod, kini terpaksa menghadap komputer berjam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, dan dan lain-lain lagi. Bayangkan bukan sahaja segala maklumat pelajar di bawah tanggungjawab kami untuk kami isi, malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Kami jugalah yang menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan.

Dengan adanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pula, waktu tidur bukan lagi pukul 11 malam, tetapi pernah sampai pukul tiga pagi saya menghadap komputer. Saya sentiasa tidur lambat untuk menyediakan dan menanda latihan dalam kapisiti yang begitu banyak setiap minggu sejak PBS dilaksanakan. Demam kami dibuatnya. Saya tidak mampu menyiapkan kerja-kerja PBS seperti membina instrument sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak, menyusun dan memasukkan data ke dalam sistem di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan. Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. (160 X 216 = 34,560 data). Selepas dimasukkan dalam sistem, kami terpaksa menggeledah fail untuk memasukkan latihan untuk semua pelajar. Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi ‘internal error.’

Bukan sahaja guru-guru merasai keperitan PBS, malahan pelajar apabila ditanya juga mengatakan, “Ruginya masuk tingkatan satu tahun ini (tahun lepas).” Mereka menunjukkan reaksi muak apabila nampak sahaja kelibat guru. Setiap guru yang masuk selepas sedikit penerangan, akan memberikan latihan sehingga ujian yang mereka hadapi dalam satu hari bertubi-tubi melebihi “input”.

Di sekolah kami berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja ko-kurikulum, mengisi data, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program, menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa disambung sampai ke pagi. Kami bukanlah robot. Dengan pelbagai tugasan ini, bilakah masanya untuk kami membuat persediaan untuk masuk mengajar dan menjadi pendidik yang efektif?

Bila ditanya tentang PBS dan keluar di kaca televisyen, segala komentar yang diberikan nampak positif, tetapi untuk mengetahui hakikat sebenar, turun dan lihatlah sendiri keadaan guru-guru di sekolah yang makin tertekan. Kami rasa benar-benar diper*****kan dengan Dialog: Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang disiarkan pada 20 Februari 2013 jam 10 malam di TV1 kerana seluruh guru di Malaysia tahu situasi yang sebenar adalah sebaliknya.

Kami terfikir-fikir mengapakah kerajaan mengambil sistem PBS yang telah dimansuhkan oleh banyak negara maju? Mengapa kerajaan tidak mengkaji dengan mendalam sistem ini? Di negara maju PBS dilaksanakan kerana bilangan pelajar dalam setiap kelas adalah sedikit, guru dibantu oleh “teacher assistant” tambahan pula silibus pelajaran juga sangat sedikit dibandingkan dengan Malaysia dan di setiap kelas ada fasiliti yang lengkap.

Saya sebagai rakyat Malaysia sedih dengan pembaziran secara besar-besaran dalam perbelanjaan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekejap mahu aplikasi sistem PPSMI, sekejap mahu mansuhkan PPSMI. Ini jugalah yang akan berlaku pada sistem PBS. Apabila pimpinan sudah bertukar, sistem pun akan berubah. Bukankah ini pembaziran namanya. Penukaran buku teks sahaja melibatkan perbelanjaan jutaan ringgit dan ini tidak termasuk kos-kos lain yang lebih besar seperti kursus untuk guru-guru dan lain-lain lagi.

Kasihanilah kami. Di manakah janji kerajaan ingin mengkaji bebanan tugas guru-guru kerana kini bebanan kami bertambah lagi? Kami juga ingin melapangkan masa bersama anak-anak kalau bukan setiap hari pun, sekurang-kurangnya pada hujung minggu kami ingin mengenepikan sebentar kerja-kerja yang berlambak dan keluar makan bersama suami dan anak-anak. Bukankah falsafah pendidikan negara menekankan “berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Kami, guru-guru benar-benar perit dengan apa yang kami terpaksa kami lalui hari ini.

