BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru, Anak Maut Ditikam

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Guru, anak sulung ditemui maut disyaki dibunuh

WARTAWAN SINAR HARIAN
Seorang guru yang juga ibu tunggal bersama anak sulungnya dipercayai dibunuh di Taman Rambai Mutiara, di Melaka, pada Khamis.
MELAKA – Seorang guru yang juga ibu tunggal bersama anak sulungnya berusia 21 tahun dipercayai dibunuh dalam kejadian tragis di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, di sini, pada pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun dan anak sulungnya dipercayai ditemui tidak bernyawa di ruang tamu rumah, manakala seorang anak lelaki bongsu berusia 13 tahun pula ditemui dalam keadaan berlumuran darah di garaj kereta rumah teres setingkat berkenaan.

Iklan

Iklan

Difahamkan, anak kedua mangsa yang berusia 17 tahun baru pulang ke rumah pagi ini.

Sehingga jam 9 pagi, pasukan forensik polis masih berada di lokasi kejadian yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Eu Kee Leong.

Artikel Berkaitan

6222262178942142340_121.jpg

6222262178942142341_121.jpg

6222262178942142342_121.jpg

6222262178942142343_121.jpg

6222262178942142344_121.jpg

6222262178942142345_121.jpg

6222262178942142346_121.jpg

6222262178942142347_121.jpg

6222262178942142348_121.jpg

6222262178942142349_121.jpg


Tekanan belajar, sering dimarahi motif calon SPM tikam ibu dan abang kandung

MELAKA - Tekanan belajar dan sering dimarahi dipercayai punca seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lelaki menikam ibu dan abangnya sehingga maut dalam kejadian tragis di sebuah rumah di Taman Rambai Mutiara, di sini pada awal pagi Khamis.

Dalam kejadian lebih kurang jam 5 pagi, suspek remaja berusia 17 tahun dipercayai masuk ke bilik ibunya yang juga merupakan guru berstatus ibu tunggal lalu menyerang mangsa sebelum menikam wanita berusia 51 tahun itu menggunakan pisau lipat.

Ketua Polis, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, anak sulung mangsa yang berusia 21 tahun, menyedari kekecohan berlaku dan cuba meleraikan namun turut ditikam suspek sehingga maut sebelum mayat kedua-dua beranak itu ditemui di ruang tamu rumah teres setingkat itu.

Menurutnya, seorang lagi anak bongsu lelaki mangsa berusia 13 tahun turut mengalami kecederaan parah ditikam suspek, namun dilaporkan stabil dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.


"Setakat ini terdapat beberapa kesan tikaman ditemui pada mangsa seperti di leher, pinggang dan juga di belakang. Mayat kedua beranak ini telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong.

Mengulas lanjut, Dzulkhairi berkata, selepas membunuh keluarganya, suspek yang membeli pisau lipat itu cuba menghilangkan bukti dengan menyembunyikan senjata tajam dalam beg sekolah yang ditemui di luar rumah.

Beliau berkata, suspek juga dipercayai telah membuang pakaiannya yang terdapat kesan darah di dalam semak berdekatan dan soal siasat terhadap suspek mengakui melakukan perbuatan itu.

Tambahnya, ketika polis tiba, suspek ditemui duduk dalam keadaan termenung di luar rumahnya seolah-olah perlakuan itu bukanlah dilakukan olehnya.

"Boleh dikatakan keluarga ini hari-hari ada pergaduhan, maklumat daripada jiran-jiran memang keadaan bising selalu berlaku yang mana ibu dan abang sering memarahi mangsa.

"Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah jiran, kita dapati memang tiada orang lain yang masuk ke rumah mangsa dan melihat suspek cuba melupuskan barang kes," katanya lagi.

Remaja itu kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang guru termasuk anak sulungnya berusia 21 tahun dipercayai dibunuh.

Mangsa berusia 51 tahun dan anak sulungnya dipercayai ditemui di ruang tamu rumah manakala anak lelaki bongsunya berusia 13 tahun ditemui berlumuran darah di garaj kereta rumah teres setingkat itu.

12 Jun 2025 02:26pm
 
ke anak dia yg 13 tahun tu punya kerja?mabuk todi clubbing ladies night mlm smlm?
 
Guru, anak sulung ditemui maut disyaki dibunuh

WARTAWAN SINAR HARIAN
Seorang guru yang juga ibu tunggal bersama anak sulungnya dipercayai dibunuh di Taman Rambai Mutiara, di Melaka, pada Khamis.
MELAKA – Seorang guru yang juga ibu tunggal bersama anak sulungnya berusia 21 tahun dipercayai dibunuh dalam kejadian tragis di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, di sini, pada pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun dan anak sulungnya dipercayai ditemui tidak bernyawa di ruang tamu rumah, manakala seorang anak lelaki bongsu berusia 13 tahun pula ditemui dalam keadaan berlumuran darah di garaj kereta rumah teres setingkat berkenaan.

Iklan

Iklan

Difahamkan, anak kedua mangsa yang berusia 17 tahun baru pulang ke rumah pagi ini.

Sehingga jam 9 pagi, pasukan forensik polis masih berada di lokasi kejadian yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Eu Kee Leong.

Artikel Berkaitan
kerling ke?
 
betol pny lepas geram ni smp ambik tindakan bunuh tikam berkali2 xkire sp yg halang
 
461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Seorang guru wanita dan anak sulungnya maut manakala anak bongsunya cedera parah dipercayai akibat ditikam di rumah mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, awal pagi tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 5 pagi dan ibu tunggal berusia 51 tahun bersama anak lelakinya berusia 21 tahun itu ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu.

“Siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 17 tahun yang juga anak kedua guru itu, telah masuk ke bilik ibunya lalu menyerang menggunakan pisau lipat serta berlaku pergelutan antara mereka.

"Abang suspek cuba meleraikan pergelutan itu, namun dia juga ditikam manakala anak lelaki bongsu berusia 13 tahun cedera terkena senjata tajam itu ketika cuba membantu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Ayer Keroh di sini.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Leow Kian Heong.

Dzulkhairi berkata polis menahan suspek yang berada di luar rumahnya yang ketika itu dalam keadaan termenung selain menemukan senjata dipercayai digunakan dalam kejadian iaitu satu pisau lipat berukuran 20 sentimeter dengan kesan darah, yang disimpan dalam beg sekolah di luar rumah.

"Polis turut menemukan baju berlumuran darah dipercayai dipakai suspek ketika kejadian yang dibuang ke dalam semak berhampiran rumah itu,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan penelitian terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah jiran, polis mendapati tiada individu lain memasuki rumah berkenaan.

Siasatan awal katanya mendapati motif kejadian adalah disebabkan perasaan dendam dan tekanan perasaan dialami suspek kerana sering dileter mangsa.

 
Back
Top
Log in Register