BTC USD 82,519.9 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gunung berapi Sinabung meletus lagi

Gunung Sinabung meletus
INDONESIA-VOLCANO_47050567_1597045968.jpg

JAKARTA: Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 5,000 meter.

Menurut kenyataan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia, letusan itu berlaku pada 10.16 pagi waktu Indonesia Barat dan asap serta abu itu menghala ke arah timur dan tenggara pulau Sumatera.

Pusat itu meletakkan Gunung Sinabung berketinggian 2,451 meter itu berstatus siaga (berjaga-jaga) atau peringkat tiga.

"Masyarakat setempat dan pengunjung diminta tidak melakukan aktiviti dalam radius lima kilometer dari puncak Gunung Sinabung," menurut kenyataan itu.

Gunung itu tidak pernah meletus sejak tahun 1600, namun kembali aktif pada 2010 dan letusan terakhir dilapor berlaku pada Februari 2018. – BERNAMA
 
Abu letusan Sinabung dijangka masuk ruang udara Malaysia

KUALA LUMPUR: Abu akibat letusan Gunung Berapi Sinabung di Sumatera Utara pagi tadi dijangka memasuki ruang udara bahagian utara Selat Melaka bermula malam ini.

Ia akan membabitkan ruang udara negeri di Utara serta Timur Semenanjung iaitu Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon, berkata keadaan itu boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras 1,500 hingga 5,000 meter.

"Pemerhatian berdasarkan kepada Model Trajektori Integrasi Lagrangian Hibrid Partikel Tunggal (HYSPLIT) dijana MetMalaysia dan ramalan dari Pusat Amaran Debu Gunung Berapi Serantau (VAAC) Darwin, Australia, ia dijangka tidak akan menjejaskan kualiti udara di negara ini," katanya

"Ia juga dijangka tidak akan menjejaskan kualiti udara di negara ini. Tiada kesan gempa bumi dan tsunami dijangka melanda Malaysia akibat letupan gunung berapi berkenaan.

"Keadaan semasa Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara turut menunjukkan

kualiti udara yang biasa (baik dan sederhana)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi myCuaca.

Pagi tadi, gunung berapi di kawasan terbabit dilaporkan kembali meletus dan mengeluarkan abu serta asap berwarna kelabu setinggi 5,000 meter.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia memaklumkan, letusan itu berlaku pada jam 10.16 pagi waktu Indonesia Barat dan asap serta abu itu menghala ke arah timur dan tenggara pulau Sumatera.
 
LETUSAN SINABUNG | Penduduk Dalam Radius 5km Dinasihatkan Berpindah

Gunung Berapi Sinabung, Sumatera Utara, memuntahkan debu dan asap tebal setinggi lima kilometer ke ruang udara pagi tadi.

lebih 13,000 penduduk yang tinggal dalam radius lima kilometer dinasihatkan untuk berpindah serta-merta.

​
 
Asap debu letusan Sinabung dijangka masuk ruang udara negara malam ini - MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Asap debu daripada gunung berapi Sinabung di Sumatera, Indonesia, yang meletus pada jam 11.37 pagi tadi, dijangka memasuki ruang udara negara di utara Selat Melaka dan negeri di utara serta timur Semenanjung, bermula malam ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon, berkata asap debu itu antara lain akan memasuki ruang udara Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Keadaan ini (asap debu) boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras 1,500 hingga 5,000 meter," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia dijangka tidak menjejaskan kualiti udara negara.

Perkara itu adalah berdasarkan model trajektori HYSPLIT yang dijana MetMalaysia dan ramalan daripada Pusat Amaran Debu Gunung Berapi Serantau (VAAC) Darwin, Australia.

Selain itu, Jailan memaklumkan, tiada kesan gempa bumi dan tsunami dijangka melanda negara akibat letusan gunung berapi berkenaan.

Beliau berkata, keadaan semasa Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara juga menunjukkan kualiti udara yang biasa, iaitu pada kadar baik dan sederhana.

Namun, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan maklumat dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial.

== bharian
 
TOPSHOT-INDONESIA-VOLCANO_1597124591.jpg

Gunung Sinabung mungkin meletus lebih kerap

MEDAN: Pihak berkuasa menasihati orang ramai supaya terus waspada berikutan Gunung Sinabung di daerah Karo, yang sudah meletus beberapa kali kemungkinan akan terus aktif dalam masa terdekat, selepas tiada letusan sejak lebih setahun.

Susulan letusan terbaru semalam, ia menghamburkan abu vulkanik setinggi 5,000 meter dan asap dari puncak gunung pada jam 10.16 pagi.

Ia diikuti letusan kedua jam 11.17 pagi dengan menghasilkan abu setinggi 2,000 meter, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG).

Pegawai PVMBG di pos pemantau Sinabung, Armen Putera, berkata abu gunung berapi daripada letusan semalam melewati sekurang-kurangnya tiga kawasan di daerah Karo dan menyebabkan langit gelap, terutama di daerah Namanteran, yang terletak 5.2 kilometer dari gunung berkenaan.

Katanya, lebih banyak letusan dijangka dalam masa terdekat berikutan kekerapan jumlah gempa tektonik berlaku kebelakangan ini sehingga menggegarkan gunung berapi, menurut laporan The Jakarta Post.

"Kami sudah mencatat peningkatan gempa tektonik di Gunung Sinabung selama 12 jam terakhir. Ini adalah tanda-tanda kepada (berlakunya) letusan. Kita harus meningkatkan kewaspadaan dan menjauhi zon bahaya gunung berapi berkenaan," kata Armen.

Kabupaten Karo ke?
 
tanah sekeliling gunung berapi ni subur..tp ada 'give and take' la kan..huhu..
 
Back
Top
Log in Register