BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru anjur judi siber

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


M. CHANDRA (tengah) menunjukkan barang bukti rampasan kes judi siber melibatkan seorang guru dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu, Sabah, semalam. Utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin​

KOTA KINABALU 24 Mac – Seorang guru sekolah rendah ditahan polis kerana dipercayai menjadi dalang atau penganjur perjudian siber yang dijalankan di dalam sebuah rumah sewa miliknya.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, guru lelaki berusia 50-an itu ditahan dua hari selepas satu serbuan dilakukan di Taman Fabar, Luyang, dekat sini pada 15 Mac lalu.

Katanya, suspek dipercayai bertindak sebagai penganjur perjudian siber tersebut apabila menjadikan rumah yang disewa di Taman Fabar sebagai lokasi perjudian.

“Setelah menyerbu sebuah rumah dua tingkat di Taman Fabar dan menahan sembilan orang pemain termasuk empat orang penjaga pusat perjudian tersebut, dua hari kemudiannya polis menahan seorang suspek yang dipercayai sebagai penganjur perjudian siber ini.

“Rumah tersebut dipercayai telah disewa oleh guru terbabit dan menjadikan rumah berkenaan sebagai pusat perjudian siber. Aktiviti perjudian ini dipercayai beroperasi sejak dua bulan lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penerimaan pondok bit polis di pusat beli belah Imago KK Times Square, di sini hari ini.

Sebanyak lapan buah set komputer turut dirampas dalam serbuan tersebut kerana dipercayai dijadikan alat perjudian siber.

Mengulas lanjut, Chandra berkata, selain serbuan di Taman Fabar, pihak polis turut menyerbu sebuah lagi kawasan perumahan di Taman Kinamount, Luyang, dekat sini kelmarin apabila rumah itu disalah guna bagi dijadikan pusat judi siber.

Menurutnya, dalam serbuan pukul 3.50 petang itu, sepasang suami isteri yang berusia 38 dan 25 tahun ditahan kerana disyaki menjadi penjaga pusat perjudian siber.

Jelasnya, sebanyak tujuh buah komputer dirampas dalam serbuan tersebut, namun tiada tangkapan melibatkan pemain.
 
Back
Top
Log in Register