BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru agama dicekup khalwat

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
KANGAR: Seorang guru sebuah sekolah rendah, di sini, memberi alasan daripada sudut agama apabila ditahan bersama pasangan perempuannya kerana disyaki berkhalwat di Sungai Batu Pahat, di sini, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam pemeriksaan kira-kira jam 1.30 pagi itu, suspek berusia 30-an cuba berdolak-dalih dengan mengeluarkan alasan tidak masuk akal bagi mengelak dicekup sekumpulan penduduk kerana berkelakuan mencurigakan di kawasan gelap di situ.

Difahamkan, suspek yang juga guru Pendidikan Islam ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan sumbang dengan seorang wanita yang juga isteri orang.

Jurucakap Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) berkata, lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya berusia 30-an selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta di kawasan itu.

Menurutnya, kereta berkenaan diletakkan di kawasan gelap sebelum disedari beberapa anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang membuat rondaan lalu melakukan pemeriksaan dengan bantuan penduduk.

“Kedua-dua mereka dicekup sebelum dibawa ke balai polis berhampiran,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Guruagamadicekupkhalwat/Article/index_html
 
Tangkap, jgn tk tangkap...Bini org lg tu dia hentam...
 
akhir zaman.. macam2 boleh berlaku.. x kira siape...
 
"KANGAR: Seorang guru sebuah sekolah rendah, di sini, memberi alasan daripada sudut agama apabila ditahan bersama pasangan perempuannya kerana disyaki berkhalwat di Sungai Batu Pahat, di sini, awal pagi Sabtu lalu."

Hurmm..Alasan apa la yg dia kasi tu??
 
"KANGAR: Seorang guru sebuah sekolah rendah, di sini, memberi alasan daripada sudut agama apabila ditahan bersama pasangan perempuannya kerana disyaki berkhalwat di Sungai Batu Pahat, di sini, awal pagi Sabtu lalu."

Hurmm..Alasan apa la yg dia kasi tu??

"bagi salam sebelum masuk" <---alasan dia

:)):))
 
nasib baik bukan guru agama youtube...

hang kalut pasai apa?
 
Back
Top
Log in Register