BTC USD 81,761.0 Gold USD 4,138.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gunung berapi Sinabung meletus lagi



Tiada lagi asap debu kesan daripada letusan Gunung Berapi Sinabung.
 
sinabungletus_1597310323.jpg

Amaran penerbangan dikeluarkan susulan gunung berapi Sinabung di Indonesia meletus sekali lagi, mengeluarkan kepulan asap setinggi 2 km hari ini. - Foto AFP

Gunung Sinabung meletus lagi, amaran penerbangan dikeluarkan

JAKARTA: Amaran penerbangan dikeluarkan susulan gunung berapi Sinabung di Indonesia meletus sekali lagi, mengeluarkan kepulan asap setinggi dua kilometer (km) hari ini.

Gunung berapi di kepulauan Sumatra itu meletus sekurang-kurangnya lapan kali sejak minggu lalu, namun tiada kecederaan atau kemusnahan harta benda dilaporkan setakat ini.

Kali terakhir pihak berkuasa mengeluarkan amaran penerbangan berhampiran kawasan gunung berapi itu adalah pada 2016.

Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Raditya Jati, berkata terdapat kemungkinan letusan lebih banyak berlaku dan syarikat penerbangan dinasihatkan supaya berhati-hati.

Status amaran di kawah gunung berapi itu kekal pada tahap kedua tertinggi.

Raditya berkata, pihak berkuasa sudah menandakan zon larangan sejauh lima km di sekitar Sinabung dan memberi amaran mengenai kemungkinan aliran lahar.

TOPSHOT-INDONESIA-VOLCANO_1597310321.jpg

Pemilik kereta membersihkan lapisan debu pada keretanya selepas letusan gunung berapi Sinabung di perkampungan Sukatepu, Sumatera Utara. - Foto AFP

Penduduk tempatan dinasihatkan memakai pelitup muka jika keluar rumah bagi melindungi kesihatan akibat debu gunung berapi," katanya.

Isnin lalu, Sinabung mengeluarkan debu dan asap setinggi lima km, mengakibatkan penduduk setempat 'dihujani' serpihan tebal, selepas meletus minggu lalu.

Sinabung kembali aktif pada 2010 selepas letusan terakhirnya 400 tahun lalu, disusuli pada 2013 dan terus kekal aktif sejak itu.

Pada 2016, tujuh orang maut akibat letusan gunung berapi Sinabung, manakala 16 terkorban ketika ia meletus pada 2014.

Akhir 2018, gunung berapi terletak antara selat Jawa dan Sumatera itu meletus lagi, menyebabkan runtuhan tanah di bawah permukaan laut dan tsunami yang mengorbankan lebih 400 mangsa.

Indonesia mempunyai hampir 130 gunung berapi aktif susulan kedudukannya terletak dalam 'Lingkaran Api' Pasifik yang sering menyaksikan gempa bumi dan aktiviti gunung berapi. - AFP
 


Viral Gunung Sinabung Meletus, Awan Hitam Menyelimuti Permukiman Warga
 
13hm24zyop0kkq2_1597398891.jpg

Seorang penduduk membersihkan bumbung yang diselaputi debu Gunung Berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia. - FOTO AFP

MET Malaysia nafi debu Sinabung jejas kualiti udara Malaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjelaskan, berita mendakwa bahawa kesan debu Gunung Berapi Sinabung menjejaskan kualiti udara Malaysia hingga hujung minggu ini, adalah tidak benar.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Jainan Simon, berkata letusan berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada 10 Ogos lalu itu hanya menjejaskan operasi penerbangan tetapi tidak memberi kesan terhadap kualiti udara negara ini.

"Ketika ini, Gunung Berapi Sinabung masih aktif dan boleh meletus dari semasa ke semasa.

"Namun, berita mengenai kesan debu Gunung Berapi Sinabung ke atas kualiti udara di Malaysia hingga hujung minggu ini adalah tidak benar.

"MET Malaysia menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berkenaan isu ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai sekali gus dinasihatkan sentiasa peka dengan maklumat dikeluarkan MET Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial.
 


Semburan Vulkanik Gunung Sinabung, 3 Kecamatan Diselimuti Abu Tebal
 
INDONESIA-VOLCANO_1619422002.jpg

Gunung Berapi Sinabung meletus​


JAKARTA: Gunung Berapi Sinabung di Sumatera Utara meletus, hari ini, menyebabkan abu tebal sejauh satu kilometer (km) dari puncaknya, menurut Pusat Mitigasi Bahaya Volkanologikal dan Geologikal negara itu.

Letusan itu berlaku pada 1.55 pagi waktu tempatan, selama 175 saat, lapor agensi berita Xinhua.

Pusat berkenaan sebelum ini sudah mengeluarkan larangan untuk sebarang aktiviti di kawasan perkampungan yang terletak tiga kilometer (km) dari puncak gunung berkenaan.

Selain itu, ia menggesa penduduk mengelakkan kawasan sungai yang mengalir dari Gunung Berapi Sinabung.

Pihak berkuasa juga mengeluarkan arahan supaya penduduk memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah untuk mengelak daripada bernafas dalam debu gunung berapi berkenaan. - BERNAMA
 
Last edited:
sinabung_1620367212.jpg

Gunung berapi Sinabung mengeluarkan abu panas tebal setinggi 2.8 kilometer ke udara. - Foto Agensi

Gunung berapi Sinabung meletus lagi​

MEDAN: Gunung berapi Sinabung, Indonesia meletus lagi hari ini, dengan mengeluarkan abu panas tebal setinggi 2.8 kilometer ke udara.


Penduduk di perkampungan berhampiran gunung berapi di wilayah Sumatera Utara itu, bagaimanapun sudah dipindahkan sejak berlaku letusan pada tahun lalu.


Pihak berkuasa juga menasihatkan orang ramai supaya menjauhkan diri pada jarak lima kilometer dari kawah gunung berapi berkenaan, selain berwaspada dengan abu panas serta limpahan lava.


Menurut Pusat Mitigasi Bahaya Vulkanologi dan Geologi negara (PVMBG), letusan selama 319 saat itu dikesan pada jam 11.19 pagi waktu tempatan (12.19 tengah hari waktu Malaysia).

Sebelum ini, kira-kira 30,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing susulan kejadian itu sejak beberapa tahun lalu.


Aktiviti di gunung berapi Sinabung semakin meningkat, dengan sekurang-kurangnya 15 letusan kecil direkodkan dalam tempoh seminggu terakhir, lapor AP.


"Potensi letusan gunung berapi ini masih tinggi. Akan ada lebih banyak lagi letusan dalam waktu terdekat," kata pegawai di pos pemantauan Sinabung, Armen Putra.


Sinabung antara lebih 120 gunung berapi aktif di Indonesia yang terletak di Lingkaran Api yang mengelilingi Lautan Pasifik - Agensi
 
GUNUNG BERAPI | Abu Panas Tebal Setinggi 2.8 Kilometer

Gunung Berapi Sinabung di Sumatera Indonesia meletus lagi.

Ia mengeluarkan abu panas tebal setinggi 2.8 kilometer ke udara.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

​
 
Back
Top
Log in Register