Marilah kawan-kawan sekalian, untuk PRU kali ini kita bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, budaya, latar belakang dan fahaman politik menolak sistem pendidikan sedia ada yang menghempap guru-guru pada hari ini.

Jangan sudah terhantuk baru terngadah, cukuplah dengan rekod kita menjadi antara warga paling ramai mengisi ruangan wad jiwa, marilah kita sama-sama berdoa dengan cara masing-masing agar bebanan yang menghempap di dada kita akan terlepas dengan kejayaan parti pembangkang.

Sampai bilakah kita harus membuat begitu banyak kerja perkeranian, kerja pemfailan, pengisian pelbagai jenis data, penandaan, pengisisan data dan penyusunan beratus latihan PBS, aktiviti ko-kurikulum, majlis dan aktiviti rasmi sekolah, kursus, mesyuarat, penandaan buku latihan, kelas tambahan dan bermacam bagai lagi yang begitu banyak sehingga tidak mampu disenaraikan satu-satu. Kita dipaksa melakukan segalanya sedangkan kita bukanlah Aladdin dengan Lampu Ajaib. Kita hanya ada 24 jam sehari. Aladdin pun boleh lari bila tengok senarai tugas yang dicampakkan atas kepala kita.

Marilah kita berikan peluang kepada parti pembangkang untuk membuktikan kata-kata mereka untuk membela nasib guru-guru. Biarlah Menteri-menteri yang cerdik pandai tahu kita warga pendidik juga mempunyai suara dan ada masanya akan berasa letih. Marilah kita berganding bahu menyokong parti pembangkang supaya suatu hari nanti kerajaan pada hari ini akan buka mata kepada keperitan yang terpaksa kita lalui saban hari.

kenalan2 guru online dari negara2 maju seperti singapore, korea, jepun, german dan USA pun tabik spring kat cikgu2 Mesia sebab memang PENCACAI SEJATI, semua benda cover ..

cikgu2 sana mana buat kerja2 macam cikgu Malaysia

Negara kita aje yg beria2, kononnya nak dapat anugerah guru cemerlang dunia la, diiktiraf dalam UNESCO la ..haram jadah apakah ini ??

adakah bidang pendidikan adalah perniagaan dan bidang 'nak tunjuk kat orang ?'

untung KPM ada ramia cikgu yang hangguk aje utk setiap kerja yg diberi


tanyalah mana2 cikgu negara maju, bandingkan dengan cara kerja diorang

oh lupa, nanti diorang cakap, kalo tak suka duk sini, boleh berambus


-mentaliti apakah ini ?
 
Bukan. NiE golongan DG yg kat KPM create .

DG tu ape? leh tepek pic sket kat sini salah sorang DG ni? buat flyers kaler2 best ni hehehe
 
bro tido kol berapa? ada anak? ada bini?

p/s: mmg sistem pendidikan paling mengarut sekarang..malah buku teks pun di cetak semula atas kesalahan ejaan (mcm mana la boleh salah)...pastu cetak pulak bahasa melayu...kroni2...lahai...

tido 3-4 pg tuh stended laa cekgu oi....
anak bini mmg laa ade.tp bkn alasan asyk nk tdo sblum kol 11.
dah mcm bdk kecik dah cekgu2 ni....kena tido sblum kol 11.bru ckup 12 jam rehat ye?:)):)):)):))
senang cite cmni bro...setiap kje ade komitmen n beban masing2.ko korban masa tido sket utk hidup anak bini ko ape laa yg nk di hinggarkn sgt.nk kje ikut ske ko,tido ikut ske ko...meniaga la.itu pn belum tentu dpt tido kol 11.
cekgu2 skang byk pelawok laa...pasal hal tido pn nk kecoh2.keje malas,demand tinggi.ceiitt poooddahhh!
p/s:nak bandingkan sistem yg kita pakai dgn sistem negara maju?tp kualiti kerja mcm negara kelas ketiga.pemikiran cm kelas ketiga.apekejadahnye?hahahhaha
:eek::eek::eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register