BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Gunung berapi Semeru meletus

Jangan Percaya Khabar Angin, Letusan Gunung Semeru Tidak Sebabkan Tsunami

05.12.2022 - Kuala Lumpur, Letusan Gunung berapi Semeru di Jawa Timur, Indonesia tidak menyebabkan berlakunya kejadian tsunami. Perkara itu disahkan Agensi Pengurusan Bencana Indonesia selepas terdapat khabar angin mengatakan kejadian letusan itu boleh menyebabkan tsunami sehingga ke negara Jepun.

"Ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin mengenai kejadian letusan tersebut. Gunung Semeru merupakan gunung yang terletak jauh dari laut dan potensi letusan tidak sampai ke laut sehingga berlaku tsunami," katanya.

Tambah kenyataan tersebut, kemungkinan kejadian tsunami berlaku sehingga ke negara Jepun adalah sangat tipis.

"Sekiranya kejadian itu berlaku, ia akan terhalang dengan gugusan kecil yang terdapat di sekitar Indonesia," jelasnya.

Terdahulu, gunung berapi setinggi 3,676 meter itu meletus pada pukul 2.46 petang (waktu tempatan) pada Ahad. Kejadian letusan itu menyebabkan kawasan tersebut diselubungi abu hitam dan hampir 2,500 penduduk tempatan terpaksa berpindah. Amaran tahap tertinggi telah dikeluarkan kepada penduduk untuk tidak menghampiri dalam lingkungan 8 kilometer (KM) dari puncak atau 500 meter dari tebing sungai kerana risiko aliran lava.

Gunung Semeru pernah meletus pada tahun lalu hingga mengorbankan lebih 50 orang dan menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal. Negara kepulauan dengan 270 juta penduduk yang terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, Indonesia adalah antara negara paling terdedah kepada bencana gempa bumi. Dengan 142 gunung berapi, Indonesia mempunyai populasi terbesar di dunia yang tinggal dalam jarak dekat dengan gunung berapi, termasuk 8.6 juta dalam jarak 10 KM.​


 
Gunung Semeru Di Jawa Meletus

22.06.2023 - Gunung Berapi Semeru di Indonesia meletus pada Rabu, memuntahkan kepulan abu sehingga 600 meter ke udara dari atas kawah. Kepulan abu itu berwarna kelabu dengan intensiti tebal ke utara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bahaya Geologi negara, PVMBG. Pada 7.58 pagi waktu tempatan, PVMBG merekodkan letusan pada seismograf. Ia mencatatkan amplitud maksimum 22 milimeter selama 105 saat.

Penduduk di kawasan sekitar digesa mengelak radius lima kilometer (km) di sekitar gunung itu dan sebarang aktiviti di bahagian tenggara Besuk Kobokan yang terletak 13 km dari puncak. Pada Disember tahun lepas, pihak berkuasa memindahkan hampir 2,000 orang yang tinggal berhampiran Semeru selepas gunung berapi itu memuntahkan abu sejauh 15 kilometer. Letusan pada 4 Disember 2021, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh, 104 cedera dan lima yang lain masih hilang. Ancaman gunung setinggi 3,676 meter itu masih dalam status berjaga-jaga .​

c2d31557dbbf5f791308bd60f4133c8a.jpg
 
Back
Top
Log in Register